Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Soal rasa siapa yang bisa mendustakan? Pada mulut mungkin. Pada hati dan perasaan. Tidak. Benar?
Ramadhan;
Bermula,
Tidak sabar mahu ketemui ramadhan. Suasana baru dan peresaan baru berpuasa di rantau orang. Pengalaman baru juga akan ku alami sepanjang Ramadhan.
Ketika,
Ku rasakan Ramadhan ini seperti ada dan tidak. Di mana hati ku? Di mana jiwa Ramadhan ku selama ini? Kecewa. Sedih. Celakalah diri yang hina ini.
Akhir,
Mengapa kekosongan itu yang ku rasakan. Seperti hari2 yang berlalu. Biarpun terlalu banyak pengalaman baru, namun aku masih yang itu, sedikit tidak berganjak. Sesal.
Syawal;
Bermula-Ketika-Akhir,
Sunyi. Tidak seperti dahulu, saat pertama meraikan hari yang indah-mulia ini bersama sanak saudara, tetapi kini hanya diisi dengan dengkuran dari jam ke jam. Pulang ke kampung, tersinar sedikit cahaya kegembiraan, meski tidak seperti dulu. Pulang ke rumah, segala2nya terkejar2, itu dan ini. Raya pun tak sempat. Sedar-tak-sedar, aku sudah berangkat ke kampus. Selang beberapa hari, aku pulang hari ke selangor. Sebagai apa? Dia. Pergi. Semua makin jauh, moga hati tetap dekat2 selalu.

ijat-nafis-na'im-meor-dan
Pengakhiran yang baik adalah kerana permulaan yang baik