Kaseh Diberi

Showing posts with label Careka ku~. Show all posts
Showing posts with label Careka ku~. Show all posts

Ustaz 24 hours!!

~Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim~

Kehidupan yang beroda. Adakala kita berada di nun puncak, adakala kita berada di situ, dasar. Futur(lemah), perlu sangat pada tazkira(peringatan) serta bimbingan dari orang soleh dan berilmu.

Kala itu, kita akan mencari teman yang berilmu mahupun ustaz2 yang senang untuk kita bincang prihal masalah yang kita lalui. Andai kata, teman/ustaz2 sudah pun berumah tangga dan kala itu kita menghadapi masalah di malam hari, adakah kita akan mengganggu keluarga mereka ataupun kita bisa tunggu persoalan itu hingga waktu yang sesuai? Berapa ramai daripada kita yang sanggup tunggu? Biarkan persoalan bermain difikiran kita hingga ke pagi hari? Anda sanggup? "Penantian itu satu penyiksaaan bukan?"

Maka dengan itu, suka sekali saya kongsi bersama teman pembaca. Kini, kita tidak perlu lagi tangguh segala persoalan yang bermain difikiran kita untuk bertanya pada 'mereka' hingga waktu yang sesuai. Maka dengan itu saya perkenalkan pada teman pembaca semua, ustaz sepenuh masa, ustaz yang tidak pernah jemu2 membantu segala masalah yang ingin diminta bantu. Dengan ini saya memperkenalkan Ustaz Google!! (Klik sahaja pada link)

Segala masalah anda akan diselesaikan dengan segera! Percayalah pada saya. Percaya bahawa ini adalah rekaan semata2...(n_n)!

Ta'aruf

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Maaf jika diri ini seperti berjauhan dari kalian. Ini adalah Qada’ dan Qadar ku. Moga dengan sedikit ta’aruf dari entri ini dapat kalian tafahhum secebis prihal diri ku yang bersahaja ini.

Kehidupan seorang muallif diperantauan ini amat mencabar. Jauh dari segala sumber inspirasi ku. Aku cuba menjadi benih yang bermanfaat tak kira mana aku dicampak. Meski aku rakyat biasa.

· Tanggapan pertama mereka disini pabila aku ke surau dengan memakai jubah. Persoalan, jubah satu fasyen bukan? Mengapa...

· Mulanya terlibat dengan hati rala tak rela. Mengenangkan ibu yang teringin aku menjadi imam. Aku rela semua demi abahmak tercinta.

· Mengikuti kursus imam-muazin. Seterusnya menjadi imam pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang lepas. Serta diberi tanggungjawab untuk memberi tazkirah ringkas pada hampir setiap malam bertugas. Syukur punya bekalan dari teratak kecil itu.

· Pelajaran hari jumaat disekolah hadir lewat dalam hidup ku. Aku tabah menunggu kerna pesan guru akan ada guru yang mengganti di sana.

· Pelajaran yang mencabar, tapi itu pilihan ku. Mula menjadi ahli bernombor.

· Side-burn yang kekal penjang.

· Rakan baru, ilmu baru, suasana baru, mula berjinak dengan pekara serba baru.

Serba ringkas ta’aruf akan diri ku. Entri ini bukan untuk membangga diri. Cukup sekadar buat kalian tidak terlalu berfikiran ‘positif’ terhadap diri ku yang berjauhan ini. Sekian.

30/10/09, 11.48 pagi,

Machang, Kelantan Darul Naim.

Tenang...

Tiupan angin sepoi2 bahasa. Biru ketenangan mewarnai langit tinggi. Kepulan2 awan yang menceriakan langit tinggi. Aku yang melihat dengan mata majazi ini terasa akan keindahan sang Pencipta. Ku rasakan, ketenangan, keindahan serta keamanan saat menyelami panorama itu.

"Lan. Apa saja yang kau tenung langit tinggi itu?". Pertanyaan yang singgah ke telinga ku saat Pak Aman berhenti semeter dari ku.
"Tak ada apa2 Pak Man. Cuma tertanya2, akan kekalkah keadaan seperti ini?" Cuba ku bangkitkan persoalan biarpun ku tahu jawapannya nanti.
"Kekal? Bukan kekal persoalannya. Kekal itu tidak akan terjadi kerna kita hanya makhluk. Persoalannya bagaimana kau menikmati, kau mengsyukuri saat kau di beri pelungan itu. Andai kau menikmati, kau akan sentiasa teringat akan sesuatu itu walaupun tidak di depan mata. Andai kau mensyukuri, ketahuilah Dia yang maha Pemurah akan menambah2 atas kesyukuran mu itu." Begitu hujah si tua yang sudah dimamah usia.

Terus ku menghayati saat keemasan yang tah bila lagi ku diberi peluang seperti ini. Burung berkicauan, bermain kejar2 nun di langit tinggi itu. Angin yang mengalunkan lagu 'Ketenangan' membuat diri ini seakan terbang bersama sekawan burung putih.

Ku tersentak akan tutur suci itu. Ku toleh ke belakang ku. terlihat si kecil Achik sedang mengaji di pondok kecil yang membontoti pokok kelapa itu. Terasa bertambah2 ketenangan yang menusuk 'hati kelabu' ku ini. Kalimah2 suci yang jelas kedengaran membuat air mata suci ku mengalir memikirkan akan waktu yang telah ku sia2kan selama hayat ku di dunia. Roda ku yang berputar seakan berhenti bergolek ketika itu. Berapa lama ku berada 'di bawah'! Hina diri ini. Akan tetapi aku teringat sepotong lagu daripada Raihan, "Tuhan!~ Dosa ku menggunung tinggi~ Tapi Rahmat Mu~ Melangit luas~~". Lantas bercucuran air mata ku mengalir laju seakan hujan lebat menyinggah diri ku. Tidak dapat ku tahan akan ketenangan, kesayuan, kesedihan, tangisan, insan tersayang. Aku rebah...

Gelap. Masih ku terdengar kalimah suci bacaan si kecil Achik. "AZLAN!!!".