Kaseh Diberi

Showing posts with label Khidmat masyarakat~~. Show all posts
Showing posts with label Khidmat masyarakat~~. Show all posts

BO dan LA

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

BoLa, BoLat. BoLa itu BoLat. pelatkan..

"knaR, BoLa itu Bolat, Barca yang kalah ngan Real mase Spanish Cup, leh KALAHkan Real balek dan maju ke Finale UEFA. renungkan. >.<"

hasil dialog;
  1. Kehidupan ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Tahu? tapi maseh buat.
  2. Jangan selesa bila kat atas, jangan malu berada di bawah.
  3. Jangan pandang rendah terhadap rintangan, kelak kau akan musnah.
Adakala, lucu teringat akan diri ku yang 'ramping' ini, =) Macam 'Mr. Hyde & Dr. Jekyll' plak. hehe.. =)
OPS!! jangan selesa. Macam pandu kereta, adakala mesti lihat belakang, kan? mari renung bersama.

Tanah Air TerChenta,
dini hari,
seorang diri.

Bergolek


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dup, dilepaskan. Dush, ditendang. Tap, ditepis.
Bola yang satu itu dikejar ke sana dan ke sini. Bergolek mengikut rentak permainan, berkumpulan mahupun individu. Sedar tak sedar, ianya merapatkan ukhwah juga merenggangkan adakalanya. Rentak ikatan kita berdasarkan sikap kita. Siapa kawan ku? Menilai semasa penat. Bagaimana Itsar? Husnuzon? TeamWork? Atau 'Aku je betol', 'Aku je hebat'. =)
Gembira dapat bersua dengan Teman2..nice play my dear frens~

Pemuisi.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Tema satu untuk semua, kerna itu aku di sini,
menyatakan segala isi hati ku, pada semua, akan ku kongsi bersama.
Kita yang berbeda usulnya, berbeza pada ilmunya, lain pada karenahnya,
tetap kita bersatu pada malam ini, satu i-Techqs.
Tak pernah lekang satu itu dari jiwa kita.
Kita pencetus idea2 baru, idea2 bijak pandai yang tidak mereka terfikir.
Aku sebagai pemuisi hanya menyatakan apa yang ku rasakan.
Satu untuk semua, satu i-Techqs, satu Malaysia.

Satu, aku berbicara tentang satu. Hati dan perasaan.
Satu Hati,
kau cinta pertama, juga terakhir.
Kau yang acapkali hadir dalam mimpi2 ku,
sayu mengetuk pintu hati ku, pilu, terkenang.
Jangan pernah ragu pada takdir, kerna segalanya ketentuan Tuhan.
Satu Perasaan,
aku berasa sungguh gembira, buat pertama kali aku digelar mahasiswa UiTM,
mahasiswa i-Techqs tercinta.
Bukan riak, tidak pernah terlintas itu di hati ku.
Cukup, cukup buat orang tua ku gembira dan bangga dengan kejayaan ku.
Kerna aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka.
Kerna aku pemuisi, arca di hadapan ini.

Tarian demi tarian, telah ku tarikan.
Zapin dan Kuda Kepang, telah ku sertai.
Bollywood? Bolehkah aku tarikan?
Aku disuruh bergelek, aku disuruh melentik, mengikut irama dan lagu.
Aku tak mahu menari lagi, berjoget juga tidak.
Kerna tangan ku tidak selembut mengayun buayan.
Ini bukan bidang ku lagi, ini bidang mereka.

(kumpulan tarian masuk, mempersembahkan)
Puisi ini telah di sampaikan oleh 3 teman pada Makan Malam persatuan i-Techqs.
Terhasil idea puisi adalah kerna mahu hindari dari bidang seorang 'penari'.
nukilan : knaR&Ju

pemuisi : knaR&Ju&Mi

TerimaKaseh

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Kita sering kali mengucapkan ungkapan itu. Terimakaseh. Telah menjadi rutin, adat. Sama saja? Tok-tok-tok. Hallo, tanya hati masing2, adakah ungkapan itu dari hati atau hanya bait bicara bibir yang telah menjadi rutin. Peringatan buat diri ku yang lemah hina ini, khususnya.

Hurm.. Dengan rasa hemah. Rendah diri. Tunduk melihat ke bumi. Diri ini mengucapkan ribuan terimakaseh kepada mereka yang banyak memberi kepercayaan, ruang2 peluang, tempat berpijak, agar diri ini menjadi seperti pohon berbuah. Di goncang, jatuhlah buah. Bukan di goncang, jatuhlah ranting.

Dengan rasa rendah diri yang teramat, tunduk ke bumi. Diri ini mengucapkan ribuan serta jutaan kepada yang telah membantu dalam forum perdana yang lepas. Mohon maaf yang teramat atas kekalutan, itu adalah program pertama saya sebagai pengarah projek, projek pertama dalam kehidupan berorganisasi. Maaf atas kekalutan, kesulitan, kelobang2an. Terimakaseh di atas kepercayaan Majlis Tertinggi.

Kawan, teman, sahabat, andai kau ingin mengucap perkataan itu. Lafazlah setulus hati murni, jangan kau biarkan adat mengatasi keluhuran hati mu. Terimakaseh kepada anda. Kaseh di beri. Tunduk ke bumi.

Semangat

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Aku sering kali terjatuh berbanding bangun. Kamu begitu? Mungkin segelintir. Blog. Penulisan, berbagai2 cara dan ragam. Berbunga2 mahupun tulus. Prihal peribadi, keagamaan, politik, jualan. Aku? Masih mencari. Futur, selalu. Hammasah, jarang, ada kamu-komentar, pandangan, aku kembali.(kasih diberi)

Akhir2 ini, sering terjatuh. kembali dengan komentar dan pandangan. Penulisan ku. Aku mahu jadi penulis meski bukan novelist, best seller. Blog tempat ku meluahkan segala pemikiran, hasil tafsiran serta gian menaip.

Bagaimana menjana penulisan ku? Membaca, kamu mahu gaya novelist? Jadi, banyakkan membaca novel2 kamu. Mahu seperti buku fakta? Jadi, baca bacaan fakta. Jadi, aku memilih novel sastera serta keagamaan yang 'ringan'.

Mari menulis. Mungkin tidak banyak tapi masih ada yang membaca. Jangan dilihat hasil, tapi lihat apa usaha anda. Hasil acapkali mengambil masa, tapi usaha tidak mengira masa 'taburkan saja benih itu, moga ia mekar dikemudian hari.'
Bukan aku yang terbaik. Tapi mahu jadi sebahagian diantara mereka. Kamu mahu?

Kredit kepada mereka

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Bahan terbaru ku, Calculus..sememangnya mencabar. Tapi, bahan itu menceritakan prihal diri ku yang sebenar, Fanatik akan nombor.


Tulisan Faisal Tehrani, amat ku kagumi. Lontaran bahasa2 yang indah dan unik(atau aku yang kurang akan perkataan melayu).

Lebih/Kurang epi.2

SINGLE

Salam pertemuan semula. Baiklah dalam perkongsian yang lepas suka saya keutarakan tajuk C.O.U.P.L.E akan tetapi perkongsian kali ini saya ingin keutarakan tajuk S.I.N.G.L.Ekhas buat mereka seperti saya(n_n). Baiklah akan kerna masa sangat cemburu pada saya, akan kita teruskan perkongsian ini.

************************************************************************************

Lebih,

hidup anda terasa bebas bukan, bebas daripada kongkongan yang dicipta oleh si dia. mulanya anda bebas untuk melakukan itu, tetapi kini tidak. ya, tidak dinafikan akan sesetengah itu, kongkongan itu sangat baikini dilihat akan rakan ku yang berhenti merokok kerna si dia, SYABAS! betulkan niat ya!. anda bebas untuk bergaul dengan kawan tanpa sekatan seperti, "Abang balik la, ayang rindu." "Abang, jom la jalan2 ngan ayang je." hah, akan lebih kurang itu-lah. hey, kini aku terbang setinggi yang mungkin kamu tahu. tetapi nasihatkan aku agar tidak terlalu tinggi, takut nanti terjatuh, sangat sakit nanti kamu tahu. kepada yang bajetnya cukup-tidak-cukup, lebih baik berada pada tahap ini.agar tidak berhutang kepada rakan yang lain kerna ingin menjaga hati si dia. tahu akan kemampuan diri sendiri ya.

************************************************************************************

Kurang,

kurang ya? ada juga. tempat untuk anda berbincang terlalu meluas, kamu sendiri tahu bukan, sesetengah rakan kita ini suka akan kegembiraan sahaja, sahaja. bila kita buka cerita duka dia endah-tak-endah, fokusnya tiada tempat berbincang sebaiknyapersoalan?anda sendiri akan tahu, lagi2 mereka yang sudah berumah tangga. kurang sesuai bagi mereka yang tidak pandai hidup keseorangan. kerna, akan timbul segala kebencian, hasad, rasa ingin menjatuhkan pasangan lain. ini ku lihat dari mata-kasar ku sendiriaduh manusia.

************************************************************************************

Saya tahu, ada yang setuju dan tidak. Ya, saya hanya berkongsi dengan apa yang pernah saya alami serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling. Hanya perkongsian buat yang mahu turut serta. Lebihnya buat diri ku yang..tahu2 sendiri atas kemampuan diri sendiri. (n_n) . berjuta2 lagi asbab yang tidak ku kongsikan, mungkin. Seperti yang ku katakan tadi, hanya di kesempatan kecil ini sahaja ingin ku kongsikan.(n_n) . Hey! Tahniah kepada mereka yang seperti ku..anda lebih tau ape kebaikannya bukan? hee..kepada yang sudah berpunya. keep in love both you n keep in love with Allah. you will have the true L.O.V.E.

Lebih/Kurang epi.1

Couple

Perkataan di atas, kini menjadi satu trend, satu kemestian bukan? Contoh bila orang tanya pada saya,
"Mana si 'dia'?". "Tak, saya seorang." Pasti, dia akan membalas "mana mungkin."
Itu senario sekarang wahai pembaca yang setia. Anda 'sudah' atau sama seperti saya?
Ketika yang serba singkat ini, suka saya bangkitkan isu mengenai perkataan di atas. Pihak itu setuju, pihak yang itu belum tentu. Pihak itu gembira dengan itu, pihak yang satu lagi belum tentu. Paham? Tidak mengapa, akan saya kongsikan pengalaman serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling, insya-ALLAH.

******************************************************************************

Lebih,


punyai tempat untuk mengadu suka-duka. sentiasa disisi, sangat sesuai buat siapa yang tidak bisa keseorangan. tempat berbincang, segala persoalan yang timbul, 'si dia' akan menjadi tempat untuk menyelesaikan masalah. p/s:kebiasaannya wanita hanya mahukan tempat untuk meluahkan bukan menyelesaiakan, jadi berwaspada kepada lelaki yang baru, "owh yeke!".


************************************************************************

Kurang,

batas syariat kau tahu? mungkin di katakan tidak boleh, kau rasa itu syadid? ikut pada kamu. bagaimana kamu harungi itu. kebebasan, akan lebih mengecil kerna kau terperangkap dengan perkataan C.O.U.P.L.E.. meski adakala menjadi baik tetapi dilihat pada rakan2 ku, seperti terkongkong mungkin. tidak mengapa, kerna setiap perkara punyai alasan tersendiri kerna setiap perkara bukannya 'evolusi Darwin'. bajet, wow terpenting juga yang ini, buat lelaki yang seperti diri ku ini, fikirlah yang sebaik2nya untuk diri anda terutamanya. (T.T). jangan jadikan pasangan anda itu sebagai beban, tika itu, kau akan mengetahui yang baik adalah kawan bukan Couple, mungkin.


Saya tahu, ada yang setuju dan tidak. Ya, saya hanya berkongsi dengan apa yang pernah saya alami serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling. Hanya perkongsian buat yang mahu turut serta. Lebihnya buat diri ku yang..tahu2 sendiri atas kemampuan diri sendiri. :) . berjuta2 lagi asbab yang tidak ku kongsikan, mungkin. Seperti yang ku katakan tadi, hanya di kesempatan kecil ini sahaja ingin ku kongsikan. :) . Hey! Tahniah kepada yang sudah berpunya..anda lebih tau ape kebaikannya bukan?hee..Jangan bersedih kepada yang seperti saya. Anda juga tau apa kebaikannya..



harap bersama untuk perkongsian yang akan datang...

~Hobi~


Mengisi masa lapang dengan kepelbagaian aktiviti? Menjadi
Murobbi, perancang program, promoter, berlajar, mahupun membuat 'tahi mata' dan lain2. Saya suspek dengan kepelbagaian aktiviti anda terutama bagi lepasan SPM '08. Mari! Ingin saya kongsi bersama aktiviti masa lapang saya yang baru..
warna kegemaran ku. Biru~

Mungkin ada yang mahu mengomen, bagi saya yang mendengar pendapat2 yang boleh di percayai, saya mengambil pendapat yakni "boleh bermain alat muzik selagi tidak melalaikan".
anda punyai komen tersendiri?tinggalkan pesanan ya, akan saya hargai komentar anda. Susah. Sakit jari-jemari. Putus tali tidak sampai 10min membeli gitar,sobsobsob. 'Petak'. Biarpun begitu tabah ku pelajari hobi baru ku ini dengan asyik dan tidak melalaikan. Akan. Akan ku pelajari hingga mahir. Lagu pertama akan ku pelajari ialah 'Life is wonderful'tekan lorh nyanyian Jason Mraz.



>buat mereka yang punyai minat seperti ku.


>komentar setakat ini:-

Keluarga: "sejak bile knaR beli gitar ni?". Muka manis juga masam.
Saudara: "wah! bagus tu."
Rakan: setakat ini. "pape tah~".
........
Komentar anda?

'Hari-Seronok' di Kenny



Wow indahnya menyambut 'Hari-Seronok' di tempat kerja ku. Buat julung kalinya aku menyambut 'Hari-Seronok' dalam hidup ku. Begini aku di 'touch up' kan. Awalnya aku berjaya mengelirukan rakan kerja ku, hal ini berlaku kerna terdapat seorang lagi rakan ku yang namanya seiras dengan ku, cuma di-bin-kan orang lain. Akhirnya, setelah mereka mencari hingga ke lobang cacing, Terkantoi jua helah ku. Cuba aku untuk mengelak, berkali2 aku merayu, akhirnya rakan ku melaungkan kata2 ini, " Dah la Jehan, kau menyerah sahaja. Tiada guna kau larikan diri lagi. Setahun hanya sekaliChet!macam raya la pulak, tapi memang betul pon. Kemudian ku menyerah. Hasilnya. Tidak mengapa, aku suka juga akan ini. Ya! Kaseh juga di beri kepada Edyka yang membelanja makan-minum malam ku di Awe. Kaseh diberi kepada kamu.

Kaseh diberi kepada rakan Kenny ku..Sayang akan kamu juga~

bukan hari ni ya 'Hari-Seronok' ku..sudah berlalu...





Kanching prt.2

Setibanya ditempat kejadian, Sg. Kanching. Lalu peserta2 konvoi motor-press-lah pun menyidai motor yang ditunggang mereka sebentar tadi. Justeru itu kami berangkat ke tempat yang dijanjikan, dimana kami sudah punya wakil yang menjaga pondok sebagai tempat kami berteduh.

Sungai+air terjun tesergam indah di bawah kami. hanya beberapa anak tangga kami sudah boleh membasahi tubuh kami dengan air segar-bugar, air terjun Kanching. Kami mengambil masa seketika untuk menyalin baju mandikecuali penulis dimana sudah siap sedia sedari awal lagi huhu, lalu kami bergegas ke 'kolam' buatan yang berada di bawah air terjun bertingkat itu.

Permulaan yang baik, sudah ada yang ditolak jatuh ke dalam 'kolam'. Pada saat itu tidak ramai pengunjung ke sungai itu, maka kami bagaikan raja penakluk sungai itu. Agak dalam? Hanya paras dada ku, punya tempat untuk melompatboleh wat aksi free-style dengan hadirnya tiga bonggol batu buatan. Melompat+berenang, itulah aksi2 terawal rakan2 ku. Ada yang sudah mula dengan aksi 'summer-salk' tetapi aksi 'back-flip' dimulakan oleh saudara Ijam, yang mana telah membakar semangat ku untuk terus coba dan terus mencoba aksi itu. Sehingga aku dan rakan ku, Shah, menjadi ketagihan yang melampau dengan aksi 'Hebat' itu.

Lompatan demi lompatan, aksi bebas demi aksi bebas, kami berlajar dari kesilapan, juga ada yang tahu mengeji, tetap kami berusaha akan sesuatu yang baru. Sehingga aksi 'back-flip' lima-kali berturut2 dilakukan oleh aku dan shah akibat ketagiahan aksi tersebut yang melampausebab tulah suare sengau 2hari pastuh. Aksi tersebut telah kami rakamkan dalam talipon-bimbit seorang rakan kami. Tapi, tidak menjadi rezeki kami kerna talipon-bimbit itu dihantar 'service' justeru pulang dari Kanching dan telah hilang rakaman tersebut. Akan tetapi rakaman yang sempat diselamatkan oleh rakan ku Edyka adalah rakaman penerjun2 Kanching secara berjemaah+berturutan+chantekboleh dapatkan pada beliau, penulis juga terlibat.

Aksi yang gembira juga adalah mendaki air terjun yang berkecuraman 65darjahpenulis tidak dapat mengikuti aksi tersebut disebabkan masalah penglihatan, kecian~.

~TamaT bahgian ini~

Kanching prt.1

Setelah 2 bulan bekerja, ramai kenalan bertambah, bermacam2 perangai ku temui. Ada yang menggembirakan, menyusahkan, membencikan dan berbagai2bak kate kak Haida mungkin kepala ku ini akan meletup jika terus begitu hari-demi-hari. Akhirnya, entah siapa punya idea "Kami warga lelaki Kenny Roger Roaster Bkt. Tinggi!!pergh dengan semangat melaungkannya ber-konvoi secara jama'i ke Sg./air terjun Kanching!! YEAH!!maksud syscara jujurnya ade 3pom sbagai-bagai(ayat kak haida juga).

Al-Keesah INTRO

Setelah tolak-tambah-bahagi2-tiada darab..huh tidak ku sempat mengira berapa banyak motor-press-lah dan juga 1 motor-pandu-lah ber-konvoi ke Sg.Kanchin. Inilah pengalaman ku buat julung2 kali nyer mombonceng serta ber-konvoi beramai2 macam saat ituyo laa badak2 skool sume nek krete jew. Sewaktu perjalanan pergi ku menjadi pembonceng kepada Khai dengan motor yang berjenama..kaler birusebenarnya penulis sgt naif akan motor2 nih sbb tu lesen motor pn tiada. Sangat seronok! Tiada penulisan yang dapat di coretkan, tiada kata yang dapat di lemparkan, hanya riaksi muka yang kesal kerna bila di tanya "seronok ka?" tiada apa yang dapat di gambarkan kegembiraannya percutian satu pagi setengah petang itu. Jujur ku katakan, tiada unsur2 penipuan di sini. Aku yang tidak tahu-menahu al-keesah motor-press-lah ini merasa terharu kerana berjaya merempitsbagai pembonceng laa dengan begitu laju serta 'Jauh perjalanan, luah pengetahuan'.

Rule-jalan-raya? Memang penulis naif tetang motor. (sweeret~ nih secrate xleh tau)

Mencelah, mencelah serta mencelah.. Akhirnya tiba kami semua dengan selamat di tempat kejadianSyukur Alhamdulillah. Aku berasa sungguh teruja kerna berjaya tiba di sana dan saat itulah pengalaman ku yang pertama ber-konvoi sebagai pembonceng motor-press-lah. Perasan ku, akulah yang paling tidak terkata kerna kegembiraan saat ituye laa bru 1st time hee..

~Tamat Kanching prt.1~

Banyak kisah dalam part.1 yang tidak dapat ku ungkapkan hanya dengan penulisan. iALLAH akan ku smpaikan dalam bentuk perbualan jika kita bersua nanti iALLAH.

#%*!FuTuR!*%#

Tia: Tah aa Naim. Tia nih macam dah takde semangat nak amek SPM.
<panjang ceritenyer..ni dah di edit perbual ngan adek sdare den..jgn pikir len wow..>
Light: Laa..Kenape camtu pulak..Ok.Ok. Tia nak sambung mane lepas SPM nanti? Amek kos ape?
Tia: Tah..Tia pon tatau lagi..Blur..
Light: Laa..Pasal aa Tia tak semangat. Ape nak jadi lepas SPM pon taratau lagi. Itu pasal laa..
Tia: Kenape pulak?
Light: Camni laa..camne Tia nak semangat, Tia tatau ape Tia nak jadi. Tau cakap nak full A's je tapi tatau nak watpe ngan A bebanyak tuh.
Light: Pasang la cite2 ape mau wat lepas SPM . Baru ade TARGET, baru la semangat nak berlajar. Baru tau berape banyak A's diperlukan untuk capai cite2 kite tuh..
Light: Jangan pulak pasang satu cite2 je. Biar banyak pepatah jawa mengatakan "Biar ada BackUp" hehe..
Tia: A'aa la Naim..Patut laa Tia tak semangat je nak study. Naim nak sambung mane lepas SPM?
Light: Nanti Naim nak sambung....................//..

Kejayaan bermula dengan impian. Impian datang daripada angan2. Angan2 singgah sebentar di perasaan. Perasaan itu datang dari diri kita sendiri. Yang mencoret masa depan kita ialah Diri kita sebenarnya. Perubahan daripada sikap kita juga.

Laungkan Bersama2!! CITA-CITA SAYA IALAH....

+ Amar Ma'ruf +

Malam yang indah untuk bersiar2 dibandar Anggerik. Tujuan ku keluar malam ini untuk menemani kakak ku mengambil barang dari rakannya. Diperjalanan itulah cerita ini bermula...


"Wah!! Kak macam mana orang ni bawak kereta? semacam je.. Wow! Perempuan.." Bukan niat ku untuk mengata mana2 pihak, tapi baca sampai habis dulu baru menilai.
"Wah!! 2nd. Perempuan lagi yang buat slack malam ni...Macam mana la boleh lepas JPJ? Pelik ni." Sengaja ku cabar kak ku.
"Huh! Dorang yang pelik..Kakak bawak okie je.." Cubaan kakak ku membela kaum Hawa. Aku ketahuan bukan semua perempuan yang macam tu dan bukan semua lelaki yang bagus dari itu. Cuma tah mengapa malam ini hanya ku terlihat kesilapan dari kaum Hawa.


Perjalanan diteruskan( memang tak berhenti pun..) Tiba2....


"Wargh!! Kenapa kereta belakang ni tak bukak lampu?" Satu soalan yang pelik kepada kakak ku.
"Mana? A'a la.."
( Seperti tadi. Pemandunya seorang perempuan. Sama macam tadi pemandunya kelihatan nervous sekali.)
"Kak2..Baik bagi tau m.cik tu yang dia tak bukak lampu." Cadangan ku.
"Laa..macam mana nak tegur? Yang boleh tegur sekarang orang belakang dia je. Untuk bagi isyarat flash." Kata kakak ku sebagai pemandu yang berpengalaman daripada ku.
"Mana ada orang belakang dia. Takpe2 slowkan kereta biar Naim cakap ikut tingkap."
Dipendekkan cerita.Tepat kereta ku di sebelah kereta m.cik kereta kancil.
"M.cik lampu depan tak bukak!" Cuba untuk ku melawan kuatnya bunyi deruan angin.


Tetapi..ternyata tindakkan ku tak membuahkan hasil. Kereta kancil itu tetap tidak membuka lampu hadapan. Terdapat banyak sebab, antaranya memang lampu depan rosak, terlupa dan lain2.

>pekara yg slalu ku igt ktika memandu..(mne yg elok leh aa kongsi bersame)<

  • Baca doa naik kenderaan.
  • Patuhi 5 pkr JPJ.
  • Jang teragak2.
  • Beware.
  • Lain2..tny je parent anda sadious..
"cara paling senang ingat orang tersayang..pakailah topi keledar?!~~"