Kaseh Diberi

Showing posts with label Otak di luar kotak. Show all posts
Showing posts with label Otak di luar kotak. Show all posts

Pemikiran

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Sekian lama berfikir
(mood: exam oriented)

Daya pemikiran setiap manusia yang berbeda,
menunjukkan kebesaran Ilahi.
Diciptakan manusia itu berbeza2,
untuk saling melengkapi.

Kemampuan berfikir yang berbeza
pastinya berteraskan
Penglihatan yang berbeza.
Hampir sama, tapi tidak serupa.


Lihat botol ini...

K.I.T.E

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

situasi pertama:
"Kau tahu..budak tu pergh, jahat giler.."
"Hah! patut pon...bla3.."

situasi kedua:
"Budak AD(art design) senang aa exam die orang 1@2 paper je.."
"Tu aa..kite finale giler2. die orang rileks je.."

Persepsi, sedikit hiburan minda. Banyak lagi contoh di sekeliling kita. Saya, anda, kita semua tidak terlepas akan persepsi yang biasanya su'uzon(bersangka buruk, nagetive thinking). Oleh hal demikian, sampai bila mahu berada di tampok itu? mari renungkan.

Melayu, kate orang lame, berpengalaman, dan konklusi;
"Orang melayu nih dek, suke dengar cakap orang, tapi tak pernah habis. orang kate tanam pisang senang. tanam je, nanti tumbuh, cantik. Yang dengar nih, ikut menonong je..kesilapan? Kat situ, info tak abes, nak buat. Hasil? Tak seindah yang di kata. Pastu, komen."

input hasil konversasi;
  1. Bila dapat sesuatu info, bertanyalah menggunakan falsafah inggeris(Who,When,Why,Whom,Where,How).
  2. Dapat sesuatu info, dengar dari kedua2 pihak, bukan berat sebelah.
  3. Bandingkan maklumat, jadi Hamba berfikir, wat satu konklusi, dan bincangkan.
Hanya ini yang sempat saya nukilkan, mungkin input2 yang kemudian ingatnya, di nukil pada entri kemudiannya. Bukan diri ini yang terbaik, hanya berlajar dari berjalan, melihat dan mentafsir. Moga kita jadi hamba yang tahu erti Syukur dan menjadi hamba berfikir.

Selamat malam,
Klang, 2.29pagi.
5/5/2011.

Bukan kerna Ekstrem.

Saat itu sangat rancak jari-jemari ini berjoget di atas papan kekunci,
berjoget2 mengikut alunan muzik yang dimainkan,
suka? Entah mengapa.

Kini? Tidak lagi berjoget.
Hey! Jari itu tidak sakit tahu?
Mungkin........mungkin juga....

Aku adalah Persinggahan

Stesen berikutnya..Klang..Klang..Next Station..Klang..Klang..

>Di ciptanya, sebagai persinggahan. Mereka berhenti dan pergi, kembali dan pergi.
>Itulah persinggahan. Datangnya mereka jika perlu untuk datang. Pergi setelah selesai apa yang terbuku dihati. Hanya persinggahan.
>Rasa kasihan dihati kamu? Mengapa perlu kasihan kerna ia memang hanya sebagai persinggahan.
>Ia sudah biasa dengan itu. Biarpun ia sedih, ia akan jadi gembira asalkan meraka yang menggukan ia merasa gembira setelah pergi.
>Jika mereka gembira, ia akan turut gembira.
>Sudah, kau hanya perlu pastikan kau gembira bila kau pergi meninggalkan ia. Itu sudah cukup membantu. Aku fikir cukup membantu, mungkin.

Kerna ia selalu berfikir. "Aku adalah Persinggahan"(fullstop)

*O* Durian *O*

>>Cuti awal bulan, rumah ku syurga ku<<

"Naim..Nak makan durian tak? Cepat, sini."
"Ye saya. Baik mak." Sahut ku atas panggilan ibuku tercinta.
Lantas ku bergegas ke dapur, meninggalkan urusan ku di laman sesawang dalam bilik ku. Setibanya aku didapur abah sedang mengupas durian. Aku suspek, harian, termengkalai, serbe salah.(pndi2 la korg tka..hehehe..)
"Abah. Kenapa abah kupas durian ni? Naim tgk durian ni macam dah rosak je." Pada pemerhatian ku, durian yang sedang ayah ku kupas terdapat lubang, seperti di makan tupai.
"Mana Naim tahu. Luarnya memang nampak rosak tetapi dalamnya kita belum tahu kalau tak di bukanya." Abah menyangkal pendapat ku kerna terlalu awal membuat sesuatu kenyataan.
"Hah! Abah dah agak dah. Tengok ni, mana ada rosak. Siap kucing tidur* lagi."
"Ye la abah. Naim ingat kalau luar rosak dalamnya tentu rosak juga. Ternyata Naim salah."
"Tidak mengapa. Naim jangan la sedih, lain kali jangan cepat sangat buat keputusan hanya dengan tengok luaran. Kupas dulu baru tahu apa isinya baik atau rosak. Boleh?" Abah cuba memujuk ku. Aku akan ingat pelajaran ini.

*kucing tidur = istilah bagi isi yang kuning cam~~

Lima Mas'ud.
8.43 pg, Sabtu.
0908008

~Inilah Aku~

"Bang. Bang. Kenapa rambutan yang satu ni ade bulu2 tapi yang satu lagi ni takde bulu2?"
"Hehehe..Bukan masalah ada bulu ataupun takde dik. Yang ini namanya macam yang adik cakap tadi, rambutan. Yang satu lagi ni namanya Pulasan." Jawab seorang penjual buah2an kepada pelanggan kenitnya.

Aku tahu ramai manusia di luar sana tak mengenali spesis ku, terutamanya kanak2.

"Owh Pulasan..Tak pernah dengar pun bang."
"Bukan adik seorang je yang tak pernah dengar ramai lagi yang tak kenal buah pulasan ni, memangnya buah rambutan ni lebih terkenal daripada buah pulasan ni. Kalau adik nak tahu, bentuk isinya pun lebih kurang je dengan rambutan, cuma rasa rambutan manis lagi dari pulasan. Nah amik ni. Cuba la rasa."
"Em..Betul la bang, rasanya lebih kurang same."

Aku terjaga seawal perbualan mereka tadi. Ya, memangnya aku tidak terkenal seperti rambutan. Sememangnya kami dari spesis yang sama. Aku tak nafikan memang rasa rambutan lebih sedap dari ku. Ketahuilah ada je spesis ku yang rasanya lagi sedap daripada rambutan. Kerna itu aku sentiasa tingkatkan keenakkan diri ku supaya menjadi lebih sedap daripada rambutan. Tidak ku nafikan akan kemampuan ku yang terbatas.

Kerna itu aku mengerti. Inilah aku. Sebuah pulasan.


Dorm Habib.
11.25 mlm, Rabu.
0608008.