Kaseh Diberi

Di mana Hilangnya~?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

15/11/2010, sekitar 1.50 pagi.
(HighWay NKVE, 750m ke simpang Exit Setia Alam)
Situasi, perjalanan pulang ke rumah setelah hebat 'berperang' sebulan peperiksaan akhir semester, bersama Neo Jingga hak milik bonda.

Rancak ku berbual dengan abang ku terchenta. Tiba-tiba, "Eh, ade eksiden aa knaR!" kata abang ku. "A'aa, berhenti2..eh2, berhenti jauh sikit, takut meletup je kerete tuh. Jap, knaR pergi tengok." Lantas ku keluar dari kereta dan berlari deras ke arah kereta yang terbabas.

Kereta yang tadinya hebat menghasilkan asap putih yang tebal dari bahagian enjin, kini tidak lagi kelihatan. Dari kejauhan, aku terlihat kelibat lembaga hitam di hadapan kereta terbabit, makin aku dekati, makin lembaga hitam itu melangkah malas ke aras jalan raya. Kereta terbabit telah melanggar satu tiang lampu hak milik NKVE dan terbabas kedalam longkang. Setibanya aku di sebelah kereta tersebut, lembaga hitam itu kelihatan lebih jelas, rupanya pemandu kereta terbabit, kereta Honda Ek6 warna kuning, jika tidak cetek ilmu pengetahuan ku tentang kereta.

"Bang ok tak bang?" Owh tidak! Hidung ku cepat menangkap bau hanyir darah, muka Abang(mangsa) yang berumur lingkungan awal 30-an itu di basahi darah yang mengalir dari dahinya, tubuhnya tegap berisi. "Dek, tolong call ambulance.."(terketar2 suara abang tu) "Jap bang." Dengan sepantas kilat, aku mengeluarkan telefon bimbit berjenama nokia yang berwarna putih untuk menghubungi panggilan kecemasan. "Hello, arm..(bla3~~)..kat mane? Arm..jap2..Abang!!(aku memanggil abang ku yang sedang lari ke arah ku)..nah cakap, orang tak tahu kat mane nih." Lantas abang ku menggantikan aku untuk memberi maklumat lanjut mengenai koordinat yang tepat akan tempat kejadian dan jenis kemalangan kepada operator panggilan kecemasan. Selepas itu, dia memberi ku air mineral untuk diberikan kepada mangsa.

Di pendekan cerita, beberapa minit kemudian, di seberang jalan. Kereta peronda NKVE berhenti dan staff keluaran dari kereta pacuan 4 roda milik NKVE dan berlari kearah kami, dengan harapan ku staff tersebut memberi pertolongan, akan tetapi, staff tersebut hanya, hanya menjalankan tugas 'gaji'nya tanpa mengambil berat terhadap mangsa. Maksud ku di sini, staff tersebut tidak memberi apa2 pertolongan awal sebelum hadirnya bentuan kecemasan dari hospital. Staff tersebut hanya, mengambil gambar kereta kemalangan dan IC mangsa untuk? mungkin sebagai denda kerana merosakkan harta NKVE. Aku cukup terkilan, aku bertanya kepada staff tersebut, "Bang, takde first aid ke? leh bersihkan luka abang(mangsa) nih.", apa riaksi staff tersebut? "Arm..Baik2..Kejap aku pergi tengok 'jap' ", Indah/manis mulut dari prilaku. Itu sahaja yang dapat ku gambarkan.

Di singkatkan cerita, ada sebuah kerata kelisa merah mulanya yang berhenti, juga dari seberang jalan. Pada firasat ku, alhamdulillah ada bantuan. Akan tetapi bantuan yang ku harapankan menjadi 'bantuan' HAMPAGAS!!(hampeh/sengal/sama waktu dengannya) 'Bantuan' itu rupanya punyai niat yang cukup bermisi dan visi yang jelas iaitu 'menarik kereta mangsa'(tunda track punye orang). Yang mana, dari awal tibanya 'bantuan' itu ke tempat kejadian sehingga tidak berkesudah, menawarkan tunda kereta, dengan punyai sistem yang bagus, boleh mohon insurans dan macam2 janji manis yang diberikan(HEY!! Buta ke?! Orang tengah sakit tuh!). Tidak lama selepas itu, datang lagi 2 buah kereta yang pada fikiran ku merupakan bantuan, namun sama menjadi HAMPAGAS! Rupanya, di malam hari atau mungkin juga siang hari, highway di penuhi 'bantuan'2 sebegini.(maaf, bukan niat untuk menghina pekerjaan halal ini, tapi, fikirkan mana lebih utama, Kerjaya atau Nyawa? Nilai Murni atau nilai Wang?)

Kaseh diberi kepada unit Bantuan Kecemasan St. John yang telah memberi bantuan perubatan kepada mangsa pada waktu dan ketika yang tepat. Kaseh Diberi.

Tidak sesekali ku minta untuk di bayar, cukup Allah membalas dengan pahala, moga hati ku ikhlas semasa memberi bantuan. Sidang pembaca, renung2kan, mana hilangnya sifat kemanusiaan? Mana perginya kepribadian sifat seorang Muslim? Seorang Melayu? Seorang yang punyai hati dan perasaan serta AKAL yang membezakan dengan HAIWAN?

"Terima kaseh dek, adek name siape?"
Aku tersenyum.
(maaf, tiada gamba sebagai bukti. Ini oleh kerana sifat2 kemanusiaan mungkin, tidak sampai hati untuk ku mengambil kesempatan untuk memetik gamba)

2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

praktikal kan?

baguslah.

dan orang jahat pun..praktikal jugak

Ben Ramli said...

tindakan dari hati...cume de satu kisah lawak..kite orang berhenti jauh, sbb takut kerete tu meletup. :D