Sa-tiap kita punyai kisah. Aku? kucoret dalam tulisan 'tunggang langgang' kata mereka. Selamilah.
Kaseh Diberi
Di mana Hilangnya~?
Kau Tahu
Seketika, bersama mu. Hadir dalam risiko ku, untuk mendapatkan mu.
Namun hanya seketika bersama mu.
Bangun pagi ku, tiada lagi kau, di sisi. Pergi, tiada kembali.
Hey!! Kau yang merampas dia dari ku.
Tidak perlu kau pulangkan, kerna rayuan ku itu sia2 sahaja.
Cuma,
aku tahu apa yang kau tahu,
merampas tanpa kebenaran, berdosa.
Aku tidak tahu apa yang kau tahu,
Mengapa kau mengambil dia dari ku.
Aku tahu apa yang kau tidak tahu,
Apa yang ku hajatkan kepada Maha Kuasa, atas tindakan kau.
Kehilangan yang tidak ku titiskan air mata,
entah mengapa, tiada sebak ku rasa,
ku tahu ada hikmahnya.
Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui baik buruk bagi hambaNYA.
Memang aku beli si dia untuk kau rampas!!!
W705-red
Paksa
Kita punya hati dan perasaan,
berbeda antara satu sama lain,
kau punya sendiri, aku sendiri.
Kita manusia, insan, bukan alat,
kau tidak akan selesa jika di paksa,
HEY! Andai kau terpaksa,
lebih baik kau pulang saja,
jangan menyusahkan sekeliling, dengan karenah kebudak2kan mu.
Teman, berjuta cabaran sedia menanti,
adakah kau sudah bersedia?
Persediaan mu itu atas dasar apa?
Atas paksaan, atas publisiti, atas kehendak, atas kesedaran?
Ketahuilah sesuatu pekara itu hanya akan indah jika ia dilakukan dengan hati dan perasaan yang punyai kesedaran akan perluannya sesuatu,
kurang salah satu sumber itu, kerja itu tempang.
Lihat kerja mu, komentar tak sudah, tampak indah? Tapi kau yang melambatkan sistem.
Andai kau mahu terus bersama, silakan, ubah persepsi diri, jangan jumud,
aku bukan kamu dan kamu bukan aku,
semua terletak di atas kemahuan dan tindakan.
Mahu tiada tindakan, hidup malu mati tak mahu.
Tindakan tanpa kemahuan, mencurah air di daun keladi.
Kita berfikir, sama berfikir, hati pertama yang membaca entri ini adalah khusus buat dia, itulah aku.
12:42 pagi
232L/TAR
Ikatan
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Kau suka bicara mengenai simpulan? Sesuka hati melontarkan perkataan pada mereka yang kau ‘khuatiri’. Kaulah yang ‘terbaik’! Mari. Kita koreksi, ‘Ijlis bina numu’min saah’ ;
Ikatan :
Hissi : Boleh dilihat, dirasa oleh pancaindera.
Maknawi : Tidak dapat dilihat, dirasai.
Dalam satu dialog disebuah medan sesawang.
“ Salam enta ape khabar? ”
“ Alhamdulillah sihat. Enta? ”
“ Alhamdulillah ana masih ber-ikatan.”
“...” Diam aku tidak terkata.
Tanggapan awal ;
1. Aku tidak ber-ikatan?
2. Dosa? Kalau aku tidak bersama mereka ke bumi para Nabi.
3. Kerna aku digelar oleh murabbi tercinta sebagai “ Perosak Sekolah ” ?
Itu pada pengiraan ku. Kalian bagaimana? Ada pandangan tersendiri atau mungkin kalian ada yang pernah alami situasi seperti ku. Mari berkongsi!
30/10/09, 11.20 pagi,
Machang, Kelantan Darul Naim.
Perbezaan
Cuba kalian bayangkan, andai...
Guru sekolah menengah mengajar adik2 sekolah rendah pelajaran 'AddMath'. Apa yang kalian bayangkan? Anak2 yang tercengang atau berlari2 di dalam kelas kerna guru itu 'pelik'. Dapat bayangkan?
Cuba kalain berimaginasi, jika...
Guru sekolah rendah mengajar kawan2 sekolah menengah pelajar Matematik 'darjah satu'. Apa yang sedang kalian berimaginasi? Raut wajah yang membosankan serta memperlekehkan guru yang mengajar di hadapan. Berjaya berimaginasi?
Persoalan. Mengapa hal yang demikian masih berlaku sehari2? Adakah kerna kita tiada medan yang sempurna(jangan dikau persoalkan prihal kesempurnaan, tiada siapa yang sempurna). Mungkin, dikau hanya tahu ber'pot-pet'2. Ketahuilah kita berbeda dari segi permahaman, tapi jangan sesekali kau bezakan antara kita, kerna mulianya kita disisi Allah adalah kerna Iman dan Taqwa.
Kita adalah doktor yang sentiasa dan tidak henti2 merawat pesakit sehari2. Doktor yang sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk merawati pesakit yang langsung mahupun tidak langsung. Kau mahu jadi doktor yang sanggup mengharungi atau doktor yang melarikan diri, hanya tahu selamatkan diri sendiri, baik mati bukan? Matilah kamu jika hidup hanya untuk diri sendiri. Aku kasar, tapi aku mahu tegas sebenarnya. Agar kau dan aku serta kita semua melewati 'silauan' itu. Moga kita tidak kekal dalam 'silauan' itu.
Salah? Sendiri..
"Ko plak, tak goal2!".
"Ko nih...".
Hey! Kenapa salahkan dia? Lepas itu dia pula. berterusan menyalahkan orang lain? Sudah itu? Kau menjadi puas?
Lihat sini, salah yang telah kau buat :-
- Menyalahkan orang lain.
- Melemahkan semangat rakan.
- Tidak sedar akan kesalahan sendiri.
- Fikir kau bagus.
- ...Kamu sendiri boleh berfikir bukan.
Kata Ah-Tong," Jangan salahkan orang lain. Diri sendiri yang buat silap."
Bak pepatah ' makan dalam' maksudnya. Hey! knaR, kamu terutamanya. Ingat, salah sendiri baik?
.....terimas kepada kamu...
Bertentang Mata
bicara mula diatur,
hebat menegakkan seta menjatuhkan.
Hey! Aqidah sama bukan?
Jadi, atas dasar apa bertentang mata?
Dia,kau san sesiapa tanya aku apa?
AKU?
ISALAM!
JEMAAH?
Aku Jemaah di masjid,
bersama dengan para jemaah yang lain.
bila 'SUKA' menjadi 'BENCI'
Aku sudah mula hidup didunia sebenar kamu tahu. Duit saku ku, aku sendiri yang sara. Tiada pergantungan lagi bagi ku, meski bukan seperti sesetengah rakan ku yang kaya-raya. Inilah aku, rakyat biasa yang..biasa bisa. Wah! Beritahu pada mu ini, dunia ini sebenarnya macam ini dan macam itu kamu tahu, ya, sesetengah kamu yang tahu dan sesetengah kamu yang angkat tangan menyerah tidak ketahuan bukan. Banyak ku pelajari, rakan baru, pengalaman baru, banyak yang baru.
Ya, aku rindu suasana dulu. Kata rakan, bi'ah itu hanya ada di sekolah ku. Aku membuat pelbagai rancangan supaya ku kecapi semula bi'ah itu. Minta cuti, minta waktu kerja di jauh2kan waktunya, sebagai apa? Supaya ku punya masa ke masa silam itu. Suka, bila ku punya masa untuk ke masa itu, tapi 'hadiah terbaik' untuk ku. Lihat ini dan ini juga.
KINI yang terbaru kamu tahu? Ya, aku kabarkan pada kamu ini. Aku ke sekolah ku. Seronok berbual bersama rakan lama, jumpa dengan 'anak buah' dorm ku. Kata 'mereka', aku sibuk cerita akan 'benda yang ku ta'asub'ini kerana sekolah ku berlaku pergelutan 'jemaah', sebagai apa?!. Kata lagi aku mengajak rakan2 lain. Lagi terbaik, dalam sidang yang dipanggil Liqa' Naquba', kamu tahu guru yang selama ini ku hormati, ku sanjung kata bergini pada ku, maaf ayat ini sama isinya cuma ayat telah di sesuaikan seperti coretan ku, " Muallimah tahu, knaR bertandang ke sekolah semalam merancang untuk menjatuhkan sekolah ini!." Itu kata guru yang ku canjung selama ini. " Tidak muallimah, saya ada di sit ketika knaR bersembang, knaR cerita akan pengalaman kerjanya di Kenny Roger. Itu sahaja." Kawan ku membela ku. " Aah! Muallimah tidak percaya. Akan muallimah siasat akan 'kes' ini!." Sambung guru yang ku 'sanjung'tidak lagi kini. Sakit hati ku mendengar cerita ini dari rakan ku setelah kami selesai 'diskusi' bersama P.C Razak.
Hati? SAKIT!! aku kata..bila 'SUKA' menjadi 'BENCI'!! Fitnah? Ya. Itu sekolah ku. Kamu tahu dunia? Aku khabar pada kamu. Hebat tidak sekolah ku? AKU BENCI AKAN KENANGAN SILAM DI SITU!! ~rakan, kamu marah dengan posting ku? ini entri marah ku. kamu tidak tahu selagi bukan kena pada batang hidung kamu sendiri. Ibu maafkan aku, kerna ku tidak dapat patuh akan kata mu pada ku. MAAFkan aku Ibu.
p/s: Ada sangkutan paut dengan prihal ini akan ku entrikan pada posting yang mendatang..secepat mungkin bisa.
B.A.H.A.S.A
-Careka? Ya sudah tentu, jika tidak mengapa perlu ku ber'bahasa' di sini. Sudah tentu aku bercoret akan keadaan sekeliling ku. Apa? Ya, tempat kerja ku, sudah tentunya.
>>Bak kata rakan sejawat ku. "Biar tak chantek, jangan pekak!". Tapi suka ku sesuaikan secubit perkataan ayat tadi untuk diubah menjadi begini bunyinya, "Biar tak chantek, jangan bodoh B.A.H.A.S.A ". Agak kasar? Tapi begini carekanya.
...Bak kata rakan sejawat ku, "Ape punye sengal aa orang yang buat jadual nih? Ade ke letak jehan seorang2 wat FIFOaku dikhabarkan maknanya berbunyi bergini 'first-in first-out'. Pada waktu itu barang2 baru sampai, jadi menjadi tugas..aku? Tidak tepat bagi ku kerna perlu ada 'shift' FIFO pada waktu itu sepatutnya, pada pemerhatian ku mengikut jadual2 terdahulu. Jadi? Benar kata rakan sejawat ku bukan?
...Terharu. Rakan ku tawarkan diri untuk membantu ku untuk menyusun serta memunggah barang di'stor'makaseh untuk EDYKA. Biarpun badannya seperti ku, tapi HATInya lebih mulia dari 'orang' itu. Jadi aku mengemas sambil dibantu rakan ku yang itu. Banyak! Aku mengangkat tangan pada mulanya, bak kata pepatah "Berat sama dipikul, Ringan sama dijingjing". Aku bukan ditugas untuk kerja itu sahaja ditambah dengan kerja ku sebagai Roaster+steward+'FIFO', sikit? Jadi bukan aku punya masa untuk segera selesaikan kerja FIFO itu. Rakan ku juga bukan ditugaskan untuk menjadi FIFO pada hari itu juga punya tugas lain.
...Sudah paham tugas ku? Inilah klimaks coretan ini, seorang manager pergi ke tempat sedang kami berkemas2 lalu memarahi ku dengan bahasa yang ku senang mendengar, "Jehan! ko nih wat kerja main2! Tengok tak siap2 kerjanya lagi! Dah ko pergi buang sampah! Patu ko pergi makan dan terus balek!!". Perempuan, memang tidak ku tipu, penyakit lama ku datang kembali, rakan2 hanya berkata pada ku, "Sabar Jehan", "Mengucap Jehan". Tapi hati ini, penyakit lama ku datang bagaimana mampu untuk ku lawan? Salah ku? Mungkin. Mana B.A.H.A.S.A? Aku tidak kisah betapa berat kerja ku, kerna aku sedang bekerja. Mana B.A.H.A.S.A? Aku pertaruhkan yang itu. Andai bahasa baik, orang suka bukan? Sudah tentu.
Aku? Berkarut bukan sekadar berkarut, Bahasa itu perlu kita jaga bersama. Bersama ya. Kerna jika anda ber-B.A.H.A.S.A orang akan suka dengan anda. Aku tidak tipu. Kerna itu lumrah, kau tahu. Benar.
inilah KhidmatPesananRingkas
Betul bukan persoalan ku ini? Tetapi mengapa aku yang dipersalahkan? Aku juga.. Mana sahaja aku juga. Sedikit perkongsian untuk anda pembacathx kerna sudi bace blog ni.
Aku sudah bebas? Ya setahun aku tunggu saat ini, ya kerna usia ku sudah 'lanjut'. Siapa yang tidak rindu tempat dia suka dan duka, tempat dia naif menjadi pandai. Apa itu? Sekolah ku! Yeah..Yeah! Tapi sedikit2 menjadi mimpi ngeri ku akan tempat itu. Aah! mengenai bicara ini aku mengirimkan KPR kepada guru yang ku rindu juga, baik orangnya, suka aku akan guru itu, sangat gembira bersamanya sungguh. Tapi, suka kita akan seseorang lain 'ganjara' yang kita terimabukan terima kaseh laa.
Ohyaii.. Mulanya itu fikiran ku berdolak dalik, ingin mengutus pesanan penuh atau mengikut edaran KPR. Keputusannya, aku mengikut edaran KPR. Berbicara..bermadah kata.. Gembira aku diakhir perbualan itu. Ops! Siapa tidak gembira berKPR dengan guru yang dirindui, betul? Ya kau sendiri lebih tahu akan itu.
Selang beberapa ketika aku ke sana. Ya rindu kau tahu. Aku ke sana dengan rakan baik ku, Me.Or. Jadi ke sana jumpa dengan adik2 secara ringkas gitu. Bersalaman, berpelukan, ketawa, senyum banyak juga ya aktiviti ku. SAKIT HATI ku!! Pabila ku di khabarkan mengenai satu cerita, ya masih di dalam tajuk. Aku di di tanya oleh seorang 'adik' aku ada KPR dengan guru itu? Jawapan ku? sudah tentu ya. Di khabarkan pada ku yang guru itu berdiskusi di dalam kelasnya akan temu-bual ku bersamanya melalui KPR. Hah?! apa dia yang di diskusikan itu? ikuti kisah ini seterusnya..
Apa yang di diskusikan? Mengenai bicara ringkas kubukankah itu KPR? guru itu bertanya akan muridnya apa yang ku taip padanya. Dia juga berbicara, "Apa nak jadi dengan murid2 sekarang? Berbicara bahasa sebegini dengan seorang guru." Ku ubah sedikit baik kata guru 'ku' itu akan tetapi motifnya tetap sama. Berakhir sudah kisah ini.
Balasan terbaik buat ku?!
Yeah! Aku ke sana juga akhirnya. Setelah keinginan demi keinginan. Kini tiba jua masa yang di nantikan.
Setelah,
Macam mana aku boleh terfikir ke sana? Keinginan yang bodoh ku rasa. Maaf, tapi itu kenyataan kerna ku rasa bodoh. Argh!
Ke situ lagi? Cuba ku lontar jauh2 perasaan itu. Kerna diri ini di perkotak-katikkan. Ces! Pesan ibu ku membuat aku begini jua. Senyum knaR~ ingat pesan emak pada diri mu.
~mendapatkasih~ emak, kerna pesan mu sewaktu kecil itu ku semat hingga mati ku nanti.
~Munajatku~
"Ya Allah! Kau jauhkanlah diriku ini dari fitnah dunia dan akhirat." Benarlah kata2 meraka, "Jangan kita jemu meminta kepada Allah, kerna Allah suka akan hamba-NYA yang meminta." Justeru itu. Aku yakin, berkat ketabahan ku berdoa, bermunajat pada-NYA. Allah kabulkan doaku itu.
Jauh sekali ingin mengatakan diriku ini hebat, kerna Dia lah yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T.
Post ku ini ingin menyampaikan hasratku, rasa pedihku, rasa tidak puas hatiku kepada mereka yang gemar menfitnah diriku, 'menjual' namaku dipersada fitnah. Ketahuilah mereka yang menyebarkan fitnah! Sesungguhnya Allah Maha Melihat.
"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui-Nya" (6;59).
Moga Allah membalas jasa 'baik' tuan/puan yang gemar membuat dosa pada saudaranya.