Kaseh Diberi

Makhluk Manusia

Dengan nama Allah yang maha Pengasih.

Manusia ini cantik,
Makhluk pelik nan jelik.
Manusia ini bijak,
Makhluk bangang tak agak.
Manusia ini hebat,
Makhluk bercakap lebat.
Manusia ini bodoh,
Makhluk berakal yang hodoh.
Manusia ini mulia,
Makhluk mulia ciptaan-Nya.


16062015 M | 2145 GMT
Sebuah #PuisiBenRamli, Makhluk Manusia.
Bilik antap, Klang.

Lewat

Lewat malam itu, fikiran ku terganggu. Melihat gambar2 anak kecil keriangan, gembira. Membaca artikel penjagaan 'ibu mengandung'. Cara duduk dan tidur, permakanaan, rutin yang sesuai buat kandungan. Ya, aku sedikit terganggu kerna aku perlu mengetahuinya meski, bukan rezeki aku, lagi, atau nanti.

Aku tak menangis, aku tersenyum. Cuma aku risau kau kan menangis sayang. Kau paling impikan saat itu, nanti, namun kau tak terdaya. Bukan salahmu, bukan salah Dia. Ianya cuma uji kita. Ya kita, sayang.

"Comelnya budak ni... Macam mana anak kita nanti bang?" Suasana menjadi senyap dengan persoalan itu. Aku cuma tak endahkan, bukan tak cakna, aku cuba mengelak.

"Tapi, sayang tak mampu. Kalau sakit yang sikit pun tak tertahan, apatah lagi..."
"Siapa kata kita perlukan anak untuk bahgia? Bukankah kita dah sedia ada anak2 buah. Anak itu rezeki, bukan kemestian." Aku mencelah, tak mampu aku melihat wajahnya dan aku tahu, dia sedang bergenang air mata, mendengar kata2ku, selamba.

Jika kau baca pun surat ini sayang, pasti kita sudah tiada. Dunia ini sementara, tempat singgah menabur dan menagih kasih. Kemudian kembali kepada Kekasih.

"Selagi bersama, moga selamanya." Puisi BR, Selagi Bersama.



Suatu tarikh dan masa,
Di suatu tempat rahsia.

Pilih

Dengan nama Allah yang maha Penyayang.

Setiap kata itu, doa.
Katanya.
Setiap perbuatan, diri.
Katanya.
Setiap fikir itu, akal.
Katanya.

Justeru masih kata kasar kesat diguna pakai?
Justeru masih buat perkara-perkara mazmumah?
Justeru masih berfikir semua itu suuzon?

Jangan diambil pilih,
Ditinggal yang lebih.
Jangan dipetik perlu,
Ditinggal tak mahu.
Kalam suci kau dustai,
Mengaku hamba sejati.

Usah kau boneka kan Tuhan mu, sedang kau dicipta sehina mani.


Sebuah #PuisiBenRamli, Pilih.
03062015 M | 0107 GMT.
Bilik antap, Klang.