Kaseh Diberi

-kErjA iTu sErOnOk 1 -

Diri ku. Jua diri ku. Minat ku. Mencuba sesuatu. Sukar. Cabaran. Di situ aku...
Penglaman ku. Ingin sekali dikongsi bersama kalian, khusus buat mereka yang kaya, yang hanya menghirup ongkos IbuBapa nya. Kerna apa. Mereka sekali tidak merasa sengsara kedua IbuBapa mereka.

Perjuangan ku. Mencari rezeki yang halal. Mencari bayaran yang lumayan. Mencari sesuatu yang menyeronokkan. Suatu kerja yang senang? Bukan gaya ku. "Pencarian pengalaman itu lebih utama" kata Pengurus kuSir Syafiq. Bait2 kata itu membuat diri ku terus berada di sebuah cawangan 'Kenny Roger Roaster'.

Apa tugas ku? Berubah mengikut jadual. Apa maksud ku? Bak kata PenguruskuMiss Stephanie. "Kamu akan merasa semua tempat, supaya dapat banyak ilmu dan tidak bosan untuk bekerja." Antara tugas yang telah berjaya ku pikul selama 21hari aku bekerja ialah 'Server'tugas kesukaan ku, 'Hostess', 'Sender', 'Cutter'perlukan ketangkasan, 'Roaster'pembakar ayam, wanita terkecuali dari tugas ini, 'Utility' dan 'Steaward'pembasuh pinggan, tidak ku sangka wanita juga di beri tugas ini. Baki tugas yang belum ku terokai ialah 'Dispenser', 'Assemb' dan 'Cashier'.

Pengkhususan ku kini, untuk mencapai pin Master. Untuk menggapai pin ini, aku perlu mahir dalam semua tugas yang telah ku senaraikan sebentar tadi.

Pengalaman ku dalam setiap bidang yang pernah ku ceburi:

Server - Pelbagai karenah guestbahasa ibundanya adalah tetamu yang ku temui sepanjang melaksanakan tugas ku. Semasa mengambil order daripada guest, ada yang ramah orangnya, ada yang angkuh bagai sang rajamasakan manusia itu sama sahaja, penuh kesopanan, berbahasadari segi bait tuturnya mahupun berbahasa asing dengan ku. Riak wajah, ada yang masam mencuka kata orang, ada yang manis2 gula kata ku, ada yang cute kata hati kukukhusus untuk kanak2 sahaja ya, ada saja yang buat aku menyampah. Ya sememangnya manusia itu tidak sama. Itulah yang menjadi minat ku, mengenali pelbagai jenis manusia, bukan diri ku yang cenderung pada yang sama sahaja.

Hostess - Menjadi kebiasaan mulut ku, menyambut setiap tetamu yang hadir. Pernah juga ku ditegur PenguruskuMiss Stephanie, "Jehan greeting!!". Mulut ku menjadi kejang, kerna apa? Aku perlu senyum selalu, kerna secara psikologinya manusia suka akan keindahanbukan maksud ku indah sungguh senyuman ku, tetapi itulah yang harus ku lakukan biarpun senyuman ku tidak seindah sang suria.

Sender - Tugas yang ada hanya pada hari2 cuti. Tugas yang berat. Ya sangat berat. Kerna tanggungjawab? Mungkin, mungkin tidak. Lebih jelasnya membawa dulang air serta pinggan berisi pesanan guest itu sungguh berat sebenarnya.

Cutter - Tugas yang di berikan pada ku pada hari minggu. Kalut waktu itu, kerna kau masih muda setahun jangung tetapi di berikan tugas itu pada waktu itu. Kaget aku. Mujur ada Hafiz pada waktu itu. Dia menggantikan tempat ku bagi memulihkan keadaan. TerimaKasih Hafiz.

Roaster - Pembakar ayam, pembuang sampah, pembersing 'work-in'seperti peti-ais besar @ London bagi ku, itulah tugas ku. Rezeki ku, KhairulRoaster terbaik menjadi tenaga pengajar ku untuk 2hari berturut2. Banyak komentar yang ku perolehi daripadanya. TerimaKasih Khairul.

Steaward - Tugas sebagai pembasuh pinggan2 kotor. TerimaKasih kepada Ooi yang mengajar ku cara cepat untuk membasuh pinggan.

Utility - Kerja dapur. potong2, membuat muffin dan banyak lagi itulah tugas ku. Tetapi aku baru belajar beberapa perkara sahaja. Tidak sampai suku ilmu sebagai Utility.

Tidak~~oleh kerna abang ku telah meragam untuk pulang..nanti kan sambungan 'kErjA iTu sErOnOk2' pada waktu yang di berikan kelapangan pada ku insya-ALLAH..

"Saya Jehan"

Sejak di bangku sekolahlagibukan wakaf erk ada sahaja nama yang berhampiran dengan ku.
>Mohd. Naimsebaye, Naeem Maliksebaye, Mohd., Naimahnampak name kt atas meja bdk kelas drjh 5.< ramai ke?tapi tulah..same je.

Di bangku menengah.
>Naeem Malikmasih same, Naim Raisbru knl kt menegah, Mohd. Naim Saripmusang putih, Naimpe tah form4 maahad, Hasnan Naiem, Aiman Naimadek Andin, Naimahbaru kenal time kelas mubarak, Sarah Naimahklo xsilap aa<
Hah memasuki tahap menegah lagi ramai nama Naim yang ku kenal. Tah ada lagi mahupun tidak.

Di program luar.
>Syed Ahmad Naimpergh si comel kecil yang pemalu2<
ada lagi sebenarnya cuma ingat2 lupa sahaja.

Alam pekerjaan,
>Khairulsenior restoran, Khairulbatch yang same tp 17thn, Khairul Naimpergh name mmg same aa..tp 17thn< Miss Steph: Ayya..mengapa nama Naim & Khai banyak. Saya sudah penin loo..Nih mahu panggil kamu apa?
knaR:tanpa berfikir panjang satu nama keluar dari kotak fikiran ku Panggil saya Jehan. Ya, Jehan. J.E.H.A.N.
>nama yang tak semena2 keluar dari kotak kecil ku. Mengapa?Kenapa? Satu kebetulan? Tapi itulah nick saya.

Nama baru ku? Hanya di tempat kerja. Jika datang menjenguk ku, jangan di panggil Naim. Nanti orang lain yang menjemput kamu.ahaks. Panggil saya Jehan.

Ringkasan Lepasan SPM ku.

2008, inilah tarikh keramat bagi ku. Berakhir sudah sistem pentarbiah, bermula pula kehidupan yang sebenar. For the longest timesmbl m'dgr dndagan rockapella aku "bagaikan katak di bawah tempurung", lena di alam maya yang sementara yang penuh dengan Ilmu2. Kini, aku berada betul2, tepat2 di alam yang..jeng3 sndri leh smbug ape pktaan sesuai.

Berbagai ragam manusia yang ku temui saban hari, akal yang sihat, luaran yang sihat, dalaman yang sihat, tar jalanan, permata di booth Poh Kong, buku yang kotor dek debu, bermacam2 manusia ku temui setiap hari.

Pendirian ku? Kenapa dipertikaikan. Kau risau tentang diri ku? Tidak risau tentang diri mu? Kau kata aku telah berubah? Kerna kau belum temui kehidupan yang sebenar. Kau kata aku ini dan itu. Kau tahu apa kesudahan diri ku serta diri mu? Kau hebat kerna sanggup mencipta forum untuk berbicara prihal orang lain. Hebat. mujur aku xpunye mse utk pkr sia2 tu

Terharu jiwa ini, sebak di dada, besar hati ku rasakan. Banyak program yang cuba di aturkan oleh orang2 yang ingin menyusun program untuk diri ku dan khususnya rakan2 batch14 sekolah ku. Tapi, berapa sahaja yang mampu mengikutinya? Aku ucapkan ribuan jazakallah atas usaha murni mereka yang berusaha.

Mencari ku? Jika anda pergi ke shopping complex di sekitar Klang dan perut anda berkeroncongmcm lgu M.Nasir "keroncong buat Ana mungkin jumpa saya di "sana". Sebagai apa? Manager yang tentukan.

Isilah masa anda sebelum ada yang mengisikan. Tentukanlah yang terbaik untuk anda. Bak pepatah "Hidup kita berdasarkan dengan apa yang kita AGENDAkan." Kuliah terakhir ku beri perhatian adalah kuliah abg.Zulhilmi, apa yang menarik minat saya? Satu je yang menjadi milik manusia sebagai hamba Pencipta. Apa itu? Pilihan, pilihan kita sendiri. bidiffer3nt. Anda lebih mengetahui apa yang anda agendakan. Buatlah pilihan yanganda sndri leh isi perkataan slps tu.

..SPM berbau emosi....

Sedang ku mengemaskini blog ku, bro.syek berbicara pada ku. "Na'im. Bila mahu menge'post' "berbau emosi"?". Lantas aku tersentak dari kerja2 menaip ku. Di sini gembira sekali ingin ku katakan, sudah lama ku ingin menge'post' bicara seperti itu. Apakan daya masa amat cemburu pada ku. Dikesempatan ini ku cuba untuk meluahkan isi hati ku yang telah lama ku pendam sedalam2 hati kecil ku yang besar jiwanya.

Sebelum Sijil Pelajaran Malaysia,
Fikiran ku sibuk memikirkan prihal yang akan ku agendakan selepaas SPM. Prihal ini sering kali membuat diri kecil ku ini kebingunan, adakah aku akan menduduki SPM? Beberapa aktiviti telah ku rangka secara kasar di kalender telefon bimbit Nokia 2630 ku. Mengiringi Tahfiz ke LCCT, merewang di rumah Jehan, mencari kerja bersama Hasif, berlajar mengenai ilmu bersama pak cik Sa'don dan beberapa aktiviti bebas( bukan kuak lentang ya..). Tidak termasuk perancangan 'tiba2' dari pihak sekolah yang memang berat untuk aku ikuti. Persediaan SPM? Wah!! Mengapa diri ku ini merasakan sungguh jauh dengan perkataan 'berlajar'. "Oh tidak! Na'im cuba hipokrit untuk sebulan SPM. Na'im! Hanya sebulan." Aduh! Berat sungguh diri ini untuk mengulang kaji pelajaran tapi ku gagahkan jua tulang empat kerat ku ini, ku cuba untuk menghayati pengorbanan ibubapa ku, guru2 serta rakan2 yang membina. Lemah jua diri ku ini, aku hanyut di buai fikiran ku...

Semasa Sijil Pelajaran Malaysia,
"Argh! Itu belum, ini belum. Buku apa ini? Tidak pernah ku lihat sebelum ini." Sebilangan tuturan ku semasa berlangsungnya aktivit hipokrit ku. Pesan ibu ku sebagai guru yang veteran kata orang, "Na'im. Malam tidur awal, sekarang masa untuk buat latihan sahaja, jangan disibukan masa mu dengan mengulang kaji pelajaran kerna sekarang adalah masa untuk tenangkan fikiran bukan untuk berlajar." Pesan ibu selaku guru ku jua sering bermain2 difikiran ku. Tapi, apakan daya kerna masa lapang ku tidak ku susun dengan baik, maka dengan itu masa sempit ku sudah tiba dan tika itu diri ku bagai dilanda Taufan Kathrina. Kabut mengulang kaji pelajaran akan tetapi masa tidur ku tetap ku disiplinkan iaitu pukul 11.30 umumnya untuk aku berhenti berlajar dan tidur. Meskipun begitu, terdapat beberapa mata pelajaran yang membuat diri ini untuk terus berjaga malam seperti Matematik Tambahan( bersama2 Akmal ), Bahasa Arab serta beberapa mata pelajaran yang ku kurang pasti kesahihannya. Setiap kali tamat sesuatu mata pelajaran, aku cuba untuk menenangkan diri ku supaya tidak histeriakan diri ku yang tidak histeria.

Selepas Sijil Pelajaran Malaysia,
Tamat( horra!!). Merdeka( ALLAHU AKHBAR!!). Gumbira( hahahaha ). Perasaan yang hilang( ..... ). Kehilangan( jangan tinggalkan daku ). Mengisi kekosongan( isi tempat kosong ). Telah selesai semuanya. Selangkah ku keluar dari dewan, ibu ku tercinta terus menghubungi ku. Perbualan yang memakan masa hampir 10 minit ku bincangkan mengenai perasaan, aktiviti selepas ini serta ibu ku suruh ku jangan banyak berfikir prihal periksa, ibu menyuruh ku gumbira seketika supaya hilang penat di keringat ku. SAYANG IBU! SAYANG AYAH! Kini ku menjadi rakyat merdeka, bebas membuat pilihan, bebas melakukan aktiviti. Seronok tetapi inilah yang menggusarkan diri ku. Moga Allah sentiasa melindungi hamba-NYA yang ingin dilindungi.

Perkara bombastik sepanjang Sijil Pelajaran Malaysia,
Perancangan mantap antara Nafis, Izzat, Kashfi dan Na'im( penukil ), kami telah menjadikan kelas 4 Fudhail sebagai markas kami iaitu dorm dan tempat memerah keringat. Katil yang di terbangkan khas di bahu2 insan terpilih menuju ke kelas 4 Fudhail menjadi tempat kami beristirehat siang dan malam, sehingga kai di halau pihak sekolah( sob..sob..sob). Inilah yang menjadi sumber inspirasi ku untuk terus maju dalam hidup ku, mencari tempat teristimewa untuk memerah keringat, tempat penuh dengan kesunyian dan jenaka kami. Inilah, Dorm Fudhail.

Moga entri berbaur emosi ku ini bisa mengisi kekosongan hari pembaca.

~Holiday but Working~

Huh~~ what can I said. Now I'm free..not student any more, ops..mybe for a while. But I still happy with my title now..

Oh no, holiday just beginning, but my mom making noisy. "Na'im!! when you want to find a job? Dont 'terperuk2' at home!". Huh..for the first time you know. Before this, if I want to find a job my mom the one who evade me from to find job. Yes, everybody can change, I know it. But this time I really happy because my parent support me to find a job..

I'm grateful, yesterday I and Hasif Zul got a good job, but mybe for 1 month I think. Because the rate is very low price I think. Yes because we work for part-time not full-time worker. So, I want to find full-time job on first month 2009. I'm pray and hope I will get a good job and nice price. Owh yes I forgot, I want work at bookstore, but now it's full you no. Many shop I and Hasif ask for vacancy, they told, "Oh, now it's full", "Oh dek, why you late? Sorry now is full". Yes, it's very sad. But I fill it's very fun you know. Every shop was full with worker. Huh mybe I'm crazy on that time(but my friend said every time I'm crazy..huhuhu).

Yes2..Next week I will start that job..What job? If you hungry I will surve you. Let's talk..Eh no2. Let's work!! AhAks~~

See Ya!! Salam alaik~~

why must be~~

Be SHY? be SHAME? why?

owh..I can't write in english..owh I can't speech a long in english..
you are looser you know? What you shame for? pronounsation? your grammar?

> do you thing what I write or talk in english it's very well? huh..I don't think so..
> yes my classmate had laugh to me because in past trial, I was try to spell before I write in writing. Hah! that was bad thing? hey! I also got 64% for english paper you know!
> shame for what? shame to your self because you are scare to try it. Everybody laugh to me because I talk in broken english( in my dorm ), huh but I laugh to you because you'll scare to nothing!!

+ my lover reader, don't be shame to try something differ3nt. take this word, yes it's from Eric Cantona " when you grow-up, don't shame to try it. just do it". I put this word in my deep2 heart because I also in grow-up. grow to be a man, to be a people.

>Comment my writing please. I need you'll comment thx!<

<>HarI yANg<>

Kulit menyentuh hati tersentuh,
Ucapan tulus hati dilontarkan,
Maaf zahir dan batin yang ku ucapkan,
Tapi kali ini berbeda, sangat2 berbeda.

Ke hulu ke hilir, berpusing2 ku di runag tamu rumah Opah.
Tapi kan kawan2~ Raya tahun ni lain sikit tahu~
Buat julung2 kalinya bila ku bersalaman dengan Opah ku~
Hati ku cukup..cukup..wawawawawawa..Bak kata Bomar "terjatuh hati aku."
(ade la satu lawak die)

Ku hulurkan tangan "kotor" ku untuk memohon seribu kemaafan daripada Opah ku yang "Last grandprent" yang ku ada. Tapi~pergh!! lebih dari itu kawan2. Opah ku mendakap ku lantas dan pantas mencium pipi ku. Kaget aku dibuatnya. Ape lagi tidak ku lepaskan peluang ke-berlian-an ini. Aku kucup jua pipi Opah ku yang ku sayangi sedari kecil. Sungguh ku terharu kerna buat julung2 kalinya "panorama" seperti ini terjadi dalam hidup ku. Kedua2 Atok ku tak sempat. Nenek ku, pernah tapitidak seperti detik ini, kali ni cukup memilukan hati kecil merah ku ini.

OPAH I LOVE YOU!! sayangilah orang yang selalu anda jauh2kan mahupun yang dekat dengan anda kerna kita tatau siapa pergi dulu. Pakailah topi keledar, cara paling senang untuk ingat orang tersayang.( iklan yang cakap aaa)

+*+BuLaNbErLaLu+*+

Sebulan Ramadhan sudah pergi meninggalkan~~
Berganti kini bulan baru, bulan Syawal~~

Hati ku pilu perginya Ramadhan~~
Kerna kurangnya amal ku di bulan itu~~
Pengurusan masa, percubaan SPM, masa yang padat~~
Salah sikap ku mungkinnya~~

Adek2 hebat beramal di musolla~~
Sedang ku bergegas ke dewan periksa untuk berlajar~~
Iri hati, cemburu, sedih, blur~~
Segalanya singgah dihati kecil merah ku ini~~
(sapenyer idea trial time ramadhan ha?!)

Kini Berganti bulan baru, bulan Syawal~~
Hati ku simple tak rasa apa2~~
Raya?Duit raya?Baju raya?Kasut raya?
Kurang meriah ku rasakan~~

Pasang radio semua lagu raye!~~
Tak ada lagu lain ka?~~
Tolak raya, tolak cuti~~
Minggu depan SPM dh?!~~
(Tahun yg mendebarkan. Raya? mcm tak ada)

Sebulan Ramadhan sudah pergi meninggalkan~~
Berganti kini bulan baru, bulan Syawal~~

(kini sudah tiba masa utk diuji sjauh mana baiknya Ramadhan kita)
Yeah!!tanggal 27 Ramadhan..aku keluar membeli-belah dengan rakan2 ( Nafis, baSyek n baWan ) di sekitar Lowyat..

Adeh!! Perjalanan yang cukup panjang~~
>pencarian demi pencarian. pilihan demi pilihan. kebluran demi kebluran. runsing kelape eh2 kepale ku memikirkannya.<

Akhirnya ku temui. Serta mendapat hadiah daripada perjalanan yang cukup hebat itu. Tulang belakang ku kembali sakit. Serta hadiah yang menarik. Aku telah jatuh sakit, demam. ( syafakallah ).

28 Ramadhan.
Setiba di kampung tercinta bersama2 dengan mak Endak, Jiha n 'Abid. Badan ku kembali 'di atas paras normal'. Sejuk menusuk tulang empat kerat ku. Semestinya tulang belakang ku kembali sakit. Dalam fikiran ku ketika itu, aku akan di hantar ke hospital petang itu. Mak Icu menyarankan kepada ku untuk berbuka puase kerana takut2 memudharatkan ku. Dengan semangat yang ada ku menolak cadangan mak Icu.

Tengah hari itu, ku sekali lagi kuar bersama2 'Abid n Mirul. Walaupun ku dalam keadaan yang sangat2 dharurat, tetap ku gagahkan langkah ku untuk ke pekan Teluk Intan. Best scene..Hampir2 kene langgar dek kereta sebabnya tak stabil mase satu Pajero lalu sebelah ( mybe Bernoulli's principle. Hehehe. )

Inilah sedikit nukilan ku dalam keadaan yang kurang sihat.. Selamat membaca..maaf jika bahasa tunggang langgang...

SELAMAT HARI RAYE MAAF ZAHIR DAN BATIN!! 4 student that take PMR n SPM don't forget to study..Do your best!! Pray to ALLAH.

``Sejenak ku``

Setibanya di destinasi pertukaran. Aku turun daripada bas K.Selangor. Setelah bersalam2an dengan rakan2, lantas ku teruskan destinasi ku yang terakhir iaitu menuju ke rumah. Rumah yang tersergam indah dengan kasih sayang.

Sebaik sahaja ku menaiki bas, aku memilih tempat duduk yang paling hadap kerna rumah ku antara destinasi paling cepat penumpang turun. Aku memilih tempat duduk di belakang tempat pemandu bas, seorang p.cik berbangsa cina, peramah.

Selepas membuat bayaran tiket. Terus ku membuka buku rujukan fizik untuk mengisi masa sebelum tiba di destinasi ku( bukan kerna untuk menunjuk2 tetapi tulat aku akan menghadapi percubaan SPM untuk kertas fizik ). Selang beberapa minit, tempat duduk di sebelah ku yang mulanya kosong telah di ambil alih oleh seorang p.cik, melayu yang peramah. Aku teruskan pembacaan ku. Sudah hampir 3/4 perjalanan ku. Tiba2..

P.Cik : Aneak ni..ameak perikse ye?
Light : Ye cik? A'a ye saye. Saye amek SPM tahun ni cik.
P.Cik : Owh..aneak ni sekolah di manea? ( Cuba untuk ku membawa keadaan sebenar, p.cik itu kurang fasih berbicara kerna...)

( Mulanya aku ingin menghindari daripada menyebut nama sekolah ku. Tetapi p.cik itu tetap jua mendesak ku untuk memberitahu di mana tempat ku berlajar.)

P.Cik : Owh..sekolah tu. P.cik tahu..dulu dekat bt.belah kan? Ni..P.cik kenal seaorang ciekgu tu. Ape yea nameanye. Die pakai cermin mata.

( Otak ku di perah2 untuk mencari2 petunjuk siapakah gerangan cikgu itu. Akhirnya..)

Light : Utz. Hamid ye cik? Hamid b. Dahlan.
P.Cik : A'aa..Hamid b. Dahlan. Dulu die duduek seruemah ngan p.cik. ( Mengikut apa yang ku fahami. Lantas p.cik tu pon memuji2 Utz. Hamid, guru ku. Akhlak, bacaan dan lain2 semuanya p.cik itu puji )

P.Cik : Anak nie bagues. Sekoleah situe bagues. ( P.cik itu pon menasihati ku dari segi persekolahan dan yang berkaitan dengan pelajaran. Aku bagaikan seorang pemberita yang cuba untuk menangkap setiap butir bicara p.cik sambil mengiakan apa yang ku fahami yang sesekali ku terlepas butir kata p.cik )

( Sesekali ku bertanya mengenai apa pekerjaannya, keluarganya.)

( P.Cik seorang pekerja di salah satu pejabat di Jalan Klang Lama (mengikut kefahaman ku). Mengapa p.cik kurang fasih berbicara. Beberapa tahun yang lepas, p.cik mengalami kemalangan jalan raya, p.cik menunggang motosikal dan telah di langgar oleh lori gabak! P.cik di masukkan ke ICU. Di pendekkan cerita Alhamdulillah selamat tetapi mengalami beberapa masalah seperti pertuturan.)

( Kini tinggal beberapa meter sahaja lagi untuk sampai ke destinasi ku.)

Light : Baik cik. depan tu saye nak turun dah.
P.Cik : Baiklah nak. Belajar baik2. Name anak ni ape?
Light : Saye, Naim. P.Cik?
P.Cik : P.Cik Shahruddin. Hati2. Assalamualaikum..
Light : Baik cik. Wa'alaikumsalam..

Pada mulanya memang sukar untuk ku fahami butir bicara P.cik Shahruddin. Akan tetapi, ku teringat sebuah cerita jepun ada mengatakan kalau kita mendengar dengan TELINGA HATI pasti kita dapat memahami setiap butir bicara walaupun tidak fasih tuturnya.

#%*!FuTuR!*%#

Tia: Tah aa Naim. Tia nih macam dah takde semangat nak amek SPM.
<panjang ceritenyer..ni dah di edit perbual ngan adek sdare den..jgn pikir len wow..>
Light: Laa..Kenape camtu pulak..Ok.Ok. Tia nak sambung mane lepas SPM nanti? Amek kos ape?
Tia: Tah..Tia pon tatau lagi..Blur..
Light: Laa..Pasal aa Tia tak semangat. Ape nak jadi lepas SPM pon taratau lagi. Itu pasal laa..
Tia: Kenape pulak?
Light: Camni laa..camne Tia nak semangat, Tia tatau ape Tia nak jadi. Tau cakap nak full A's je tapi tatau nak watpe ngan A bebanyak tuh.
Light: Pasang la cite2 ape mau wat lepas SPM . Baru ade TARGET, baru la semangat nak berlajar. Baru tau berape banyak A's diperlukan untuk capai cite2 kite tuh..
Light: Jangan pulak pasang satu cite2 je. Biar banyak pepatah jawa mengatakan "Biar ada BackUp" hehe..
Tia: A'aa la Naim..Patut laa Tia tak semangat je nak study. Naim nak sambung mane lepas SPM?
Light: Nanti Naim nak sambung....................//..

Kejayaan bermula dengan impian. Impian datang daripada angan2. Angan2 singgah sebentar di perasaan. Perasaan itu datang dari diri kita sendiri. Yang mencoret masa depan kita ialah Diri kita sebenarnya. Perubahan daripada sikap kita juga.

Laungkan Bersama2!! CITA-CITA SAYA IALAH....

=Perasaan[?]=

Setiap masa kita di uji. Sedar atau tidak, sememangnya acap kali kita di uji~~huruu..tiupan angin~~

Kali ini aku menghadapi ujian yang tah membuat diri ku menjadi sang-ngap. Belajar di luar tabiat ku. Mentelaah pelajaran di luar kebiasaan ku. 'Serba-serbi' ku rasakan.

>Bak kata ibu, "Naim ni bukannya tak berlajar. Tapi baru berlajar untuk berlajar."<>baru peperiksaan kecil<. OWH!! Trial~~ terus di ikuti Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal mencoret masa depan yang kian lama ku rangka.

Ibu!!Ayah!!Semua Tercinta!! Telah ku kerah segala kudrat ku, untuk berusaha mendapat yang terbaik setelah sekian lama ku mengecewakan kalian..Doakan perjuangan ku untuk menjadi "Insan" yang berjaya dunia & akhirat.

Ya. Untuk menjadi Insan.

+ Amar Ma'ruf +

Malam yang indah untuk bersiar2 dibandar Anggerik. Tujuan ku keluar malam ini untuk menemani kakak ku mengambil barang dari rakannya. Diperjalanan itulah cerita ini bermula...


"Wah!! Kak macam mana orang ni bawak kereta? semacam je.. Wow! Perempuan.." Bukan niat ku untuk mengata mana2 pihak, tapi baca sampai habis dulu baru menilai.
"Wah!! 2nd. Perempuan lagi yang buat slack malam ni...Macam mana la boleh lepas JPJ? Pelik ni." Sengaja ku cabar kak ku.
"Huh! Dorang yang pelik..Kakak bawak okie je.." Cubaan kakak ku membela kaum Hawa. Aku ketahuan bukan semua perempuan yang macam tu dan bukan semua lelaki yang bagus dari itu. Cuma tah mengapa malam ini hanya ku terlihat kesilapan dari kaum Hawa.


Perjalanan diteruskan( memang tak berhenti pun..) Tiba2....


"Wargh!! Kenapa kereta belakang ni tak bukak lampu?" Satu soalan yang pelik kepada kakak ku.
"Mana? A'a la.."
( Seperti tadi. Pemandunya seorang perempuan. Sama macam tadi pemandunya kelihatan nervous sekali.)
"Kak2..Baik bagi tau m.cik tu yang dia tak bukak lampu." Cadangan ku.
"Laa..macam mana nak tegur? Yang boleh tegur sekarang orang belakang dia je. Untuk bagi isyarat flash." Kata kakak ku sebagai pemandu yang berpengalaman daripada ku.
"Mana ada orang belakang dia. Takpe2 slowkan kereta biar Naim cakap ikut tingkap."
Dipendekkan cerita.Tepat kereta ku di sebelah kereta m.cik kereta kancil.
"M.cik lampu depan tak bukak!" Cuba untuk ku melawan kuatnya bunyi deruan angin.


Tetapi..ternyata tindakkan ku tak membuahkan hasil. Kereta kancil itu tetap tidak membuka lampu hadapan. Terdapat banyak sebab, antaranya memang lampu depan rosak, terlupa dan lain2.

>pekara yg slalu ku igt ktika memandu..(mne yg elok leh aa kongsi bersame)<

  • Baca doa naik kenderaan.
  • Patuhi 5 pkr JPJ.
  • Jang teragak2.
  • Beware.
  • Lain2..tny je parent anda sadious..
"cara paling senang ingat orang tersayang..pakailah topi keledar?!~~"

*O* Durian *O*

>>Cuti awal bulan, rumah ku syurga ku<<

"Naim..Nak makan durian tak? Cepat, sini."
"Ye saya. Baik mak." Sahut ku atas panggilan ibuku tercinta.
Lantas ku bergegas ke dapur, meninggalkan urusan ku di laman sesawang dalam bilik ku. Setibanya aku didapur abah sedang mengupas durian. Aku suspek, harian, termengkalai, serbe salah.(pndi2 la korg tka..hehehe..)
"Abah. Kenapa abah kupas durian ni? Naim tgk durian ni macam dah rosak je." Pada pemerhatian ku, durian yang sedang ayah ku kupas terdapat lubang, seperti di makan tupai.
"Mana Naim tahu. Luarnya memang nampak rosak tetapi dalamnya kita belum tahu kalau tak di bukanya." Abah menyangkal pendapat ku kerna terlalu awal membuat sesuatu kenyataan.
"Hah! Abah dah agak dah. Tengok ni, mana ada rosak. Siap kucing tidur* lagi."
"Ye la abah. Naim ingat kalau luar rosak dalamnya tentu rosak juga. Ternyata Naim salah."
"Tidak mengapa. Naim jangan la sedih, lain kali jangan cepat sangat buat keputusan hanya dengan tengok luaran. Kupas dulu baru tahu apa isinya baik atau rosak. Boleh?" Abah cuba memujuk ku. Aku akan ingat pelajaran ini.

*kucing tidur = istilah bagi isi yang kuning cam~~

Lima Mas'ud.
8.43 pg, Sabtu.
0908008

~Inilah Aku~

"Bang. Bang. Kenapa rambutan yang satu ni ade bulu2 tapi yang satu lagi ni takde bulu2?"
"Hehehe..Bukan masalah ada bulu ataupun takde dik. Yang ini namanya macam yang adik cakap tadi, rambutan. Yang satu lagi ni namanya Pulasan." Jawab seorang penjual buah2an kepada pelanggan kenitnya.

Aku tahu ramai manusia di luar sana tak mengenali spesis ku, terutamanya kanak2.

"Owh Pulasan..Tak pernah dengar pun bang."
"Bukan adik seorang je yang tak pernah dengar ramai lagi yang tak kenal buah pulasan ni, memangnya buah rambutan ni lebih terkenal daripada buah pulasan ni. Kalau adik nak tahu, bentuk isinya pun lebih kurang je dengan rambutan, cuma rasa rambutan manis lagi dari pulasan. Nah amik ni. Cuba la rasa."
"Em..Betul la bang, rasanya lebih kurang same."

Aku terjaga seawal perbualan mereka tadi. Ya, memangnya aku tidak terkenal seperti rambutan. Sememangnya kami dari spesis yang sama. Aku tak nafikan memang rasa rambutan lebih sedap dari ku. Ketahuilah ada je spesis ku yang rasanya lagi sedap daripada rambutan. Kerna itu aku sentiasa tingkatkan keenakkan diri ku supaya menjadi lebih sedap daripada rambutan. Tidak ku nafikan akan kemampuan ku yang terbatas.

Kerna itu aku mengerti. Inilah aku. Sebuah pulasan.


Dorm Habib.
11.25 mlm, Rabu.
0608008.

Antara Dua (ii)




Sedari awal kelas, ku cuba menyelami perasaan sang awan yang murung, dingin ku rasakan. Saat demi saat dan berjam2. Akhirnya sang awan meluahkan segala isinya. Renyai,teratur, indahnya mempersona siapa sahaja.

Bijak sang awan mematuhi perintah yang Maha Kuasa. Hasilnya, seluruh penduduk bumi merasai kehalusan dan keindahan hujan yang mesra membasahi segala di bawahnya.

Tindakkan bijak sang awan, tidak ada yang memarahinya. Ketentuan yang Maha Mengetahui baik buruk bagi hamba-Nya.

Apakah keadaan ini akan sama dengan ku?
Apakah akan sama jawapannya jika ku ambil tindakkan sama seperti sang awan?

Ya ALLAH ya tuhan ku. Kau bantulah hamba Mu yang kerdil hina ini. Sesungguhnya aku berada di antara dua jalan yang rumit dan penuh kekeliruan. Ameen..


Lima Mas'ud.
1.35 ptg, Khamis.
0708008

Antara Dua (i)


Pagi ini, sang awan tampak murung, mendung. Dalam dilema, hujan atau pun tidak. Jika sang awan menangis,
Apakah kehidupan di bawahnya akan gembira atau tidak?
Apakah kehidupan di bawahnya akan bersyukur atau sebaliknya?
Apakah kehidupan di bawahnya sedia menerima tangisan sang awan?
Hitam dan murung.

Tangisan yang renyai atau lebat. Aku tahu sang awan tiada pilihan. Pastinya akan menangis jua jika itu yang diperintah kepadanya oleh yang Maha Kuasa. Kerna itu sang awan sentiasa memohon kebaikan untuk dirinya. Meskipun dia tahu, pasti akan ada yang memarahinya. Walau bagaimana pun, sang awan tetap yakin dengan ketentuan yang diteteapkan kepadanya. Keyakin yang tiada belah bagi.



Lima Mas'ud.
10 pg, Khamis.
0708008

By - Zain Bhikha

Allah Knows
When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui-NYA" (6:59)

~Munajatku~

"Alhamdulillah..Syukar Ya Allah". Berulangkali aku berdoa.
"Ya Allah! Kau jauhkanlah diriku ini dari fitnah dunia dan akhirat." Benarlah kata2 meraka, "Jangan kita jemu meminta kepada Allah, kerna Allah suka akan hamba-NYA yang meminta." Justeru itu. Aku yakin, berkat ketabahan ku berdoa, bermunajat pada-NYA. Allah kabulkan doaku itu.

Jauh sekali ingin mengatakan diriku ini hebat, kerna Dia lah yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T.

Post ku ini ingin menyampaikan hasratku, rasa pedihku, rasa tidak puas hatiku kepada mereka yang gemar menfitnah diriku, 'menjual' namaku dipersada fitnah. Ketahuilah mereka yang menyebarkan fitnah! Sesungguhnya Allah Maha Melihat.

"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui-Nya" (6;59).

Moga Allah membalas jasa 'baik' tuan/puan yang gemar membuat dosa pada saudaranya.

>Siapa Nahnu?<


"Eh, antum tahu. Hua/hiya itukan macam itu, macam ini,macam2..betul.."
"A'a laa..Ana pon tengok hua/hiya itu macam2"
Acapkali berlaku seperi itu. Mengapa? Cukup baikkah kita ini? Sampai nak banding2 dengan orang lain. Layakkah diri kita ini? Siapa kita. Mujur ada kawan yang sanggup menegur ana.

"Enta, tidak baik berkata mengenai keburukan hua/hiya. Enta tahu ke macam mana pengakhiran hua? Jangan2 lebih baik dari enta. Ana bukan hendak mengutuk enta, cuma mengajak supaya nahnu koreksi diri bersama2."
Ana ucapkan syukran kepada si hua/hiya yang menegur ana. Teguran yang ana dapat untuk dikongsi bersama. Moga dapat nahnu koreksi diri nahnu. Nahnu bukan orang yang sempurna dan tiada manusia yang sempurna melaikan kekasih ALLAH S.W.T, Rasulullah S.A.W.

"Apa itu?"

Yang dikatakan kebahagiaan itu apa sebenarnya?
>Kegembiraan atau Kekecewaan?
>Kemegahan atau Kehinaan?
>Gelak tawa atau Tangisan?
>Keberanian atau Ketakutan?
Itulah yang membezakan kita dengan rakan sebelah kita. Carilah kebahagian mu. Carilah sejauh mana pun. Kau akan temui, Cinta Ilahi Cinta Yang Abadi.

! ! ! Hujan ! ! !

'Hukuman' yang diberi oleh pegawai yang bertugas bergema serta menggetarkan jiwa2 insan di pagi hari. Ku merenung sang langit, awan mendung. Melihat sang awan yang sedang berkumpul, pasti akan terasa tangisan sang awan. Tangisan yang suci, hujan.

Saat guru mengajar dihadapan, ku terleka dengan tangisan hujan diluar kelas. Unik. Nyaman terasa. Itulah yang membuatku terpesona dengan tangisan hujan. Hampir2 ku di buai mimpi. Biarpun sesetengah rakan ku merungut akan tangisan hujan itu. Tetap ku melayani suasana yang nyaman itu bagai kasih yang berbalas...