Kaseh Diberi

``Sejenak ku``

Setibanya di destinasi pertukaran. Aku turun daripada bas K.Selangor. Setelah bersalam2an dengan rakan2, lantas ku teruskan destinasi ku yang terakhir iaitu menuju ke rumah. Rumah yang tersergam indah dengan kasih sayang.

Sebaik sahaja ku menaiki bas, aku memilih tempat duduk yang paling hadap kerna rumah ku antara destinasi paling cepat penumpang turun. Aku memilih tempat duduk di belakang tempat pemandu bas, seorang p.cik berbangsa cina, peramah.

Selepas membuat bayaran tiket. Terus ku membuka buku rujukan fizik untuk mengisi masa sebelum tiba di destinasi ku( bukan kerna untuk menunjuk2 tetapi tulat aku akan menghadapi percubaan SPM untuk kertas fizik ). Selang beberapa minit, tempat duduk di sebelah ku yang mulanya kosong telah di ambil alih oleh seorang p.cik, melayu yang peramah. Aku teruskan pembacaan ku. Sudah hampir 3/4 perjalanan ku. Tiba2..

P.Cik : Aneak ni..ameak perikse ye?
Light : Ye cik? A'a ye saye. Saye amek SPM tahun ni cik.
P.Cik : Owh..aneak ni sekolah di manea? ( Cuba untuk ku membawa keadaan sebenar, p.cik itu kurang fasih berbicara kerna...)

( Mulanya aku ingin menghindari daripada menyebut nama sekolah ku. Tetapi p.cik itu tetap jua mendesak ku untuk memberitahu di mana tempat ku berlajar.)

P.Cik : Owh..sekolah tu. P.cik tahu..dulu dekat bt.belah kan? Ni..P.cik kenal seaorang ciekgu tu. Ape yea nameanye. Die pakai cermin mata.

( Otak ku di perah2 untuk mencari2 petunjuk siapakah gerangan cikgu itu. Akhirnya..)

Light : Utz. Hamid ye cik? Hamid b. Dahlan.
P.Cik : A'aa..Hamid b. Dahlan. Dulu die duduek seruemah ngan p.cik. ( Mengikut apa yang ku fahami. Lantas p.cik tu pon memuji2 Utz. Hamid, guru ku. Akhlak, bacaan dan lain2 semuanya p.cik itu puji )

P.Cik : Anak nie bagues. Sekoleah situe bagues. ( P.cik itu pon menasihati ku dari segi persekolahan dan yang berkaitan dengan pelajaran. Aku bagaikan seorang pemberita yang cuba untuk menangkap setiap butir bicara p.cik sambil mengiakan apa yang ku fahami yang sesekali ku terlepas butir kata p.cik )

( Sesekali ku bertanya mengenai apa pekerjaannya, keluarganya.)

( P.Cik seorang pekerja di salah satu pejabat di Jalan Klang Lama (mengikut kefahaman ku). Mengapa p.cik kurang fasih berbicara. Beberapa tahun yang lepas, p.cik mengalami kemalangan jalan raya, p.cik menunggang motosikal dan telah di langgar oleh lori gabak! P.cik di masukkan ke ICU. Di pendekkan cerita Alhamdulillah selamat tetapi mengalami beberapa masalah seperti pertuturan.)

( Kini tinggal beberapa meter sahaja lagi untuk sampai ke destinasi ku.)

Light : Baik cik. depan tu saye nak turun dah.
P.Cik : Baiklah nak. Belajar baik2. Name anak ni ape?
Light : Saye, Naim. P.Cik?
P.Cik : P.Cik Shahruddin. Hati2. Assalamualaikum..
Light : Baik cik. Wa'alaikumsalam..

Pada mulanya memang sukar untuk ku fahami butir bicara P.cik Shahruddin. Akan tetapi, ku teringat sebuah cerita jepun ada mengatakan kalau kita mendengar dengan TELINGA HATI pasti kita dapat memahami setiap butir bicara walaupun tidak fasih tuturnya.

2 comments:

sayaatau said...

pakcik shahrudin(?)

mcm pna dgr.tah2 muallim sharudin menyamar nk tangkap ko fly kot?
hehe

thaaqhib said...

harhar~

sayang muallim~

he teached me to behave