Kaseh Diberi

Sunyi II

Sunyi, ku rasakan.

Walau tawa menghiasi, kekosongan jua ku rasakan.

Sunyi yang menyelubungi, jangan pergi, teman daku yang seorang diri.

Jangan pernah kau tinggalkan aku sunyi, aku takut.

Kata2 manis, dimana kau kini?

Pergi? Melupakan aku seorang diri?

Senyuman manis, kau kini palsu.

Mengkaburi mata teman2 ku, tidak ku khabarkan.

Diri, maaf kerna menyiksa mu.

Batin ku, meski kau meronta2 ku tetap senyum.

Hari demi hari, temanlah daku, biarpun sunyi menyelubungi ku.

Janji ya.

Aku

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

10 minit sebelum kelas Calculus III bermula, sudah lama tidak membuka blog, ku lihat, ku layari, selami. Banyak entri baru dari teman, baca mana yang sempat sahaja. Maaf ya teman2.
Kulihat blog ku yang makin berjanggut lebat ini, berhabuk penuh, geleng kepala. senyuman makin pudar. Maaf kerna pengurusan masa yang teruk sehingga tiada kesempatan untuk menulis entri baru, Maafkan aku diri. Kerna biarkan kau tersiksa tidak menaip.

insya-Allah entri baru sudah ada, cuma sempat dan tidak untuk di tayang perdanakan. Mungkin kemudian hari akan ku tayang perdanakan.

Kaseh diberi kepada yang sentiasa memberi komentar dan kata2 yang memberangsangkan. Aku kian membesar. Doakan kejayaan dunia dan akhirat buat diri yang makin membesar ini.