Kaseh Diberi

Showing posts with label Emosi yang berbaur. Show all posts
Showing posts with label Emosi yang berbaur. Show all posts

Seketika

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Seketika, teruja.
Seketika, kecewa.
Seketika, bahagia.
Seketika, berduka.

Seketika,
DUNIA.

Kau buat ku teruja, Wah!!
yang akhirnya, cest!!
Kau buat ku, #BigSmile.
yang ku cuba elak untuk, argh!!

Kan ku coba Seketika itu menjadi lebih ceria.
mengHargai setiap Seketika.

BudakPoto #intro

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

(merasa janggal sekali pabila mulakan menaip di sebelah kiri ini)

Karya terbaru ku, BudakPoto, dipersoalkan. Mengapa ya pada fikiran ku?
Mungkin kerna perkataan 'Poto'?
Baiklah. Entri kali ini akan menceritakan karya baru ku.


BudakPoto.
Budak, penggunaan perkataan 'budak' adalah kerna aku baru dalam bidang ini. Mahu mempelajari, mahu menyelami, mahu hebat seperti mereka.
Poto, ya! Aku pecinta bahasa, mungkin pada karya ini aku broken kan kernanya. Photo pada bahasa Inggeris nya, kini aku terjemahkan dalam bahasa Melayu Pelat lalu ianya berbunyi 'Poto', bukan? Itulah asal usulnya BudakPoto.

Kaseh diBeri kepada sahabat baik ku Meor Syafiq, Mubasyir & Hasif yang sedikit sebanyak mengajar ku dari kosong menjadi 'Budak'. =)
Tidak lupa kepada casen kesayangan ku Tyra Saja . Tempat aku membuat pinjaman kamera Nikkon D3100 nya. Kaseh diBeri.

No. 2

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Justifikasi:
Penasihat utama No. 1,
TulangBelakang sesuatu gerakan,
Pengganti apabila ketiadaan No. 1,
100% kepercayaan atas Perlaksanaan.
Lebih dari yang kalian Baca jika kalian tahu.

Monolog:
Pengalaman meMatangkan kita bukan?
Bukan bait bicara ku, sahaja.
Bahkan ucapan Meraka yang Hebat & Sohor dari diri ini.
Aku hanya insan kerdil yang mempelajari,
berJalan, Melihat dan menTafsir.

Pengalaman:
Diri ini punyai sedikit untuk dikongsi,
namun sering di ke-lapanbelas kan.
Owh! Tidak mengapa, hanya untuk dikongsi andai perlu.
Andai.

Pedih! Sejuta jari menunjuk ku,
hanya gara2 perbuatan meraka.
Bukan tugas No. 2 menutup semua itu,
lihat tugas di atas itu.
Owh, tiada ketahuan jika itu tugasan Bharu.
"Heh! Ni makan die~"

Pesan Mak:
"Jangan lupe baca surah Al-Syarh sebelum tidur,
Sayang Mak."


Inspirasi:
'Transformasi Najib',
Keluaran 'Qalif Umar Creative'

Pidato

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


(teringat kisah muda dulu)


Kan ku susun setiap bait bicara,
Agar kau goyah mendengar hujah ku.
Setia ku dengar lantang mu,
kerna berdirinya aku nanti, bisa menyangkal idealogi mu.

-sudut itu bermonolog-
Kau hebat berhujah,
membidas segala kata2.
Kau tegas berdiri,
memukau segenap ruang waktu.

-jiwa itu bermonolog-
Kau idola semua,
aku hanya jiwa kecil.
Kau tajuk bicara mereka,
kala itu, aku senyum sendiri.

-bibir mula mengatur-
Aku tidak sehebat mu,
kerna akal ku tidak sepantas bibir mu,
bertatih aku berbicara,
kerna aku hanya tahu berkata2.


Kaseh diBeri,
kerna sudi menerima ku,
insan lemaHina,
yang bertatih di bumi luas ini.

Majlis Anugerah Kecermelangan Mahasiswa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Dari jauh, ku melihat gelagat penyandang2 anugerah di Majlis Anugerah Kecermelangan Mahasiswa pada 12/09/2011. Merasa gembira untuk mereka.

"Kalian Hebat! Teruja daku melihat kejayaan2 kalian. Ingin seperti kalian, bahkan lebih!"
(Bukankah cemburu untuk menjadi seperti mereka yang mendapat kejayaan serta berniat untuk lebih baik dari itu suatu cemburu yang baik. =] )

Salute to My Sweetie Huda, My Dear Frens Hilmi, Faiz, Izzuddin, Afiq,
Nashrullah, Hazman, Aisyah, Mahfuzah, Hafizah & Rabi'atul.

Penyandang Anugerah Terbaik Kepimpinan Diploma Perakaunan
& Anugerah Terbaik Keseluruhan Diploma 2011
2 semester berturut-turut. TAHNIAH 'Aliatul Huda Bt Azri!!!

Pelakon

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Tak bisa menduga perasaannya.
Gembira?
Mudah saja ditunjuk dari Senyuman, gelak-tawa yang riang.
Sedih, menangis?
Seperti tiada apa.
Kau memang seorang pelakon hebat.

Namun kau tetap manusia lemah, tidak semua bisa kau lakonkan.
Kau tetap kau, cuma mungkin dikau sahaja yang mengerti diri mu.
Aku mahu mengenali diri mu, aku sentiasa menerima segala tentang diri mu.
Baik-buruk, bukan tidak ku endah,
hanya kerna aku mahu jadi Sebahagian dari diri mu,
maka itu perlu.

Melewati hari demi hari ku,
bersama insan tersayang,
membuat hidupku lebih bermakna,
semoga ini terbaik untuk kita.


Kaseh-diBeri kepada pembaca entri ku,
atas sokongan dan pandangan,
membuat diri lemaHina ini,
tidak berhenti berfikir, mentafsir & menulis.

Kebahagian Sahabat

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim



Surat khusus buat Sahabat Ku Mohd Ali B. Mohd Zaki yang telah selamat di Satu bersama Isterinya terSayang, Nadhirah Bt. Sahri.
Doaku,
Kalian sentiasa mendapat Rahmat & Kaseh Sayang NYA.
Bahagia hingga ke hujung usia.
Peroleh Zuriat Soleh&Solehah.


Bergenang air mata mendengar diKau dendangkan akad Nikah.
Seorang Sahabat sudah tamat usia Terunanya. =)
May Allah S.W.T Bless Us.

Sudah Tamat Waktu Tidur

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Sudah sekian lama ku tidurkan diri, biarlah apa orang nak kata, orang nak lakukan. Tetap aku tidur(tutup mata).

Bangkit! Itu aku yang kini, apa jua halangan, tiada lagi ku lari, semua ku tempuhi.

Bangkit bertenaga dari tidur yang lama, biar penat itu perkara biasa.
"Bahtera yang hebat hanya akan kelihatan selepas berjaya menepuh badai yang hebat.."

Tiada lagi tidur..

Kembali bertenaga.

Maaf

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Maaf, lancar pada bicara mulut.
Adakah semudah luahan hati?

Maaf, Maafkan, Minta Maaf, Memaafkan.
satu perkataan yang menghasilkan pelbagai tafsiran.

pohonlah Kemaafan,
andai tersalah laku dan bicara.

Memaafkan lah,
andai ada yang menyakiti, itulah sebaik2 perkara.

Aku Maafkan Kamu, maka, MAAFkanlah segala khilaf ku. =)


Ketenangan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Bodohnya diri ini,
acap kali mencari ketenangan pada yang sementara.
Sibuk berkata,
sendiri lupa, sendiri kurang mengamalkan.

Terasa seperti mahu berhenti.
Full,FullStop.

jop solat asar.

K.I.T.E

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

situasi pertama:
"Kau tahu..budak tu pergh, jahat giler.."
"Hah! patut pon...bla3.."

situasi kedua:
"Budak AD(art design) senang aa exam die orang 1@2 paper je.."
"Tu aa..kite finale giler2. die orang rileks je.."

Persepsi, sedikit hiburan minda. Banyak lagi contoh di sekeliling kita. Saya, anda, kita semua tidak terlepas akan persepsi yang biasanya su'uzon(bersangka buruk, nagetive thinking). Oleh hal demikian, sampai bila mahu berada di tampok itu? mari renungkan.

Melayu, kate orang lame, berpengalaman, dan konklusi;
"Orang melayu nih dek, suke dengar cakap orang, tapi tak pernah habis. orang kate tanam pisang senang. tanam je, nanti tumbuh, cantik. Yang dengar nih, ikut menonong je..kesilapan? Kat situ, info tak abes, nak buat. Hasil? Tak seindah yang di kata. Pastu, komen."

input hasil konversasi;
  1. Bila dapat sesuatu info, bertanyalah menggunakan falsafah inggeris(Who,When,Why,Whom,Where,How).
  2. Dapat sesuatu info, dengar dari kedua2 pihak, bukan berat sebelah.
  3. Bandingkan maklumat, jadi Hamba berfikir, wat satu konklusi, dan bincangkan.
Hanya ini yang sempat saya nukilkan, mungkin input2 yang kemudian ingatnya, di nukil pada entri kemudiannya. Bukan diri ini yang terbaik, hanya berlajar dari berjalan, melihat dan mentafsir. Moga kita jadi hamba yang tahu erti Syukur dan menjadi hamba berfikir.

Selamat malam,
Klang, 2.29pagi.
5/5/2011.

Terbang


Bismmillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Benar, setiap pertemuan ada perpisahan?
Ku rasakan begitu saat ini. Tertunggu saat pertemuan itu kembali.(senyum)
Teman, semua kejauhan. Aku di perantauan.
Moga kalian sehat2 kehendaknya, moga kita sentiasa di bawah lembayung Rahmat-NYA.



Lihat mesin itu! Siapa sangka, suatu hari nanti ia yang di saluti besi, bisa terbang bebas di udara. Siapa? Begitu engkau teman, pernah kau terfikir untuk itu? Namun, kini kau sudah berjaya! TAHNIAH! Kau telah melakar sejarah hidup mu, keluarga mu, teman2 mu. SUGOI!!

Rajin dan usaha teman2 ku, jangan biarkan walaupun sesaat masa mu itu, terbiar kosong. Penuhilah dengan pekara2 yang bermanfaat dan berfaedah. Moga kita bisa ketemu suatu hari nanti. Moga saat itu, bukan lagi angka 'sifar' pada diri kita, pastikan ianya sudah di isi, meski angkanya 'satu'.


mood: Kepingin bertemu kalian.

...


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

...bermula dengan noktah?...
itu saja telah membuat kita berfikir, bukan? Berfikir dalam fikiran yang di fikir. Kadangkala, terfikir apa yang sedang sarat kita fikirkan, berangka atau kosong.




Adakala, kita senyap membisu. Bila ditegur, "Jauh termenung~". Apa yang di fikirkan? Serabut, kerana fikiran kita tidak punyai folder2 yang tersusun seperti di desktop. Akan tetapi, tetap kita berfikir. Justeru, entri ku kali ini, telah melepaskan walaupun sedikit apa yang ku fikirkan.



Berfikir tanpa perlaksanaan, apa nilainya?

JariJemari


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Saat mulut terkunci, akan tetapi hati tetap mahu berbicara. Mana harus ku luahkan? Mereka memendam rasa, mereka mencari teman untuk meluahkan, mereka MENAIP seperti ku.

Namun bergitu, ada yang menjadikan ianya satu 'privacy' yang mahu di kongsi, 'organization', mengutuk sesuatu pihak, ada juga yang berbelit2 seperti ku. (>.<)




Apapun entri mu, NIATkan ia dengan sesuatu yang baik. Pasti itu lebih indah dari yang anda sangka. Selamat Berbloging. (n_n)

Di Mana Kurang?


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Di kolej, sentiasa mengimpikan makanan yang terBAIK dan LAZAT dari mana2 tukang masak kedai. Setiap kali itulah menemui kebuntuan pabila lidah merasakan hidangan. Seperti tidak kena, ada sesuatu yang kurang. Gula ka? Garam ka? Kunyit ka? Air tangan ka?

Tercari2 di mana kekurangannya~
Sekembali ke tanah air, makan malam, Wah! inilah yang ku cari selama ini, kesempurnaan dalam masakan, kesedapan dalam setiap suapan, kesyahduan dalam setiap hirupan, inilah MASAKAN IBU!




Terima kaseh ibu, kerna sejak ku lahir, hingga kini, dikau tidak pernah jemu menyediakan hidangan untuk anak mu.


~Flying kiss 4 Mom, MUUAH~


Aku

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

10 minit sebelum kelas Calculus III bermula, sudah lama tidak membuka blog, ku lihat, ku layari, selami. Banyak entri baru dari teman, baca mana yang sempat sahaja. Maaf ya teman2.
Kulihat blog ku yang makin berjanggut lebat ini, berhabuk penuh, geleng kepala. senyuman makin pudar. Maaf kerna pengurusan masa yang teruk sehingga tiada kesempatan untuk menulis entri baru, Maafkan aku diri. Kerna biarkan kau tersiksa tidak menaip.

insya-Allah entri baru sudah ada, cuma sempat dan tidak untuk di tayang perdanakan. Mungkin kemudian hari akan ku tayang perdanakan.

Kaseh diberi kepada yang sentiasa memberi komentar dan kata2 yang memberangsangkan. Aku kian membesar. Doakan kejayaan dunia dan akhirat buat diri yang makin membesar ini.

Biarkan Aku

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Kebuluran? Biar aku mengerti penderitaan mereka.
Kesakitan? Biar aku bermuhasabah.
Hati dan Perasaan? Biar aku kecilkan itu, sesak.
Ketidak warasan? Biar aku tenangkan fikiran.
Baran? Biar aku campaknya jauh kembali.
Kekacauan? Biar aku munajat, mencari ketenangan.
Mati? Biar aku katakan, itu satu kepastian.
Jangan pernah kau paling, lihat kehadapan,
teruskan perjalanan.

Biar aku, kembali menjadi perhentian. Mereka datang dan pergi, Mereka berhenti dan kembali. Aku? Tetap aku, perhentian.

Emosi berbaur II

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Sibuk dan sibuk, sentiasa menghantui diri ini. Rasa bersalah bila tidak sempat, tidak punyai keingin untuk membuka buku. Jiwa! Hati! Perasaan! Kembalikan semangat belajar ku. Tercari2 cahaya kehidupan ku, moga hari2 berlalu dengan pasti, berlalu dengan taguh berdiri.

Kadangkala, kita terpaksa membuat sesuatu yang kita tidak suka. Setuju? Apakah harus aku terima seadanya ataupun marah akan situasi itu? Kerna itu menyebabkan aku menjadi kalut, serta menjadi aral yang melintang di atas jadual ku. Benci. Tapi sering terjadi. Ajarkan aku, apa yang harus ku lakukan.

Entri berintikan emosi berbaur ini, hanya sempat ku menulis selepas kelas Calculus, di blok D. Terasa ingin meluahkan nafsu menulis yang telah lama pasif, ingin kembali aktif. Ingin sekali. Insya-Allah dalam entri terdekat ini, akan ku muatkan puisi, mungkin, yang akan di sampaikan dalam persembahan Makan Malam Diploma Statistik nanti, insya-Allah.

Kaseh diberi pada kalian yang sudi menyinggah di blog sunyi berchahya ini. Kaseh diberi.

Emosi berbaur

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Berhabuk, penuh debu2,
Hati melihat terasa syahdu, berlagu,
Acapkali ku membuka yang ini,
Hanya melihat jika teman punyai entri baru.

Aku?

Soalan cepuk emas,
Terkesima melihat microkomputer,
Jari diam terpaku, tidak lagi menari2 seperti dahulu,
Kembalikan tarian jari-jemari ku.
Pulangkan!

insya-Allah, telah berlalu hari2 yang mencabar dan baru dalam hidup ku,
Akan ku cuba menambah entri2 baru di masa akan datang,

Di kesempatan ini, sebelum kelas Calculus bermula,
Penulis amatur ini meminta ribuan kemaafan,
Di atas kelewatan melontarkan entri2 baru dalam laman sesawang ini,
Kaseh diberi kepada yang setia di sisi.

Ketuk Tetingkap

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

"Sibuknya kita, Berdasarkan apa yang kita agendakan." -kata2 pemikir Islam.(betulkan jika ku tersalah)

Kadangkala kita fikir sesuatu pekara itu baik bagi kita, sedangkan tidak. Acapkali kita rasakan sesuatu pekara itu buruk bagi kita, sedangkan tidak. Aku tahu? Kamu? DIA yang maha Mengetahui segala baik-buruk bagi hamba-NYA. Setuju?

"knaR, aku tengok kau sekarang sibuk je.. Kalau aku jadi kau, tak sanggup aku. Baik aku duduk bilik je, rehat." - kata teman ku di 'sini'(< tekan).

Tetingkap ku seperti di ketuk. "Oit2. Sihat tak? Kau bukan dulu, lagi baik atau teruk? Oit2." Soalan teman ku itu dijawab ku penuh bersahaja(tidak dinyatakan), tapi, kembali mengetuk tetingkap ku. Aku, aku, baiklah. Andai kamu seperti aku, sila ambil perhatian, jangan jadi katak,
  1. Buka minda, pikir di luar kotak.
  2. Beri peluang, coba kau coba.
  3. Tahu apa yang lebih baik untuk kamu, dunia ini sementara.
  4. Riadah, lihat langit, luas. Minda?
Kamu, aku bukan terbaik. Tapi aku pernah sangat futur. Penyelesaian, pergilah ke tempat orang beramal soleh. Jangan kau hanyutkan diri yang sudah kelabu. Lepas adalah sejarah, sekarang pasti, di hadapan perlukan perancangan(< tekan).