Kaseh Diberi

Terbang


Bismmillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Benar, setiap pertemuan ada perpisahan?
Ku rasakan begitu saat ini. Tertunggu saat pertemuan itu kembali.(senyum)
Teman, semua kejauhan. Aku di perantauan.
Moga kalian sehat2 kehendaknya, moga kita sentiasa di bawah lembayung Rahmat-NYA.



Lihat mesin itu! Siapa sangka, suatu hari nanti ia yang di saluti besi, bisa terbang bebas di udara. Siapa? Begitu engkau teman, pernah kau terfikir untuk itu? Namun, kini kau sudah berjaya! TAHNIAH! Kau telah melakar sejarah hidup mu, keluarga mu, teman2 mu. SUGOI!!

Rajin dan usaha teman2 ku, jangan biarkan walaupun sesaat masa mu itu, terbiar kosong. Penuhilah dengan pekara2 yang bermanfaat dan berfaedah. Moga kita bisa ketemu suatu hari nanti. Moga saat itu, bukan lagi angka 'sifar' pada diri kita, pastikan ianya sudah di isi, meski angkanya 'satu'.


mood: Kepingin bertemu kalian.

...


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

...bermula dengan noktah?...
itu saja telah membuat kita berfikir, bukan? Berfikir dalam fikiran yang di fikir. Kadangkala, terfikir apa yang sedang sarat kita fikirkan, berangka atau kosong.




Adakala, kita senyap membisu. Bila ditegur, "Jauh termenung~". Apa yang di fikirkan? Serabut, kerana fikiran kita tidak punyai folder2 yang tersusun seperti di desktop. Akan tetapi, tetap kita berfikir. Justeru, entri ku kali ini, telah melepaskan walaupun sedikit apa yang ku fikirkan.



Berfikir tanpa perlaksanaan, apa nilainya?

JariJemari


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Saat mulut terkunci, akan tetapi hati tetap mahu berbicara. Mana harus ku luahkan? Mereka memendam rasa, mereka mencari teman untuk meluahkan, mereka MENAIP seperti ku.

Namun bergitu, ada yang menjadikan ianya satu 'privacy' yang mahu di kongsi, 'organization', mengutuk sesuatu pihak, ada juga yang berbelit2 seperti ku. (>.<)




Apapun entri mu, NIATkan ia dengan sesuatu yang baik. Pasti itu lebih indah dari yang anda sangka. Selamat Berbloging. (n_n)

Bergolek


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dup, dilepaskan. Dush, ditendang. Tap, ditepis.
Bola yang satu itu dikejar ke sana dan ke sini. Bergolek mengikut rentak permainan, berkumpulan mahupun individu. Sedar tak sedar, ianya merapatkan ukhwah juga merenggangkan adakalanya. Rentak ikatan kita berdasarkan sikap kita. Siapa kawan ku? Menilai semasa penat. Bagaimana Itsar? Husnuzon? TeamWork? Atau 'Aku je betol', 'Aku je hebat'. =)
Gembira dapat bersua dengan Teman2..nice play my dear frens~