Kaseh Diberi

Maaf

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Maaf, lancar pada bicara mulut.
Adakah semudah luahan hati?

Maaf, Maafkan, Minta Maaf, Memaafkan.
satu perkataan yang menghasilkan pelbagai tafsiran.

pohonlah Kemaafan,
andai tersalah laku dan bicara.

Memaafkan lah,
andai ada yang menyakiti, itulah sebaik2 perkara.

Aku Maafkan Kamu, maka, MAAFkanlah segala khilaf ku. =)


Ketenangan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Bodohnya diri ini,
acap kali mencari ketenangan pada yang sementara.
Sibuk berkata,
sendiri lupa, sendiri kurang mengamalkan.

Terasa seperti mahu berhenti.
Full,FullStop.

jop solat asar.

BO dan LA

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

BoLa, BoLat. BoLa itu BoLat. pelatkan..

"knaR, BoLa itu Bolat, Barca yang kalah ngan Real mase Spanish Cup, leh KALAHkan Real balek dan maju ke Finale UEFA. renungkan. >.<"

hasil dialog;
  1. Kehidupan ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Tahu? tapi maseh buat.
  2. Jangan selesa bila kat atas, jangan malu berada di bawah.
  3. Jangan pandang rendah terhadap rintangan, kelak kau akan musnah.
Adakala, lucu teringat akan diri ku yang 'ramping' ini, =) Macam 'Mr. Hyde & Dr. Jekyll' plak. hehe.. =)
OPS!! jangan selesa. Macam pandu kereta, adakala mesti lihat belakang, kan? mari renung bersama.

Tanah Air TerChenta,
dini hari,
seorang diri.

K.I.T.E

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

situasi pertama:
"Kau tahu..budak tu pergh, jahat giler.."
"Hah! patut pon...bla3.."

situasi kedua:
"Budak AD(art design) senang aa exam die orang 1@2 paper je.."
"Tu aa..kite finale giler2. die orang rileks je.."

Persepsi, sedikit hiburan minda. Banyak lagi contoh di sekeliling kita. Saya, anda, kita semua tidak terlepas akan persepsi yang biasanya su'uzon(bersangka buruk, nagetive thinking). Oleh hal demikian, sampai bila mahu berada di tampok itu? mari renungkan.

Melayu, kate orang lame, berpengalaman, dan konklusi;
"Orang melayu nih dek, suke dengar cakap orang, tapi tak pernah habis. orang kate tanam pisang senang. tanam je, nanti tumbuh, cantik. Yang dengar nih, ikut menonong je..kesilapan? Kat situ, info tak abes, nak buat. Hasil? Tak seindah yang di kata. Pastu, komen."

input hasil konversasi;
  1. Bila dapat sesuatu info, bertanyalah menggunakan falsafah inggeris(Who,When,Why,Whom,Where,How).
  2. Dapat sesuatu info, dengar dari kedua2 pihak, bukan berat sebelah.
  3. Bandingkan maklumat, jadi Hamba berfikir, wat satu konklusi, dan bincangkan.
Hanya ini yang sempat saya nukilkan, mungkin input2 yang kemudian ingatnya, di nukil pada entri kemudiannya. Bukan diri ini yang terbaik, hanya berlajar dari berjalan, melihat dan mentafsir. Moga kita jadi hamba yang tahu erti Syukur dan menjadi hamba berfikir.

Selamat malam,
Klang, 2.29pagi.
5/5/2011.