Kaseh Diberi

Sebaik-baik Nikmat #1

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim



Organisasi adalah suatu kumpulan manusia yang wujud di dalamnya Ketua, Pembantu dan Pengikut. Pasti saja kalian pernah berada di situasi itu. Benar, kerja juga merupakan salah satu contoh oraganisasi dan itu juga benar kelas juga salah satu daripadanya, kerna adanya Ketua Kelas, Pembantu dan kalian.

Organisasi tidak akan indah jika terlalu tegang dan terlalu bermain. Ianya terikat dengan "Manusia saling melengkapi antara satu sama lain" kerna itu Allah S.W.T ciptakan kita pelbagai rupa paras, warna kulit, cara tutur, jalan, melihat, ber#Fikir dan apa saja yang terlintas dalam fikiran kalian sekarang dan ianya bukanlah untuk membanding-bandingkan, tapi untuk saling melengkapi. Berlapang dada-lah dengan ahli anda, kerna anda bukanlah manusia sempurna sifatnya.

Hujan tidak berpanjangan, sang Pelangi akan muncul selepas hujan. *janganlah dok jenguk2 luar jendela, hujan tak berhenti lagi.. Dalam menceriakan hari-hari kita, tidak boleh hanya gelak dan tawa, pasti ada sikit-sikit duka kecewa, tangis-tangisan agar hari-hari itu lebih manis gitu.

"Nik kenape ko tak marah je budak tu? Die tikam ko dari belakang kot! Siap kate kat semua orang yang ko terhegeh-hegeh nak jadi Presiden Kelab. Takkan ko nak duduk diam dan biar je kot?" Suara 1.
Aku senyum, entah kenapa, "Biarlah wak, selagi die suke. Biarlah ape die nak kate.. Nik ok je, tak mudharat mane pon." Entah kenapa dengan diri ku, Tidak pula ku melatah biarpun telah di 'back-step'.

Kalian tahu, apa nikmat dari ke-tidak-melatahan ku? *kan aku dah cakap, aku perosak bahasa Aku tak rugi apa-apa, sebaliknya rakan yang 'back-step' aku itu terima pelbagai tomahan dan cacian. Lihat? Allah S.W.T maha Adil dan selalu bersama orang yang benar. Kalian pernah berada di situasi susah bagaimana? Cerita ini diringkas kepada dua perbualan agar bersesuaian dengan topik kita. Kisah panjang? Nanti-nanti sajalah. Kita ambil iktibar, bukan cari siapakah manusia 'back-step' itu. Boleh? *senyum

Organisasi ini bisa saja mematangkan kita. Kerna ia melatih kita untuk berfikir dalam keadaan lapang dan kritikal. Pasti saja anda akan di panggil oleh teman-teman lain, "Aku tengok ko ni matang semacam je.. Takut pula aku.." Ketahuilah itu pekara biasa. *senyum sendiri Hahaha, benar! Anda sudah terjebak dalam organisasi jika anda turut tersenyum. Berbahagialah. Ingat, Pelangi akan muncul selepas Hujan. *plss berhenti jenguk luar jendela...

Sebaik-baik Nikmat #Intro

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


  • Sebaik-baik membawa maksud sesuatu yang baik, namun ianya lebih baik daripada sesuatu itu. Maka, terbitlah kosakata, Sebaik-baik. *definasi ku
  • Nikmat pula bermaksud perasaan yang merasa cukup selesa dengan keadaan itu. Kalian diberi peluang untuk tidak melakukan assignment, tidak perlu membayar saman, tidak perlu melangsaikan hutang PTPTN/Bank dan lain-lain. Rasa akan 'perasaan' itu?
(Namun ianya tertaklu kepada penjelasan seorang yang minat/perosak bahasa, seperti ku.)

Namun, apa pula dimaksudkan dengan Sebaik-baik Nikmat itu? Merasa terbaik kerna tidak perlu menjelaskan hutang piutang? Ops! Ini bukanlah tulisan "Pendidikan Percuma". Teruskan membaca, kerna ini bukanlah itu. Ini adalah tulisan ku, tulisan manusia biasa yang suka ber#Fikir.

Ini kisah seorang dewasa, ya dewasa, bersama-sama harinya yang penuh dengan #Fikir. Merentas hari demi hari dengan kelewatan bertutur akibat #Fikir. Mengkusutkan saat-saatnya dengan #Fikir. Entah mengapa dan kenapa. Mungkin juga berkaitan dengan Sebaik-baik Nikmat. Nikmat yang dia rasai untuk kebaik orang lain, jadi dia terus ber#Fikir dan lagi.

Nikmat, atau Nik panggilan manjanya. Silakan.