Kaseh Diberi

Mula

Dengan nama Allah yang maha Mengetahui.
(yang Mengetahui setiap isi hati kita, yang alpa)

Pena dan kertas tempat mencurah,
ada pun mengadu, diiringi tangis atau tawa,
dan itu semua atas kita, hati, ku kira puisi,
luah sehabis mahu, Dia tetap Mengetahui,
Dia tak baca, kau harus yakin, Dia tahu.

Kita semua penulis,
sama ada nyata, maya mahu pun di kotak fikiran,
menulis rasa hati, suka, sakit, duka, gembira,
mula meluah, dan kala itu kau ada pilihan,
mahu di pertonton atau simpanan sendiri,
ketahuilah, mulutkan berbunyi, hati jua tetap berdiri.

Bila tiba waktu,
fikiran kan tertulis,
otak kan berfungsi,
akal kan mentafsir,
mulut kan berbunyi,
kan hadir beribu persoalan,
tanggapan, setiap insan,
tetapkan hatimu, sang penulis.

31052015 M | 1437 GMT,
Bilik antap, Klang.


No comments: