Hari ini, esok,lusa dan menjelma hari terakhir aku di situ. Pejam celik pejam dan celikkembali setakat ini, mungkin esok lusa tidak lagi sudah 6bulan aku berkampung di sana. sudah menjadi rumah kedua mungkin. Suka, seronok, muram, mengamuk suma tersirat di sana.
Teman, rakan, benci kini aku akan tinggalkan kamu, tapi tidak hati ini, hanya zahir ku tidak di pandangan. Akan ku jenguk jika berkelapangan. Jangan khuatiri bait kata ku ini. Kerna kamu sudah menjadi ahli keluarga angkat ku, meski aku tidak pernah mengangkat kamu.
Kisah itu dan ini, hanya kita bersama, kisah suka itu kita coretkan di hati, kisah duka itu ku harap kita mampu untuk campak ke tong-sampah agar di buang oleh encik.Roaster closing.
Di tapak front-line itu, kita sama2 mengukir senyuman, gelak tawa, kerna kita adalah orang tengah, kita happy, justeru itu dining dan back-of-house juga akan gembira, betul? katakan sahaja, Ya!
Hari ini, esok,lusa dan menjelma hari terakhir aku di situ. Pejam celik pejam dan celikkembali setakat ini, mungkin esok lusa tidak lagi sudah 6bulan aku berkampung di sana. Rindu akan suasana itu. Akan ku simpan di galery otak ku yang lebih hebat dari hand-phone dan computer.
No comments:
Post a Comment