Kaseh Diberi

Tabir Senja

Dengan nama Allah yang maha Mengetahui.

Kusingkap tabir senja,
Terbentang langit jingga,
Sangka aman sentosa,
Oceh gagak merata.

Kuak--

Apa yang kaumerapik?
Mundar mandir terkedek,
Bicara gah perkasa,
Dikit pun tak laksana.

Kuak- Kuak--

Gagak bertengger,
Tampak hebat segala,
Sungkur akhirnya.

Kuaak---

Di Sinilah Tempat Giliran Anda

Dengan nama Allah yang maha Pengasih
lagi maha Penyayang.




Dikejar harta,
Dunia sementara,
Ke tanah jua.

Dihebah pangkat,
Hanya nama semata,
Tidak ke mana.

Rezeki anak,
Keluarga sempurna,
Juga dunia.

Nikmat Tuhanmu,
Jambatan ke syurga-Nya,
Andai kau tahu.

Kitalah hamba,
Sujud kepada Dia,
Syurga di sana.

Lebaran 1434H

Dengan nama Allah yang maha Pengampun



Salam Eidul Fitri 1434H dari Khairul Na'im @ Ben Ramli.
Ampun maaf dipinta andai selama perkenalan kita, ada terguris, salah silap bicara, juga terkurang itu dan ini.

Semoga lebaran 1434H berjaya merapatkan hubungan yang terbina antara kita selama ini. =)


Setahun berlalu tak selalu,
Hari dinanti kini dirai,
Dipohon ampun moga direstu,
Bersama rai lebaran ini.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Tersurat & Tersirat!! =)

Selamat berdiri

Dengan nama Allah yang maha Berkuasa

Aku merenung cermin dan ternampak aku.

Rupanya selama ini, aku, bukan orang lain.

Berhenti jadi orang lain. Jadi diri.

Selamat berdiri.
-aku-

Aku Terbang

Dengan nama Allah yang sebaik2 Sandaran



Moga bisaku,
Terbang melangit tinggi,
Tinggalkan bumi.

Tinggi dan tinggi,
Tiada lagi bumi,
Lenyap segala.

Kini sendiri,
Terapung di dimensi,
Yang gelap sepi.


Puisi: @_benramli
Gamba: @anakandabeta #iPhonePhotography
Editing: @_benramli

Atas Bawah

Dengan nama Allah yang maha Pengasih




Kita tak selalunya, di atas.
Kita tak selamanya, di bawah.

Dunia itu bulat,
Bergolek atas dan bawah.

Jangan terlalu megah,
Lihat-lihatlah ke bawah.

Jangan terlalu gundah,
Berusahalah ke atas.

Dunia itu roda,
Berputar bawah dan atas.

Kita tak selalunya, di bawah.
Kita tak selamanya, di atas.

Jangan Dipersia

Dengan nama Allah yang maha Pengampun
lagi maha Penyayang




Seringkali kita persia,
Peluang yang ada,
Ruang tersedia,
Sengaja, malu katanya.

Jangan temanku jangan,
Peluang kali ini,
Dibiarkan sengaja,
Ruang dihadapan,
Dilopongkan sahaja.

Entah bila kan berjumpa,
Bersua lagi dengannya.

Ayuh temanku ayuh,
Rebut peluang itu,
Meski sedikit amalmu,
Isi ruang itu,
Dengan ibadah kepada-Nya.

Romadhon,
Bukan sahaja bulan berpuasa,
Malah lebih dari yang disangka.

Romadhon,
Madrosah kita berubah,
Menjadi mukmin yang berjaya.

Chahya-Mu

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang





Doaku pada Tuhan,
Kurniakan daku chahya,
Yang bisa menerangi,
Jalan2ku menuju,
Meski gelap duniaku.

Doaku pada Tuhan,
Terangilah hatiku,
Dengan chahya kasih-Nya,
Agar tidakku menyimpang,
Hilang dalam kelam suram.

Chahya Rahmat kasih-Mu,
Chahya kasih sayang-Mu,
Yang kudamba selalu,
Yang kutitip dalam doaku,
Hanyalah Engkau yang satu.

Sumpah Cinta

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.





Biar mana kumelangkah kaki,
Ke mana kubawa diri,
Tetap-lah kau di hati,
Setia menemanï.

Seteguh mana aku berdiri,
Di belakang-nya ditunjangï,
Seorang bidadari,
Peneman sanubari.

Ini puisi luahan hati,
Usah sekali kau raguï.

Jangan pernah buatku berang,
Sumpah cinta kau seorang!!

Chahya

Dengan nama Allah yang maha Pemberi Petunjuk

Kupejam, kutakut, pada malam,
Mengharap sinar terang menerang,
Pada apa harusku sandarkan?
Pasti-kah muncul sinar harap-an?




Berikan aku chahya,
Yang mewarnai malam,
Tunjukkan aku sinar,
Yang memberi harap-an.

Besar Kecil

Dengan nama Allah yang maha Agung


Memang sengaja jiwa2 besar,
Di-perbesar2-kan,
Di-agung2-kan,
Hingga lupa yang maha Agung.

Banyak pula jiwa2 kecil,
Berlumba menjadi besar,
Mahu segala-nya besar,
Hingga lupa yang maha Esa.

Dan ingat-lah jiwa Besar Kecil,
Jadi-lah yang sedang aja,
Kerna Rasul itu berserdahana,
Tuhan itu cinta-kan hamba.

Berlumba-lah menjadi terbaik,
Bukan saiz-nya Besar Kecil,
Namun yang tercinta di sisi Tuhan,
Mengikut jejak langkah Rasul-NYA.

Haiku Hatiku

Dengan nama Allah yang maha Mengetahui jua maha Pengasih.


Rindu dipetik,
Perasaan bergolek,
Hanya sedetik.

Sendiri sepi,
Tenggelam dalam rindu,
Kulihat aku.

Hati ditoreh,
Kautitip madah rindu,
Apakah palsu.

Dicerca aku,
Jangan pernah dirimu,
Biarlah aku.

Asalkan aku,
Kau lontarkan begitu,
Mohon puasmu.

Jangan pulangkan,
Rasa cinta dihati,
Meskipun mati.

Senyum palsumu,
Dek toreh prilakuku,
Maafkan daku.




Setiap haiku menyimpan rasa hati, 
biarlah bersemadi rasa ini.

Rajah Alam

Dengan nama Allah yang maha Mengetahui.

Kapan Nanti

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Pengampun.

Nota akhir, buat diri yang kan pergi. Dengarkanlah;
Kapan nanti,
Kita kan bertemu,
Harap sudi,
Luang bersamaku.

Kapan nanti,
Aku melangkah pergi,
Moga sudi,
Merelakan kumati.

Kapan nanti,
Tiada aku di sisi,
Usah ragu,
Carilah teman yang baru.

Kapan nanti,
Aku hilang dari pandangan,
Tadah tinggi,
Doakan aku ketenangan.

Kapan nanti,
Hanya tinggal memori bersama,
Ditangisi,
Jangan pernah kau kembali cinta.

Kapan nanti,
Habis waktu bersama,
Temu pula,
Di syorga indah damai.

Kapan nanti,
Sudah aku dikapan,
Usah kenang,
Kisah antara kita.

Klang,
21 Jun 2013, 0413.

#PSPShahAlam ke-9

Dengan nama Allah yang maha Pemberi Nikmat.

JEMPUT SEMUA KE....


"Puisi Satu Petang ini adalah satu acara yang sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina atau usia boleh membaca puisi bebas di hadapan audiens yang bersedia meminjamkan kedua dua telinganya selama satu petang untuk mencerna segala hidangan perkataan yang diungkapkan.

Puisi Satu Petang ini akan diadakan secara santai tanpa mikrofon dan pentas tinggi yang bisa mengundang gementar. Yang membaca puisi akan berdiri dan yang mendengar akan duduk di lantai bumi dengan berlapikkan selipar atau suratkhabar lama yang akan disediakan nanti. Kalau kalian memerlukan prop seperti pedang atau senapang patah ketika membaca puisi, mohon ianya dibawa sendiri dari rumah. Kalian juga tidak perlu gusar jika hati tiba tiba berdebar debar kerana terfikir yang kalian tidak pernah membaca puisi di khalayak ramai sebelum ini malah tidak pernah belajar cara cara membaca puisi secara formal kerana puisi dan persembahan kalian tidak akan dihakimi dan diberi markah, kita cuma mahu berhibur dan menyalurkan pendapat serta meluahkan perasaan melalui aktiviti membaca puisi ini. Menurut kajian yang telah kami lakukan, setakat tahun 2012 masih belum ada insan yang meninggal dunia kerana tersalah membaca puisi. Kami mendoakan tahun 2013 tidak akan mengubah statistik tersebut.

Puisi sahajakah? Tidak, walaupun aktiviti ini dinamakan Puisi Satu Petang, ianya tidak terhad kepada membaca puisi sahaja, kalian juga boleh bermain alat muzik, menyanyi, membaca cerita pendek, membuat review buku/puisi, melukis "conteng-conteng", bersyarah, buat monolog atau berlakon di hadapan khalayak dengan meninggalkan perasaan segan silu kalian di tepi jalan. Petang tersebut, kita akan menjadi sekumpulan orang yang tidak malu di tepi tasik. Janji!

Mahu buat persembahan/baca puisi/main alat muzik/promosi buku/atau apa apa sahaja? Hubungi kami di fesbuk atau email zinesatumalam@gmail.com. Mana mana organisasi yang berminat untuk sertai PSP ini juga dijemput hadir memeriahkan acara. Zine zine terbitan kami dan rakan rakan juga ada dijual di sini." - Zine Satu Malam.

Igauan

Dengan nama Allah sebaik-baik Tempat Bergantung.


Kasih kucurah, kasih jua kauludah,
madah pujangga terbang melata,
hingga mimpi menjadi realiti,
hingga aku berdiri gagah,
kau buatku menjadi raja,
kata kausetia hingga mati.

Namun kusedar ianya fatamorgana,
yang kau katanya realiti,
akhirnya aku ditinggalkan sendiri,

Cita dan cinta menjadi puing,
sedarlah aku kau hanya igauan,
yang dihadapanku ini pasti,
harusku hadapi walau tinggi gunung,
tetaplah Tuhan tempat bergantungan,
bangkitlah jiwa raga kau pasti berdiri!

Soneta Mimpi

Dengan nama Allah yang maha Pemelihara.


Gelap malam damaikan segala,
jangan pula dipecahnya sepi,
rembulan pergi meninggalkan semesta,
berterbangan sama puing-puing mimpi,
langit luas diterangi sinar matari,
menerangi seluruh daerah kelam,
membangkit kekuatan segenap sanubari,
dibawanya pergi rasa suram muram,
lena aku dibuai mimpi,
hingga takut meredah realiti,
pimpinlah daku mengharungi.
jasadku bangkit dini hari,
menanam niat tempuhi semua,
agar bisa menjalani semula.

[Soneta Ben Ramli]
[Jam 0432, Hari 11062013]

Entri

Dengan nama Allah yang maha Memahami.

Perkataan 'entri' merupakan perkataan yang telah lama aku kuburkan bersama blog ini. Alhamdulillah, dengan berkenalan dengan Zine Satu Malam(ZSM) lantas di senarai pendekkan dalam sekumpulan pemuisi gila (Tanpa Nama, jualah anak didik ZSM) telah berjaya menyuntik secara senyap jantung ini untuk mencoret semula diblog ini. Kasih diberi kepada mereka.

Prihal entri;
Sebenarnya ada banyak entri2 yang telah aku 'cilok' dek kerana pada 3 tahun yang lalu aku terniat nak bukukan coretanku. Namun terdapat kekangan sikap, ketidak tahuan apa-apa tentang pembukuan/zine dan tidak disebut, maka terdamparlah coretan aku bersama laptop lama ku. Kasihan.

Niat entri;
Aku harap, aku akan mulakan coretan baru, idea baru, ilmu baru, yang pasti akan kucurahkan dalam coretan-coretan mendatang agar ia tidak kosong seperti tin berbicara. Mudah-mudahan. 

Semoga Allah merahmati usahaku. Ameen.

Rasa

Dengan nama Allah yang maha Mengetahui.


Berjalan aku,
biar pejam atau celik,
tetap jiwaku,
merasa jelik.

Biar dudukku,
sementara atau lama,
renung dalamku,
kupendam rasa.

Meski baringku,
acah-acah atau lena,
siang malamku,
biarkan rasa.

kubangkit nanti,
dicampak segala rasa,
menjauh hati,
yang tinggal jiwa.

Toreh

Dengan nama Allah yang maha Mengasihani.


Kutoreh-
perit hati biar tak berjangkit,
takut nanti s e m u a  sakit.

Kutoreh--
dalam-dalam moga tenggelam,
biar sampai d a l a m.

Kutoreh-
segala duka lara,
agar tiada terluka.

Kutoreh
dengan rasa,
rasa jualah apa dijiwa.

Asalkan bukan dia-- kutoreh.
Janji bukan dia-- tertoreh.
Tidak mengapa aku ditoreh.