Kaseh Diberi

#PSPShahAlam ke-9

Dengan nama Allah yang maha Pemberi Nikmat.

JEMPUT SEMUA KE....


"Puisi Satu Petang ini adalah satu acara yang sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina atau usia boleh membaca puisi bebas di hadapan audiens yang bersedia meminjamkan kedua dua telinganya selama satu petang untuk mencerna segala hidangan perkataan yang diungkapkan.

Puisi Satu Petang ini akan diadakan secara santai tanpa mikrofon dan pentas tinggi yang bisa mengundang gementar. Yang membaca puisi akan berdiri dan yang mendengar akan duduk di lantai bumi dengan berlapikkan selipar atau suratkhabar lama yang akan disediakan nanti. Kalau kalian memerlukan prop seperti pedang atau senapang patah ketika membaca puisi, mohon ianya dibawa sendiri dari rumah. Kalian juga tidak perlu gusar jika hati tiba tiba berdebar debar kerana terfikir yang kalian tidak pernah membaca puisi di khalayak ramai sebelum ini malah tidak pernah belajar cara cara membaca puisi secara formal kerana puisi dan persembahan kalian tidak akan dihakimi dan diberi markah, kita cuma mahu berhibur dan menyalurkan pendapat serta meluahkan perasaan melalui aktiviti membaca puisi ini. Menurut kajian yang telah kami lakukan, setakat tahun 2012 masih belum ada insan yang meninggal dunia kerana tersalah membaca puisi. Kami mendoakan tahun 2013 tidak akan mengubah statistik tersebut.

Puisi sahajakah? Tidak, walaupun aktiviti ini dinamakan Puisi Satu Petang, ianya tidak terhad kepada membaca puisi sahaja, kalian juga boleh bermain alat muzik, menyanyi, membaca cerita pendek, membuat review buku/puisi, melukis "conteng-conteng", bersyarah, buat monolog atau berlakon di hadapan khalayak dengan meninggalkan perasaan segan silu kalian di tepi jalan. Petang tersebut, kita akan menjadi sekumpulan orang yang tidak malu di tepi tasik. Janji!

Mahu buat persembahan/baca puisi/main alat muzik/promosi buku/atau apa apa sahaja? Hubungi kami di fesbuk atau email zinesatumalam@gmail.com. Mana mana organisasi yang berminat untuk sertai PSP ini juga dijemput hadir memeriahkan acara. Zine zine terbitan kami dan rakan rakan juga ada dijual di sini." - Zine Satu Malam.

No comments: