Kaseh Diberi

Tabir Senja

Dengan nama Allah yang maha Mengetahui.

Kusingkap tabir senja,
Terbentang langit jingga,
Sangka aman sentosa,
Oceh gagak merata.

Kuak--

Apa yang kaumerapik?
Mundar mandir terkedek,
Bicara gah perkasa,
Dikit pun tak laksana.

Kuak- Kuak--

Gagak bertengger,
Tampak hebat segala,
Sungkur akhirnya.

Kuaak---

2 comments:

mega senja said...

dunia palsu, nilai manusiawi kian lesu...ramai yang menyalak tapi akhirnya kelu..

Ben Ramli said...

Manusia lebih gemar meng'uak' berbanding laku. Hanya tahu melatah tak bermaruah.

Terima kasih Mega Senja. =)