Rentetan posting lalu ku. Yang serba tidak lengkap gitu. Kini, cuba ku seling-kan unsur2 berbau emosi..
Coretan ku ini lebih kepada kerja yang komersial mungkin. Roaster itulah tugas baru ku yang banyak ku pelajari daripadanya.
>sejenak kita melihat tugas roaster - 'rumah' ku adalah work-in & rotieseryapetah name mesin panggang tuh. Kerna tugas ku tertumpu pada 2 tempat ini. Ya, Segala sampah2, adalah menjadi tanggung jawab ku untuk memastikan ianya terbuang.< +Work-in @ big freezer > Tepat yang bisa menghentikan pengaliran darah ku, aku punyai tugas yang penting iaitu memastikan bersih itu sesuci safi. Tersusun itu rapi. Berlebel itu semua makanan. Agar guest merasai keindahan pada setiap kunyahan di celahan gigi2 'putih'semacam je perkataan nih. Kekurangan ku, acapkali aku keluar daripada work-in mata tambahan ku akan kabur keputihan, hidung ku akan kemerah2an, telinga ku merasa tidak senang, jari jemari ku seakan mengembang membesar. Zatie berbicara," Jehan tengok sikit muka kau..hahaha..macam badut la. Hidung merah, cermin mata pon smart. Serious macam badut. Hahaha..". Mungkin kerna diri ini memang sensitif dengan kesejukan. Kata orang work-in seperti.."Welcome to London!!". Begitulah ungkapannya..Kerja2 penyediaan ayam sebelum dipanggang dilakukan di dalam work-in sebelum di hantar ke rotiesery.
+Rotiesery @ Mesin pemanggang > Tempat yang teramat panas. Menjadi pelengkap seorang roaster keluar daripada work-in pergi ke rotiesery untuk mengalirkan darah setelah membeku sebentar.
Cleaner @ Pembersih > Hah! Tugas ini ada kelebihan serta kekurangannya. Kelebihan, dapat ku mengambil udara 'segar' seketika, keluar dari kekosotan fikiran di tempat kerja. Kekurangannya, udara segar itu berada di tempat pembuangan sampah.
Closing @ Penutup > Paling awal itulah roaster yang closing. Kerna apa? Kerna banyak perkara yang perlu dalakukan oleh seorang roaster. Segala2nya perlu dicuci. Work-inbasuh,susun,rotieserypergh!bukan main panas nk basuh mesin nih, sampah perlu dilupuskan riwayatnya.
Tiger Show @ Tayangan perdana > Suka ku akan kerja ini melihat perlbagai individu yang berhenti seketika di hadapan rotiesery. Samada, untuk merasa kehangatannya, Menerangkan kepada anak2, melihat seorang roaster mengluarkan @ meletakkan sebaris ayam. Inilah kerja amal bagi ku, iaitu memberi senyuman serta keghairahan kepada guest2 yang lalu lalang.
Uniknya, tugas sebagai seorang roaster ini hanya untuk lelaki SAHAJA. Kerna kerjanya sangat berat untuk di lakukan oleh seorang wanita. Pengalaman ku yang tidak mungkin dapat ku lupakan. TerimaKasih kepada Khairul yang telah banyak mengajar ku untuk menjadi seorang roaster yang cemerlang seperti beliau.
1 comment:
kebanggaan mu itu terserlah..
senyumanmu meng_cover dari fikiranmu.. "hua...bangge la aq org tengok aq"
huhu..
ayam terjatuh??!!
jatuh lah segalenye..
hihip..
Post a Comment