Kaseh Diberi

-kErjA iTu sErOnOk 1 -

Diri ku. Jua diri ku. Minat ku. Mencuba sesuatu. Sukar. Cabaran. Di situ aku...
Penglaman ku. Ingin sekali dikongsi bersama kalian, khusus buat mereka yang kaya, yang hanya menghirup ongkos IbuBapa nya. Kerna apa. Mereka sekali tidak merasa sengsara kedua IbuBapa mereka.

Perjuangan ku. Mencari rezeki yang halal. Mencari bayaran yang lumayan. Mencari sesuatu yang menyeronokkan. Suatu kerja yang senang? Bukan gaya ku. "Pencarian pengalaman itu lebih utama" kata Pengurus kuSir Syafiq. Bait2 kata itu membuat diri ku terus berada di sebuah cawangan 'Kenny Roger Roaster'.

Apa tugas ku? Berubah mengikut jadual. Apa maksud ku? Bak kata PenguruskuMiss Stephanie. "Kamu akan merasa semua tempat, supaya dapat banyak ilmu dan tidak bosan untuk bekerja." Antara tugas yang telah berjaya ku pikul selama 21hari aku bekerja ialah 'Server'tugas kesukaan ku, 'Hostess', 'Sender', 'Cutter'perlukan ketangkasan, 'Roaster'pembakar ayam, wanita terkecuali dari tugas ini, 'Utility' dan 'Steaward'pembasuh pinggan, tidak ku sangka wanita juga di beri tugas ini. Baki tugas yang belum ku terokai ialah 'Dispenser', 'Assemb' dan 'Cashier'.

Pengkhususan ku kini, untuk mencapai pin Master. Untuk menggapai pin ini, aku perlu mahir dalam semua tugas yang telah ku senaraikan sebentar tadi.

Pengalaman ku dalam setiap bidang yang pernah ku ceburi:

Server - Pelbagai karenah guestbahasa ibundanya adalah tetamu yang ku temui sepanjang melaksanakan tugas ku. Semasa mengambil order daripada guest, ada yang ramah orangnya, ada yang angkuh bagai sang rajamasakan manusia itu sama sahaja, penuh kesopanan, berbahasadari segi bait tuturnya mahupun berbahasa asing dengan ku. Riak wajah, ada yang masam mencuka kata orang, ada yang manis2 gula kata ku, ada yang cute kata hati kukukhusus untuk kanak2 sahaja ya, ada saja yang buat aku menyampah. Ya sememangnya manusia itu tidak sama. Itulah yang menjadi minat ku, mengenali pelbagai jenis manusia, bukan diri ku yang cenderung pada yang sama sahaja.

Hostess - Menjadi kebiasaan mulut ku, menyambut setiap tetamu yang hadir. Pernah juga ku ditegur PenguruskuMiss Stephanie, "Jehan greeting!!". Mulut ku menjadi kejang, kerna apa? Aku perlu senyum selalu, kerna secara psikologinya manusia suka akan keindahanbukan maksud ku indah sungguh senyuman ku, tetapi itulah yang harus ku lakukan biarpun senyuman ku tidak seindah sang suria.

Sender - Tugas yang ada hanya pada hari2 cuti. Tugas yang berat. Ya sangat berat. Kerna tanggungjawab? Mungkin, mungkin tidak. Lebih jelasnya membawa dulang air serta pinggan berisi pesanan guest itu sungguh berat sebenarnya.

Cutter - Tugas yang di berikan pada ku pada hari minggu. Kalut waktu itu, kerna kau masih muda setahun jangung tetapi di berikan tugas itu pada waktu itu. Kaget aku. Mujur ada Hafiz pada waktu itu. Dia menggantikan tempat ku bagi memulihkan keadaan. TerimaKasih Hafiz.

Roaster - Pembakar ayam, pembuang sampah, pembersing 'work-in'seperti peti-ais besar @ London bagi ku, itulah tugas ku. Rezeki ku, KhairulRoaster terbaik menjadi tenaga pengajar ku untuk 2hari berturut2. Banyak komentar yang ku perolehi daripadanya. TerimaKasih Khairul.

Steaward - Tugas sebagai pembasuh pinggan2 kotor. TerimaKasih kepada Ooi yang mengajar ku cara cepat untuk membasuh pinggan.

Utility - Kerja dapur. potong2, membuat muffin dan banyak lagi itulah tugas ku. Tetapi aku baru belajar beberapa perkara sahaja. Tidak sampai suku ilmu sebagai Utility.

Tidak~~oleh kerna abang ku telah meragam untuk pulang..nanti kan sambungan 'kErjA iTu sErOnOk2' pada waktu yang di berikan kelapangan pada ku insya-ALLAH..

1 comment:

v i r u s s . d e t e c t e d said...

owh,,,,!!
nice st0ry~
keep it up dude!!