Kaseh Diberi

Ta'aruf

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Maaf jika diri ini seperti berjauhan dari kalian. Ini adalah Qada’ dan Qadar ku. Moga dengan sedikit ta’aruf dari entri ini dapat kalian tafahhum secebis prihal diri ku yang bersahaja ini.

Kehidupan seorang muallif diperantauan ini amat mencabar. Jauh dari segala sumber inspirasi ku. Aku cuba menjadi benih yang bermanfaat tak kira mana aku dicampak. Meski aku rakyat biasa.

· Tanggapan pertama mereka disini pabila aku ke surau dengan memakai jubah. Persoalan, jubah satu fasyen bukan? Mengapa...

· Mulanya terlibat dengan hati rala tak rela. Mengenangkan ibu yang teringin aku menjadi imam. Aku rela semua demi abahmak tercinta.

· Mengikuti kursus imam-muazin. Seterusnya menjadi imam pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang lepas. Serta diberi tanggungjawab untuk memberi tazkirah ringkas pada hampir setiap malam bertugas. Syukur punya bekalan dari teratak kecil itu.

· Pelajaran hari jumaat disekolah hadir lewat dalam hidup ku. Aku tabah menunggu kerna pesan guru akan ada guru yang mengganti di sana.

· Pelajaran yang mencabar, tapi itu pilihan ku. Mula menjadi ahli bernombor.

· Side-burn yang kekal penjang.

· Rakan baru, ilmu baru, suasana baru, mula berjinak dengan pekara serba baru.

Serba ringkas ta’aruf akan diri ku. Entri ini bukan untuk membangga diri. Cukup sekadar buat kalian tidak terlalu berfikiran ‘positif’ terhadap diri ku yang berjauhan ini. Sekian.

30/10/09, 11.48 pagi,

Machang, Kelantan Darul Naim.

1 comment:

Thaaqhib Mohammed said...

jangan banyak sangat pikir.

jalan terus. semua sayang semua.