Kaseh Diberi

Ustaz 24 hours!!

~Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim~

Kehidupan yang beroda. Adakala kita berada di nun puncak, adakala kita berada di situ, dasar. Futur(lemah), perlu sangat pada tazkira(peringatan) serta bimbingan dari orang soleh dan berilmu.

Kala itu, kita akan mencari teman yang berilmu mahupun ustaz2 yang senang untuk kita bincang prihal masalah yang kita lalui. Andai kata, teman/ustaz2 sudah pun berumah tangga dan kala itu kita menghadapi masalah di malam hari, adakah kita akan mengganggu keluarga mereka ataupun kita bisa tunggu persoalan itu hingga waktu yang sesuai? Berapa ramai daripada kita yang sanggup tunggu? Biarkan persoalan bermain difikiran kita hingga ke pagi hari? Anda sanggup? "Penantian itu satu penyiksaaan bukan?"

Maka dengan itu, suka sekali saya kongsi bersama teman pembaca. Kini, kita tidak perlu lagi tangguh segala persoalan yang bermain difikiran kita untuk bertanya pada 'mereka' hingga waktu yang sesuai. Maka dengan itu saya perkenalkan pada teman pembaca semua, ustaz sepenuh masa, ustaz yang tidak pernah jemu2 membantu segala masalah yang ingin diminta bantu. Dengan ini saya memperkenalkan Ustaz Google!! (Klik sahaja pada link)

Segala masalah anda akan diselesaikan dengan segera! Percayalah pada saya. Percaya bahawa ini adalah rekaan semata2...(n_n)!

2 comments:

amin.mh said...

hahahahahahahahahahahah

Ahmad ibnu Khairuddin said...

igtkan ustaz mana td...

hmm, besar pahala pengasas google ni ek (klu dia masuk islam lah)

:)