Kaseh Diberi

Ketuk Tetingkap

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

"Sibuknya kita, Berdasarkan apa yang kita agendakan." -kata2 pemikir Islam.(betulkan jika ku tersalah)

Kadangkala kita fikir sesuatu pekara itu baik bagi kita, sedangkan tidak. Acapkali kita rasakan sesuatu pekara itu buruk bagi kita, sedangkan tidak. Aku tahu? Kamu? DIA yang maha Mengetahui segala baik-buruk bagi hamba-NYA. Setuju?

"knaR, aku tengok kau sekarang sibuk je.. Kalau aku jadi kau, tak sanggup aku. Baik aku duduk bilik je, rehat." - kata teman ku di 'sini'(< tekan).

Tetingkap ku seperti di ketuk. "Oit2. Sihat tak? Kau bukan dulu, lagi baik atau teruk? Oit2." Soalan teman ku itu dijawab ku penuh bersahaja(tidak dinyatakan), tapi, kembali mengetuk tetingkap ku. Aku, aku, baiklah. Andai kamu seperti aku, sila ambil perhatian, jangan jadi katak,
  1. Buka minda, pikir di luar kotak.
  2. Beri peluang, coba kau coba.
  3. Tahu apa yang lebih baik untuk kamu, dunia ini sementara.
  4. Riadah, lihat langit, luas. Minda?
Kamu, aku bukan terbaik. Tapi aku pernah sangat futur. Penyelesaian, pergilah ke tempat orang beramal soleh. Jangan kau hanyutkan diri yang sudah kelabu. Lepas adalah sejarah, sekarang pasti, di hadapan perlukan perancangan(< tekan).

Sketsa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Dahulu, sendiri.

Mereka, berkumpulan.
Mungkin kerna aku, kurang dari mereka.
Aku bukan mereka, jangan jadikan aku seperti mereka.
Bimbing dan tunjuk ajar, cukup sekadar, kerna aku berprinsip.
Aku bukan padi.

Sekarang, berkumpulan.
Tidak terlintas aku hebat.
Cuma ingatkan diri ini yang sering hilang ingatan.
Kasih diberi kepada yang mendorong diri ini,
membuka minda kecil ini,
memperteguhkan prinsip ini.
Kasih Deberi.

19.01.2010
11 : 08 pm

Perancangan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Kita sering kali merancang pelbagai perancangan, bagaimana ia berjalan? Selancar minyak Petronas? atau sekadar 'wax Gastby'?

Perancangan itu mesti ada, disiplin untuk melaksanakanya mesti. Jangan sekadar perancangan. Ingat, DISIPLIN. Sehubungan itu, pasti kamu pernah mengalami 'aral melintang' disaat kau sudah merancang dengan terbaik, bukan begitu? Pasti pernah berlaku.

Ya, kita akui, kita merancang, tetapi DIA lah sebaik2 perancang. Maka dengan itu, sambil mengajak teman pembaca, saya juga mengingatkan diri yang lemah ini, perlu ada kekosongan pada setiap perancangan kita.

Kekosongan? Maksud ku di sini ialah kekosongan yang dapat kita atur kembali apabila berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diduga a.k.a. aral melintang. Silau? Aku juga berfikir.
>Jadi seorang yang 'flexibel', jika berlaku sesuatu diluar kawalan kita, saat itu kita mampu mengawal apa yang berlaku, sebarang kemungkinan. Baik? Kita mencuba. Kata guru matematik 'Try and error'.

Mari! Jangan takut untuk membuat perancangan. Kerna bila sudah ada perancangan pasti akan berlaku, secara sedar@ separa sedar@ tidak sedar. Atau mungkin diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

DIA maha Mengetahui baik-buruk bagi hambaNYA.
(n_n)!!

Semangat

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Aku sering kali terjatuh berbanding bangun. Kamu begitu? Mungkin segelintir. Blog. Penulisan, berbagai2 cara dan ragam. Berbunga2 mahupun tulus. Prihal peribadi, keagamaan, politik, jualan. Aku? Masih mencari. Futur, selalu. Hammasah, jarang, ada kamu-komentar, pandangan, aku kembali.(kasih diberi)

Akhir2 ini, sering terjatuh. kembali dengan komentar dan pandangan. Penulisan ku. Aku mahu jadi penulis meski bukan novelist, best seller. Blog tempat ku meluahkan segala pemikiran, hasil tafsiran serta gian menaip.

Bagaimana menjana penulisan ku? Membaca, kamu mahu gaya novelist? Jadi, banyakkan membaca novel2 kamu. Mahu seperti buku fakta? Jadi, baca bacaan fakta. Jadi, aku memilih novel sastera serta keagamaan yang 'ringan'.

Mari menulis. Mungkin tidak banyak tapi masih ada yang membaca. Jangan dilihat hasil, tapi lihat apa usaha anda. Hasil acapkali mengambil masa, tapi usaha tidak mengira masa 'taburkan saja benih itu, moga ia mekar dikemudian hari.'
Bukan aku yang terbaik. Tapi mahu jadi sebahagian diantara mereka. Kamu mahu?