Kaseh Diberi

Showing posts with label renungan bersame. Show all posts
Showing posts with label renungan bersame. Show all posts

The Other Side Of Suffering


- One liter of tears, Ikeuchi Aya -

+ Everyone feels pain +
+ But surely, after suffering satisfaction will arrive +
+ Even with sports, studying or other deals +
+ With life, it's like that for everyone +
+ If we can beat the pain, on the other side +
+ A rainbow of happiness awaits us +
+ That will definitely become a tressure +
+ Let's belive in that +

-Story that give a BIG Punch into my deep2 Heart-

Pandangan #HIMPUN

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

22 oktober 2011, hari bersejarah buat ummat Islam Malaysia khususnya.
Mereka yang punyai kelapangan & terpilih oleh Allah,
bersama untuk berHIMPUN di Stadium Shah Alam.



Persona:
Mentari menyinar sekitar jam 2.00ptg,
namun sinarnya sayup2 tidak seperti hari2 sebelumnya mahupun selepasnya. Maningkat mendung yang kecerahan, cuaca seakan diRahmati.


Peristiwa:
2.00-3.30ptg,
para HIMPUN dihiburkan dengan pengisian, yang lunak asyik, yang gentar semangat, yang padat dengan tazkirah berbentuk alunan nasyeed oleh Munsyid.

3.30-bersurai,
Sesi pidato oleh Pemikir2 HIMPUN, pengkaji sejarah awal pemurtadan di Malaysia, Pendakwah bebas.
(mohon maaf kerna senarai pemidato tiada dapat dilampirkan oleh kerna kesilapan Penulis)

5.00,
Penulis sudah keluar dari stadium oleh kerna urusan lain,
tiada kesempatan untuk bersama warga HIMPUN untuk sesi pembentangan resolusi HIMPUN,
(maaf kerna part yang penting tiada dapat dikongsi bersama)


Muslimat yang bersemangat dengan slogan tersemat


Keseluruhan program
:
1) Pemidato2 menyampaikan hujah mereka dengan lantang, namum pengisiannya langsung tiada kena-mengena akan isu politiken.
2) Hujah jelas menerangkan isu/krisis peMURTADan Melayu khususnya, kedudukan Islam sebagai agama rasmi serta TIDAK boleh dipermainkan masakan di-injak2
3) Kesatuan dan perpaduan atas nama ISLAM, bukan politiken dan sewaktu dengannya.
4) Terdapat anasir yang tidak bertanggungjawab mahu merosakkan majlis HIMPUN
(dengan menyebarkan risalah2 berkaitan politiken. sprt: risalah memburukkan Parti Politik, sahabat saya salah seorang mangsa)
Meski begitu pengerusi majlis begitu lantang menegaskan serta mengencam mana2 pihak yang cuba membuat onar di majlis Aman lalu akan dikenakan hukuman jika tertangkap.
5) Bilangan HIMPUN tiada dapat saya pastikan, anggaran bersama teman2 lebih-kurang 10 000 - 20 000. Di mana, muslimin serta muslimat diasingkan tempat duduknya.


Semangat para HIMPUN!!


Bunyi-bunyian:
>HIMPUN ni proKerajaan?
Penulis: Secara total saya mentafsir ianya langsung tiada kena-mengena, ya mungkin kerna HIMPUN disokong penuh oleh media2 serta PM kita membuat kalian berfikir demikian, teman pembaca, bukankah itu satu perubahan dari pihak2, ketepikan isu politiken, lihat dari sudut kebaikan (saya faham memang dah sifat melayu suka melihat dari sudut nagetif). Namun, saya sangat terharu apabila isu AQIDAH ini berjaya memikat Malaysia. Satu anjakan paradigma mungkin.


"Pandangan tiada betul atau salah,
ianya hanya satu pandangan."

-seorang Kaunseler UiTM Cawangan Kelantan.
>sentiasa menerima pandangan kalian. =) <

No. 2

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Justifikasi:
Penasihat utama No. 1,
TulangBelakang sesuatu gerakan,
Pengganti apabila ketiadaan No. 1,
100% kepercayaan atas Perlaksanaan.
Lebih dari yang kalian Baca jika kalian tahu.

Monolog:
Pengalaman meMatangkan kita bukan?
Bukan bait bicara ku, sahaja.
Bahkan ucapan Meraka yang Hebat & Sohor dari diri ini.
Aku hanya insan kerdil yang mempelajari,
berJalan, Melihat dan menTafsir.

Pengalaman:
Diri ini punyai sedikit untuk dikongsi,
namun sering di ke-lapanbelas kan.
Owh! Tidak mengapa, hanya untuk dikongsi andai perlu.
Andai.

Pedih! Sejuta jari menunjuk ku,
hanya gara2 perbuatan meraka.
Bukan tugas No. 2 menutup semua itu,
lihat tugas di atas itu.
Owh, tiada ketahuan jika itu tugasan Bharu.
"Heh! Ni makan die~"

Pesan Mak:
"Jangan lupe baca surah Al-Syarh sebelum tidur,
Sayang Mak."


Inspirasi:
'Transformasi Najib',
Keluaran 'Qalif Umar Creative'

Di Mana Kurang?


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Di kolej, sentiasa mengimpikan makanan yang terBAIK dan LAZAT dari mana2 tukang masak kedai. Setiap kali itulah menemui kebuntuan pabila lidah merasakan hidangan. Seperti tidak kena, ada sesuatu yang kurang. Gula ka? Garam ka? Kunyit ka? Air tangan ka?

Tercari2 di mana kekurangannya~
Sekembali ke tanah air, makan malam, Wah! inilah yang ku cari selama ini, kesempurnaan dalam masakan, kesedapan dalam setiap suapan, kesyahduan dalam setiap hirupan, inilah MASAKAN IBU!




Terima kaseh ibu, kerna sejak ku lahir, hingga kini, dikau tidak pernah jemu menyediakan hidangan untuk anak mu.


~Flying kiss 4 Mom, MUUAH~


Balasan Allah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

"Wallahu fi auni abdi, maa kaana abdu fi auni akhihi." -hadith-
(Allah akan membantu seseorang hamba, sebagaimana seorang hamba itu membantu saudaranya yang lain)

Dalam sehari2, pasti ada kebaikan yang kita lakukan, sedar mahupun tidak. Bantuan yang tidak mengharapkan apa2. Tetapi memberi kesan kepada penerima, Hadith lain yang bermaksud: "Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima."


Tiada ku sangka, al-kisah dalam enteri yang lalu(bawah ni), di balas dengan begitu cepat oleh Yang Maha Pengasih. Kisah yang berlaku sekitar 02:00 pg semalam, Allah balas tidak lebih 24jam.

Sekitar jam 09:00 pg, aku dan abang ku ke kebun terchenta kami. Sarapan pagi di warung berhampiran kebun sebelum memulakan aktiviti berkebun. Di sana, ketemu jiran bertentangan kabun kami. Sarapan di meja yang sama, bersembang dan bertanya khabar. Turut hadir teman kepada jiran kami. Mereka yang hadir lebih awal, turut melangkah pergi menuju destinasi lebih awal dari kami yang sedap enak mengisi kekosongan perut. Tiba2, "Takpe, p.cik belanje kamu pagi nih." Pak cik itu senyum. Aku dan abang ku hanya tersenyum sipu(mulut penuh ngan roti canai).

"Abang, terfikir tak? Cepat Allah membalas amalan setiap hambaNYA. Rasenye pagi tadi kite bagi 1 botol mineral je kat 'abang'(klik) tu. Hari ni, Allah balas dengan sarapan pagi. Syukur Alhamdulillah." kata ku. Abang ku tersenyum, lalu membaca Hadith di atas. Aku turut tersenyum.

Di mana Hilangnya~?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

15/11/2010, sekitar 1.50 pagi.
(HighWay NKVE, 750m ke simpang Exit Setia Alam)
Situasi, perjalanan pulang ke rumah setelah hebat 'berperang' sebulan peperiksaan akhir semester, bersama Neo Jingga hak milik bonda.

Rancak ku berbual dengan abang ku terchenta. Tiba-tiba, "Eh, ade eksiden aa knaR!" kata abang ku. "A'aa, berhenti2..eh2, berhenti jauh sikit, takut meletup je kerete tuh. Jap, knaR pergi tengok." Lantas ku keluar dari kereta dan berlari deras ke arah kereta yang terbabas.

Kereta yang tadinya hebat menghasilkan asap putih yang tebal dari bahagian enjin, kini tidak lagi kelihatan. Dari kejauhan, aku terlihat kelibat lembaga hitam di hadapan kereta terbabit, makin aku dekati, makin lembaga hitam itu melangkah malas ke aras jalan raya. Kereta terbabit telah melanggar satu tiang lampu hak milik NKVE dan terbabas kedalam longkang. Setibanya aku di sebelah kereta tersebut, lembaga hitam itu kelihatan lebih jelas, rupanya pemandu kereta terbabit, kereta Honda Ek6 warna kuning, jika tidak cetek ilmu pengetahuan ku tentang kereta.

"Bang ok tak bang?" Owh tidak! Hidung ku cepat menangkap bau hanyir darah, muka Abang(mangsa) yang berumur lingkungan awal 30-an itu di basahi darah yang mengalir dari dahinya, tubuhnya tegap berisi. "Dek, tolong call ambulance.."(terketar2 suara abang tu) "Jap bang." Dengan sepantas kilat, aku mengeluarkan telefon bimbit berjenama nokia yang berwarna putih untuk menghubungi panggilan kecemasan. "Hello, arm..(bla3~~)..kat mane? Arm..jap2..Abang!!(aku memanggil abang ku yang sedang lari ke arah ku)..nah cakap, orang tak tahu kat mane nih." Lantas abang ku menggantikan aku untuk memberi maklumat lanjut mengenai koordinat yang tepat akan tempat kejadian dan jenis kemalangan kepada operator panggilan kecemasan. Selepas itu, dia memberi ku air mineral untuk diberikan kepada mangsa.

Di pendekan cerita, beberapa minit kemudian, di seberang jalan. Kereta peronda NKVE berhenti dan staff keluaran dari kereta pacuan 4 roda milik NKVE dan berlari kearah kami, dengan harapan ku staff tersebut memberi pertolongan, akan tetapi, staff tersebut hanya, hanya menjalankan tugas 'gaji'nya tanpa mengambil berat terhadap mangsa. Maksud ku di sini, staff tersebut tidak memberi apa2 pertolongan awal sebelum hadirnya bentuan kecemasan dari hospital. Staff tersebut hanya, mengambil gambar kereta kemalangan dan IC mangsa untuk? mungkin sebagai denda kerana merosakkan harta NKVE. Aku cukup terkilan, aku bertanya kepada staff tersebut, "Bang, takde first aid ke? leh bersihkan luka abang(mangsa) nih.", apa riaksi staff tersebut? "Arm..Baik2..Kejap aku pergi tengok 'jap' ", Indah/manis mulut dari prilaku. Itu sahaja yang dapat ku gambarkan.

Di singkatkan cerita, ada sebuah kerata kelisa merah mulanya yang berhenti, juga dari seberang jalan. Pada firasat ku, alhamdulillah ada bantuan. Akan tetapi bantuan yang ku harapankan menjadi 'bantuan' HAMPAGAS!!(hampeh/sengal/sama waktu dengannya) 'Bantuan' itu rupanya punyai niat yang cukup bermisi dan visi yang jelas iaitu 'menarik kereta mangsa'(tunda track punye orang). Yang mana, dari awal tibanya 'bantuan' itu ke tempat kejadian sehingga tidak berkesudah, menawarkan tunda kereta, dengan punyai sistem yang bagus, boleh mohon insurans dan macam2 janji manis yang diberikan(HEY!! Buta ke?! Orang tengah sakit tuh!). Tidak lama selepas itu, datang lagi 2 buah kereta yang pada fikiran ku merupakan bantuan, namun sama menjadi HAMPAGAS! Rupanya, di malam hari atau mungkin juga siang hari, highway di penuhi 'bantuan'2 sebegini.(maaf, bukan niat untuk menghina pekerjaan halal ini, tapi, fikirkan mana lebih utama, Kerjaya atau Nyawa? Nilai Murni atau nilai Wang?)

Kaseh diberi kepada unit Bantuan Kecemasan St. John yang telah memberi bantuan perubatan kepada mangsa pada waktu dan ketika yang tepat. Kaseh Diberi.

Tidak sesekali ku minta untuk di bayar, cukup Allah membalas dengan pahala, moga hati ku ikhlas semasa memberi bantuan. Sidang pembaca, renung2kan, mana hilangnya sifat kemanusiaan? Mana perginya kepribadian sifat seorang Muslim? Seorang Melayu? Seorang yang punyai hati dan perasaan serta AKAL yang membezakan dengan HAIWAN?

"Terima kaseh dek, adek name siape?"
Aku tersenyum.
(maaf, tiada gamba sebagai bukti. Ini oleh kerana sifat2 kemanusiaan mungkin, tidak sampai hati untuk ku mengambil kesempatan untuk memetik gamba)

Si Kecil

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim



si kecil yang comel, tidak bersalah.
si kecil yang hati bersih sesuci zamzam.
si kecil yang rezeki di tangan, tecari2 tabung untuk ke sana.
si kecil yang membuat ku berfikir usai sembahyang Jumaat.
si kecil yang membuat aku terpukau, terharu dan bangga.

moga kau menjadi insan yang hebat, lebih hebat dari ku, sangat hebat.

Jangan Hanya Berbicara

Bismillah Ar-Rahma Ar-Rahim

Kau bagaikan pendebat tatkala berbicara,
sungguh lancar bicara mu,
sungguh fasih alunan, lontaran pada setiap bait bicara mu.
Kau hebat.
Hanya berkata-kata, bagai si kakak tua,
duduk di sangkar, berkata-kata, tiada tindakkan.
Macam?

Jangan berbicara seperti kau terbaik dari segala-gala,
tetap kau kalah di hadapan-NYA.
Jangan pernah meninggi diri, tiada apa yang membedakan kita.
Hanya iman dan taqwa yang membezakan.
Kau tahu itu, lebih dari aku,
tapi, perlaksanaan? Seperti aku juga.
Seperti tidak tahu apa-apa.

Kita Khalifah, tidak lekang dek pengisian,
dek perancangan.
Bukan percutian yang kita cari,
bukan kesenangan kita hegeh-hegehkan.
Bukan tidak boleh, tapi biar bermanfaat.
Setuju? Buktikan.

Aku, pelik dengan karenah itu. Cuba memahami, manusia yang pelbagai.
Kerna aku tidak sempurna juga.

Hirup sebentar

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Acapkali kita berlari,
terlalu banyak tenaga yang telah kau gunakan,
Hey! Tidak penatkah? Tidak tenatkah?
Pasti. Penah rasa itu, kan? meski seketika, futur sebentar.
Jangan pernah salahkan diri, kita ibarat roda, setuju? Jadi tidak mengapa.
Cuma, jangan terlalu lama di bawah. Cepat naik ke puncak.

Buat teman yang terlalu berlari,
teruskan usaha, akan ku susuli kalian di segenap waktu.
Tapi, kalian perlu amek udara juga.
" Tiada masa rehat, banyak itu dan ini..."
Tidak mengapa, ketahuilah ibadah itu 'istirehah'.
Ketenangan pasti kau kecapi di kala itu.

Hirup sebentar, udara.
Lihat seketika, langit.
Hayati berulangkali, kehijauan.
Kumpul, simpul, kemudian tafsir. Indahnya nikmat Allah.
Allah cantik dan sukakan kecantikan

Aku pernah berRehat, juga pernah berLari.
Yang ku cari kini, ketetapan, keseimbangan yang ku cari,
Buat perjalanan ku. Kerna masih jauh, berbatu, tiada hingga.

TerimaKaseh

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Kita sering kali mengucapkan ungkapan itu. Terimakaseh. Telah menjadi rutin, adat. Sama saja? Tok-tok-tok. Hallo, tanya hati masing2, adakah ungkapan itu dari hati atau hanya bait bicara bibir yang telah menjadi rutin. Peringatan buat diri ku yang lemah hina ini, khususnya.

Hurm.. Dengan rasa hemah. Rendah diri. Tunduk melihat ke bumi. Diri ini mengucapkan ribuan terimakaseh kepada mereka yang banyak memberi kepercayaan, ruang2 peluang, tempat berpijak, agar diri ini menjadi seperti pohon berbuah. Di goncang, jatuhlah buah. Bukan di goncang, jatuhlah ranting.

Dengan rasa rendah diri yang teramat, tunduk ke bumi. Diri ini mengucapkan ribuan serta jutaan kepada yang telah membantu dalam forum perdana yang lepas. Mohon maaf yang teramat atas kekalutan, itu adalah program pertama saya sebagai pengarah projek, projek pertama dalam kehidupan berorganisasi. Maaf atas kekalutan, kesulitan, kelobang2an. Terimakaseh di atas kepercayaan Majlis Tertinggi.

Kawan, teman, sahabat, andai kau ingin mengucap perkataan itu. Lafazlah setulus hati murni, jangan kau biarkan adat mengatasi keluhuran hati mu. Terimakaseh kepada anda. Kaseh di beri. Tunduk ke bumi.

Ketuk Tetingkap

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

"Sibuknya kita, Berdasarkan apa yang kita agendakan." -kata2 pemikir Islam.(betulkan jika ku tersalah)

Kadangkala kita fikir sesuatu pekara itu baik bagi kita, sedangkan tidak. Acapkali kita rasakan sesuatu pekara itu buruk bagi kita, sedangkan tidak. Aku tahu? Kamu? DIA yang maha Mengetahui segala baik-buruk bagi hamba-NYA. Setuju?

"knaR, aku tengok kau sekarang sibuk je.. Kalau aku jadi kau, tak sanggup aku. Baik aku duduk bilik je, rehat." - kata teman ku di 'sini'(< tekan).

Tetingkap ku seperti di ketuk. "Oit2. Sihat tak? Kau bukan dulu, lagi baik atau teruk? Oit2." Soalan teman ku itu dijawab ku penuh bersahaja(tidak dinyatakan), tapi, kembali mengetuk tetingkap ku. Aku, aku, baiklah. Andai kamu seperti aku, sila ambil perhatian, jangan jadi katak,
  1. Buka minda, pikir di luar kotak.
  2. Beri peluang, coba kau coba.
  3. Tahu apa yang lebih baik untuk kamu, dunia ini sementara.
  4. Riadah, lihat langit, luas. Minda?
Kamu, aku bukan terbaik. Tapi aku pernah sangat futur. Penyelesaian, pergilah ke tempat orang beramal soleh. Jangan kau hanyutkan diri yang sudah kelabu. Lepas adalah sejarah, sekarang pasti, di hadapan perlukan perancangan(< tekan).

Perancangan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Kita sering kali merancang pelbagai perancangan, bagaimana ia berjalan? Selancar minyak Petronas? atau sekadar 'wax Gastby'?

Perancangan itu mesti ada, disiplin untuk melaksanakanya mesti. Jangan sekadar perancangan. Ingat, DISIPLIN. Sehubungan itu, pasti kamu pernah mengalami 'aral melintang' disaat kau sudah merancang dengan terbaik, bukan begitu? Pasti pernah berlaku.

Ya, kita akui, kita merancang, tetapi DIA lah sebaik2 perancang. Maka dengan itu, sambil mengajak teman pembaca, saya juga mengingatkan diri yang lemah ini, perlu ada kekosongan pada setiap perancangan kita.

Kekosongan? Maksud ku di sini ialah kekosongan yang dapat kita atur kembali apabila berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diduga a.k.a. aral melintang. Silau? Aku juga berfikir.
>Jadi seorang yang 'flexibel', jika berlaku sesuatu diluar kawalan kita, saat itu kita mampu mengawal apa yang berlaku, sebarang kemungkinan. Baik? Kita mencuba. Kata guru matematik 'Try and error'.

Mari! Jangan takut untuk membuat perancangan. Kerna bila sudah ada perancangan pasti akan berlaku, secara sedar@ separa sedar@ tidak sedar. Atau mungkin diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

DIA maha Mengetahui baik-buruk bagi hambaNYA.
(n_n)!!

Semangat

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Aku sering kali terjatuh berbanding bangun. Kamu begitu? Mungkin segelintir. Blog. Penulisan, berbagai2 cara dan ragam. Berbunga2 mahupun tulus. Prihal peribadi, keagamaan, politik, jualan. Aku? Masih mencari. Futur, selalu. Hammasah, jarang, ada kamu-komentar, pandangan, aku kembali.(kasih diberi)

Akhir2 ini, sering terjatuh. kembali dengan komentar dan pandangan. Penulisan ku. Aku mahu jadi penulis meski bukan novelist, best seller. Blog tempat ku meluahkan segala pemikiran, hasil tafsiran serta gian menaip.

Bagaimana menjana penulisan ku? Membaca, kamu mahu gaya novelist? Jadi, banyakkan membaca novel2 kamu. Mahu seperti buku fakta? Jadi, baca bacaan fakta. Jadi, aku memilih novel sastera serta keagamaan yang 'ringan'.

Mari menulis. Mungkin tidak banyak tapi masih ada yang membaca. Jangan dilihat hasil, tapi lihat apa usaha anda. Hasil acapkali mengambil masa, tapi usaha tidak mengira masa 'taburkan saja benih itu, moga ia mekar dikemudian hari.'
Bukan aku yang terbaik. Tapi mahu jadi sebahagian diantara mereka. Kamu mahu?

Berbakti

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Ibu selalu berpesan, hampir setiap kali ke situ,
Kata....." Berbaktilah pada tanah, ada rezekinya."
Abang selalu menyambung kata ibu,
Dipetik dari...." Kita berada diantara salah satu pintu kekayaan."


Di situ, aku berlajar erti kesusahan. Di situ, aku pelajari ilmu berbakti pada tanah. Di situ, aku merapatkan silaturahim. Di situ, aku menitiskan peluh mengisi waktu2 ku. Di situ, mematangkan aku.

Keputusan peperiksaan sem1 bakal di keluarkan. Aku ghairah, gembira, seram-sejuk. Tapi pesan Ayah, " Macam kite tanam serai, kita tanam, kita usaha dengan letak baja, gembur tanah, sembur racun, siram air, itu usaha kita. Tapi hasilnya, kecik ada besar pon ada. Asbab, kita koreksi yang itu, tanah kurang baik, tak ikut jadual. Rezeki? Itu semua Allah yang tentukan yang penting kita dah usaha, jangan mengalah jika baru di uji sedikit."

Kata pemikir Islam, " Jangan kata kita berIman, selagi kita belum diuji."

Berbaktilah pada Tanah.

Perjalanan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Kita berjalan di atas jalanan yang kita pilih. Kemahuan sendiri, paksaan mahupun hasil perbincangan. Kau yang menentukan masa depan mu. Pepatah seorang pemikir Islam, “Kau sibuk atas apa yang kau agendakan.” Kita yang miliki bermacam2 perjalanan, pembelajaran,pekerjaan dan penangguran, semuanya pasti miliki misi dan visi yang berlainan. Jangan kau baziri dengan prihal yang sia2 kelak tiada gunanya untuk menyesali.

Angan2, impian, kemahuan, perancangan, perlaksanaan serta usaha yang tiada penat lelah pasti kalian bisa menggapai apa yang kalian impikan, sememangnya, apa yang telah kalian agenda.

Berusaha! Jangan kalian mengalah. Ketepikan kata2 yang tiada manfaat. Teruskan perjalanan kalian, cari tempat berteduh andai kalian kegersangan. Teruskan perjalanan sehingga sampai ke penghujungnya.


suatu malam di bilik 521L TAR

Berbeda II

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dahulu aku tidak seperti sekarang. Akan datang tidak mungkin same seperti sekarang. Seorang yang biasa menjadi luar biasa. Kini aku menjadi aku atau lebih tepat kepada pembentukan aku yang baru. Bukan tidak mahu yang dahulu, cuma mahu jadi yang lebih baik dan terbaik.
Kata cikgu, "Practice make perfect." Jawab pelajar, "Nobody perfect. Than, why we must prectice?" Dahulu aku hanya mengiakan yang itu. Tetapi, kini tidak lagi, lantas ku menjawab, "That why I want to be first person that perfect in the world!" Memang tidak akan terjadi, tetapi itulah kata penguat untuk aku jadi seperti sekarang.

Niat ingin jadi rakyat biasa ternyata tidak tercapai. Kata rakan ku, "Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat untuk menjadi seorang yang luar biasa." Tambah rakan ku yang lain,"Tetapi jangan jadikan kelaian diri kita itu sebagai satu penghalang bagi orang lain."
Mereka terus menasihati aku, tidak aku terasa asing di kejauhan ini. Buat teman, tiada perkataan 'tidak bersedia' atau apa. Kalian berbeda, jadikan perbedaan kalian itu suatu medan untuk kalian menyumbangkan tenaga. Bait kata seorang pemikir islam,"Kita Sibuk berdasarkan apa yang kita agendakan." Atas nama Allah atau atas dasar nafsu? Kalian tentukan.

Kita mahu jadi nombor yang bernilai, bukan nombor yang hanya 'kosong'. Kita mahu jadi sesuatu yang dihargai, bukan menjadi sesuatu yang dicaci. Kita mahu jadi musafir yang di impi2, bukan musafir yang dibenci.

Perkongsian, bukan ceramah, hanya secebis pemikiran seorang Muallif.

Berbeda I

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Sememangnya kita diciptakan berbeda. Meski dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara. Setuju? Bagus. Aku, kamu dan mereka berbeda, sungguh ku katakan dan satu kenyataan.

Persepsi yang ingin ku kupas pada entri ini adalah pelajaran.

Bijak dan bodoh. Rajin dan malas. Berlainan dan sama. Berjaya serta kalah.
Ini yang ingin kau persoalkan. Engkau salah atau erti kata yang lebih efisien 'Salah engkau'. Sedari dari awal, akan potensi diri, kelebihan dan kekurangan serta espek2 lain bagaimana diri engkau itu sendiri. Bukannya melihat akan orang lain dengan erti kata yang lebih sedap 'Jaga tepi kain orang'.

Cerpen:-
Rakan berlajar dalam kumpulan semasa ku SPM dahulu bijak pandai. 12A1, 10A serta 6A, akan tetapi, aku? Seperti bukan dari kelompok belajar dalam kumpulan itu, mengapa? Kerna aku tidak sedari akan potensi diri ku yang sebenar dan terikut2 cara belajar yang salah serta di ikuti dengan sikap ku yang pada waktu itu entah apa2.( Aku bukan jenis belajar bijak pandai )


Setiap dari kita berbeda meski mereka yang lahir kembar bukan siam dan juga siam, mereka juga mempunyai perbezaan dari segi pemikiran, cita2 dan lain2. Yang penting di sini, suka dan dengan bangganya saya menegaskan bahasa potensi kita berbeda dan kita perlu sentiasa dalam usaha daya saing yang SIHAT. INGAT, anda tahu akan kemampuan diri sendiri( atau ada yang perlu minta nasihat dari orang lain, itu juga bagus ) jadi bagi seorang pelajar, BANGKIT, jangan sampai kau menyesal sesudah masa itu berlalu.

Dunia Baru

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Kita semakin membesar dari segala aspek benar?
Telah sebulan aku melangkah kaki ke Dunia Baru. Segala2nya baru, meski bilik pon baru. Aku bagai dilahirkan di tempat yang baru dengan ilmu yang lama yang tidak penah rapuh.

Hari demi hari ku lalui.
Sangat berbeda dari yang dahulu. Kehidupan kini lebih mencabar, perlukan pengorbanan, kesungguhan, 'penjagaan' yang lebih baik kerna diri ini sendiri tanpa tembok pemisah yang jelas. Hanya diri sendiri yang menjadikan tembok itu tetap ada, hasutan dari segala sudut, sentiasa, hanya ilmu yang dulu menjadi pedinding buat diri yang lemah hina, moga berhasil.

Kini, hanya sikap, kehendak dan yang lebih jelas adalah diri sendiri yang menentukan apa yang baik dan tidak baik. Mereka yang tidak pernah melalui jangan hanya pandai berkata kerna takut memakan diri sendiri. Ingat ALLAH. Itu sahaja yang bisa membantu diri ini. Kalian, doakan diri ini. Kalian, nasihatilah diri ini. Kalian, moga kita bersua lagi.

Lebih/Kurang epi.2

SINGLE

Salam pertemuan semula. Baiklah dalam perkongsian yang lepas suka saya keutarakan tajuk C.O.U.P.L.E akan tetapi perkongsian kali ini saya ingin keutarakan tajuk S.I.N.G.L.Ekhas buat mereka seperti saya(n_n). Baiklah akan kerna masa sangat cemburu pada saya, akan kita teruskan perkongsian ini.

************************************************************************************

Lebih,

hidup anda terasa bebas bukan, bebas daripada kongkongan yang dicipta oleh si dia. mulanya anda bebas untuk melakukan itu, tetapi kini tidak. ya, tidak dinafikan akan sesetengah itu, kongkongan itu sangat baikini dilihat akan rakan ku yang berhenti merokok kerna si dia, SYABAS! betulkan niat ya!. anda bebas untuk bergaul dengan kawan tanpa sekatan seperti, "Abang balik la, ayang rindu." "Abang, jom la jalan2 ngan ayang je." hah, akan lebih kurang itu-lah. hey, kini aku terbang setinggi yang mungkin kamu tahu. tetapi nasihatkan aku agar tidak terlalu tinggi, takut nanti terjatuh, sangat sakit nanti kamu tahu. kepada yang bajetnya cukup-tidak-cukup, lebih baik berada pada tahap ini.agar tidak berhutang kepada rakan yang lain kerna ingin menjaga hati si dia. tahu akan kemampuan diri sendiri ya.

************************************************************************************

Kurang,

kurang ya? ada juga. tempat untuk anda berbincang terlalu meluas, kamu sendiri tahu bukan, sesetengah rakan kita ini suka akan kegembiraan sahaja, sahaja. bila kita buka cerita duka dia endah-tak-endah, fokusnya tiada tempat berbincang sebaiknyapersoalan?anda sendiri akan tahu, lagi2 mereka yang sudah berumah tangga. kurang sesuai bagi mereka yang tidak pandai hidup keseorangan. kerna, akan timbul segala kebencian, hasad, rasa ingin menjatuhkan pasangan lain. ini ku lihat dari mata-kasar ku sendiriaduh manusia.

************************************************************************************

Saya tahu, ada yang setuju dan tidak. Ya, saya hanya berkongsi dengan apa yang pernah saya alami serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling. Hanya perkongsian buat yang mahu turut serta. Lebihnya buat diri ku yang..tahu2 sendiri atas kemampuan diri sendiri. (n_n) . berjuta2 lagi asbab yang tidak ku kongsikan, mungkin. Seperti yang ku katakan tadi, hanya di kesempatan kecil ini sahaja ingin ku kongsikan.(n_n) . Hey! Tahniah kepada mereka yang seperti ku..anda lebih tau ape kebaikannya bukan? hee..kepada yang sudah berpunya. keep in love both you n keep in love with Allah. you will have the true L.O.V.E.

Lebih/Kurang epi.1

Couple

Perkataan di atas, kini menjadi satu trend, satu kemestian bukan? Contoh bila orang tanya pada saya,
"Mana si 'dia'?". "Tak, saya seorang." Pasti, dia akan membalas "mana mungkin."
Itu senario sekarang wahai pembaca yang setia. Anda 'sudah' atau sama seperti saya?
Ketika yang serba singkat ini, suka saya bangkitkan isu mengenai perkataan di atas. Pihak itu setuju, pihak yang itu belum tentu. Pihak itu gembira dengan itu, pihak yang satu lagi belum tentu. Paham? Tidak mengapa, akan saya kongsikan pengalaman serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling, insya-ALLAH.

******************************************************************************

Lebih,


punyai tempat untuk mengadu suka-duka. sentiasa disisi, sangat sesuai buat siapa yang tidak bisa keseorangan. tempat berbincang, segala persoalan yang timbul, 'si dia' akan menjadi tempat untuk menyelesaikan masalah. p/s:kebiasaannya wanita hanya mahukan tempat untuk meluahkan bukan menyelesaiakan, jadi berwaspada kepada lelaki yang baru, "owh yeke!".


************************************************************************

Kurang,

batas syariat kau tahu? mungkin di katakan tidak boleh, kau rasa itu syadid? ikut pada kamu. bagaimana kamu harungi itu. kebebasan, akan lebih mengecil kerna kau terperangkap dengan perkataan C.O.U.P.L.E.. meski adakala menjadi baik tetapi dilihat pada rakan2 ku, seperti terkongkong mungkin. tidak mengapa, kerna setiap perkara punyai alasan tersendiri kerna setiap perkara bukannya 'evolusi Darwin'. bajet, wow terpenting juga yang ini, buat lelaki yang seperti diri ku ini, fikirlah yang sebaik2nya untuk diri anda terutamanya. (T.T). jangan jadikan pasangan anda itu sebagai beban, tika itu, kau akan mengetahui yang baik adalah kawan bukan Couple, mungkin.


Saya tahu, ada yang setuju dan tidak. Ya, saya hanya berkongsi dengan apa yang pernah saya alami serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling. Hanya perkongsian buat yang mahu turut serta. Lebihnya buat diri ku yang..tahu2 sendiri atas kemampuan diri sendiri. :) . berjuta2 lagi asbab yang tidak ku kongsikan, mungkin. Seperti yang ku katakan tadi, hanya di kesempatan kecil ini sahaja ingin ku kongsikan. :) . Hey! Tahniah kepada yang sudah berpunya..anda lebih tau ape kebaikannya bukan?hee..Jangan bersedih kepada yang seperti saya. Anda juga tau apa kebaikannya..



harap bersama untuk perkongsian yang akan datang...