Kaseh Diberi

Jangan Hanya Berbicara

Bismillah Ar-Rahma Ar-Rahim

Kau bagaikan pendebat tatkala berbicara,
sungguh lancar bicara mu,
sungguh fasih alunan, lontaran pada setiap bait bicara mu.
Kau hebat.
Hanya berkata-kata, bagai si kakak tua,
duduk di sangkar, berkata-kata, tiada tindakkan.
Macam?

Jangan berbicara seperti kau terbaik dari segala-gala,
tetap kau kalah di hadapan-NYA.
Jangan pernah meninggi diri, tiada apa yang membedakan kita.
Hanya iman dan taqwa yang membezakan.
Kau tahu itu, lebih dari aku,
tapi, perlaksanaan? Seperti aku juga.
Seperti tidak tahu apa-apa.

Kita Khalifah, tidak lekang dek pengisian,
dek perancangan.
Bukan percutian yang kita cari,
bukan kesenangan kita hegeh-hegehkan.
Bukan tidak boleh, tapi biar bermanfaat.
Setuju? Buktikan.

Aku, pelik dengan karenah itu. Cuba memahami, manusia yang pelbagai.
Kerna aku tidak sempurna juga.

Biarkan Aku

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Kebuluran? Biar aku mengerti penderitaan mereka.
Kesakitan? Biar aku bermuhasabah.
Hati dan Perasaan? Biar aku kecilkan itu, sesak.
Ketidak warasan? Biar aku tenangkan fikiran.
Baran? Biar aku campaknya jauh kembali.
Kekacauan? Biar aku munajat, mencari ketenangan.
Mati? Biar aku katakan, itu satu kepastian.
Jangan pernah kau paling, lihat kehadapan,
teruskan perjalanan.

Biar aku, kembali menjadi perhentian. Mereka datang dan pergi, Mereka berhenti dan kembali. Aku? Tetap aku, perhentian.

Kau Tahu

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Seketika, bersama mu. Hadir dalam risiko ku, untuk mendapatkan mu.
Namun hanya seketika bersama mu.
Bangun pagi ku, tiada lagi kau, di sisi. Pergi, tiada kembali.

Hey!! Kau yang merampas dia dari ku.
Tidak perlu kau pulangkan, kerna rayuan ku itu sia2 sahaja.
Cuma,
aku tahu apa yang kau tahu,
merampas tanpa kebenaran, berdosa.
Aku tidak tahu apa yang kau tahu,
Mengapa kau mengambil dia dari ku.
Aku tahu apa yang kau tidak tahu,
Apa yang ku hajatkan kepada Maha Kuasa, atas tindakan kau.

Kehilangan yang tidak ku titiskan air mata,
entah mengapa, tiada sebak ku rasa,
ku tahu ada hikmahnya.
Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui baik buruk bagi hambaNYA.
Memang aku beli si dia untuk kau rampas!!!


W705-red

Pemuisi.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Tema satu untuk semua, kerna itu aku di sini,
menyatakan segala isi hati ku, pada semua, akan ku kongsi bersama.
Kita yang berbeda usulnya, berbeza pada ilmunya, lain pada karenahnya,
tetap kita bersatu pada malam ini, satu i-Techqs.
Tak pernah lekang satu itu dari jiwa kita.
Kita pencetus idea2 baru, idea2 bijak pandai yang tidak mereka terfikir.
Aku sebagai pemuisi hanya menyatakan apa yang ku rasakan.
Satu untuk semua, satu i-Techqs, satu Malaysia.

Satu, aku berbicara tentang satu. Hati dan perasaan.
Satu Hati,
kau cinta pertama, juga terakhir.
Kau yang acapkali hadir dalam mimpi2 ku,
sayu mengetuk pintu hati ku, pilu, terkenang.
Jangan pernah ragu pada takdir, kerna segalanya ketentuan Tuhan.
Satu Perasaan,
aku berasa sungguh gembira, buat pertama kali aku digelar mahasiswa UiTM,
mahasiswa i-Techqs tercinta.
Bukan riak, tidak pernah terlintas itu di hati ku.
Cukup, cukup buat orang tua ku gembira dan bangga dengan kejayaan ku.
Kerna aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka.
Kerna aku pemuisi, arca di hadapan ini.

Tarian demi tarian, telah ku tarikan.
Zapin dan Kuda Kepang, telah ku sertai.
Bollywood? Bolehkah aku tarikan?
Aku disuruh bergelek, aku disuruh melentik, mengikut irama dan lagu.
Aku tak mahu menari lagi, berjoget juga tidak.
Kerna tangan ku tidak selembut mengayun buayan.
Ini bukan bidang ku lagi, ini bidang mereka.

(kumpulan tarian masuk, mempersembahkan)
Puisi ini telah di sampaikan oleh 3 teman pada Makan Malam persatuan i-Techqs.
Terhasil idea puisi adalah kerna mahu hindari dari bidang seorang 'penari'.
nukilan : knaR&Ju

pemuisi : knaR&Ju&Mi

Hirup sebentar

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Acapkali kita berlari,
terlalu banyak tenaga yang telah kau gunakan,
Hey! Tidak penatkah? Tidak tenatkah?
Pasti. Penah rasa itu, kan? meski seketika, futur sebentar.
Jangan pernah salahkan diri, kita ibarat roda, setuju? Jadi tidak mengapa.
Cuma, jangan terlalu lama di bawah. Cepat naik ke puncak.

Buat teman yang terlalu berlari,
teruskan usaha, akan ku susuli kalian di segenap waktu.
Tapi, kalian perlu amek udara juga.
" Tiada masa rehat, banyak itu dan ini..."
Tidak mengapa, ketahuilah ibadah itu 'istirehah'.
Ketenangan pasti kau kecapi di kala itu.

Hirup sebentar, udara.
Lihat seketika, langit.
Hayati berulangkali, kehijauan.
Kumpul, simpul, kemudian tafsir. Indahnya nikmat Allah.
Allah cantik dan sukakan kecantikan

Aku pernah berRehat, juga pernah berLari.
Yang ku cari kini, ketetapan, keseimbangan yang ku cari,
Buat perjalanan ku. Kerna masih jauh, berbatu, tiada hingga.