Kaseh Diberi

Suratan takdir

Saat waktu itu mengadu, emosi agak terbawa.
Ku rasa waktu itu terlalu singkat, adakah kerna aku tidak pernah berlajar untuk menghargai.
Biarpun acap kali ku di peringatkan akan masa itu. Walhal dalam Al-Quran yang Suci itu telah menyatakan, menegaskan akan pentingnya MASA itu.
Benar aku tidak mempelajarinya dengan benar2.

Kini saat itu, sudah. Saat yang baru juga hampir tamat. Saat yang akan datang bakal menjelma.
Aku? terus meratapi dan meratapi. Sudah suratan takdir. 'Pergi tak kembali lagi'? Tidak2. Katakan saja 'selamat berjumpa lagi'. Cukup untuk menyejukkan hati ku.
Rakan, teman, sahabat, keluarga ku, biarpun kau kata, 'dekat je tu', 'tak la jauh sangat', tapi, hati ku sangat..dan sangat2 rasakan terlalu jauh.
Aku? Akan merindui kamu semua. Aku tidak menghubungi kamu? Bukan bermakna aku 'tersilau', ketahuilah aku sangat..dan sangat2 merindui kamu semua.

Sudah Suratan Takdir.
Aku mahu dan tidak mahu, tetapi aku perlu.
Demi itu dan ini, demi kamu, dia dan kamu semua, demi segalanya.
Buat insan tersayang ku, sangat2 sayang kamu berdua, AKU AKAN BERUSAHA, tidak, buang akan, AKU PASTI BERUSAHA DAN BERJAYA!! Tidak akan ku hampakan lagi harapan KAMU!!

1 comment:

thaaqhib said...

jgn hampakan..as u said~