Kaseh Diberi

Result.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

10Disember yg lepas.(agak lame laa gak) Semua pelajar UiTM telah mendapat keputusan peperiksaan untuk Semester lepas. Keputusan yang memberangsangkan? Keputusan yang sedang2? Keputusan yang kekurangan? Semuanya terjawab hasil usaha dan rezeki anda. Lihat Berbakti, pesan dari ayah.

Kepada yang tersenarai dalam pelajar Dekan, TAHNIAH!!
Kepada yang sedikit, sekelumit hampir ke Dekan, Tingkatkan usaha dan TAHNIAH!
Kepada yang kurang, Koreksi diri anda, masa anda terbuang di mana? Jumpa di PUNCAK KEJAYAAN!

Teman, yang lepas usah di tangisi, yg di hadapan itu di rancang, yang di tangan itu pasti, usaha-berjaya, sambil lewa-kecundang. Yang berjaya jangan jadikan kejayaan itu punca kalian istidraj(Nikmat untuk lebih menyesatkan), tersilau akan nikmat Tuhan. Yang kurang, jangan salahkan sesiapa, koreksi diri anda, mungkin ada yang terbocor dan jadikan itu pedoman untuk kita terus berusaha dan usaha.

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi mu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." surah Al-Baqarah ayat 216.

Mari! Kita koreksi bersama. Bukan kata ku sempurna, tapi berusaha ke arah itu.

Ustaz 24 hours!!

~Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim~

Kehidupan yang beroda. Adakala kita berada di nun puncak, adakala kita berada di situ, dasar. Futur(lemah), perlu sangat pada tazkira(peringatan) serta bimbingan dari orang soleh dan berilmu.

Kala itu, kita akan mencari teman yang berilmu mahupun ustaz2 yang senang untuk kita bincang prihal masalah yang kita lalui. Andai kata, teman/ustaz2 sudah pun berumah tangga dan kala itu kita menghadapi masalah di malam hari, adakah kita akan mengganggu keluarga mereka ataupun kita bisa tunggu persoalan itu hingga waktu yang sesuai? Berapa ramai daripada kita yang sanggup tunggu? Biarkan persoalan bermain difikiran kita hingga ke pagi hari? Anda sanggup? "Penantian itu satu penyiksaaan bukan?"

Maka dengan itu, suka sekali saya kongsi bersama teman pembaca. Kini, kita tidak perlu lagi tangguh segala persoalan yang bermain difikiran kita untuk bertanya pada 'mereka' hingga waktu yang sesuai. Maka dengan itu saya perkenalkan pada teman pembaca semua, ustaz sepenuh masa, ustaz yang tidak pernah jemu2 membantu segala masalah yang ingin diminta bantu. Dengan ini saya memperkenalkan Ustaz Google!! (Klik sahaja pada link)

Segala masalah anda akan diselesaikan dengan segera! Percayalah pada saya. Percaya bahawa ini adalah rekaan semata2...(n_n)!

Sejarah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Hari berlalu hari, kenangan bertambah menjadi sejarah hidup. Pesan bijak pandai, " Belajar dari sejarah."
Benar! Kau mungkin setuju pada ku selepas ini.

Saat bemesra dengan keluarga terchenta, kebiasaan, ibubapa kita akan membuka lembaran sejarah mereka, adakala berbunyi bergini, " Atok korang dulu bagi abah duit belanja pergi sekolah rm0.30 je, korang sekarang rm30." , " Mak dulu mane ade laptop, boleh je belajar." DAn lainnya.

Itu semua dari sejarah mereka bukan? Kini menjadi pedoman, renungan, pengisian bersama yang mahukannya.

Saat ini, teringat akan sejarah/kenangan dahulu. Bagai sekelip mata, tadika, sek. rendah, sek. menengah, kerja, universiti. Aku sudah menjadi aku? Takut mengulang kesilapan lalu. Lantas aku teringat saat dulu. Terkenang saat manis dahulu, tapi ku coret sedikit di entri ini. Sekadar ingin memberi tahu...

AKU RINDU KALIAN!!

Berbakti

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Ibu selalu berpesan, hampir setiap kali ke situ,
Kata....." Berbaktilah pada tanah, ada rezekinya."
Abang selalu menyambung kata ibu,
Dipetik dari...." Kita berada diantara salah satu pintu kekayaan."


Di situ, aku berlajar erti kesusahan. Di situ, aku pelajari ilmu berbakti pada tanah. Di situ, aku merapatkan silaturahim. Di situ, aku menitiskan peluh mengisi waktu2 ku. Di situ, mematangkan aku.

Keputusan peperiksaan sem1 bakal di keluarkan. Aku ghairah, gembira, seram-sejuk. Tapi pesan Ayah, " Macam kite tanam serai, kita tanam, kita usaha dengan letak baja, gembur tanah, sembur racun, siram air, itu usaha kita. Tapi hasilnya, kecik ada besar pon ada. Asbab, kita koreksi yang itu, tanah kurang baik, tak ikut jadual. Rezeki? Itu semua Allah yang tentukan yang penting kita dah usaha, jangan mengalah jika baru di uji sedikit."

Kata pemikir Islam, " Jangan kata kita berIman, selagi kita belum diuji."

Berbaktilah pada Tanah.

Ta'aruf

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Maaf jika diri ini seperti berjauhan dari kalian. Ini adalah Qada’ dan Qadar ku. Moga dengan sedikit ta’aruf dari entri ini dapat kalian tafahhum secebis prihal diri ku yang bersahaja ini.

Kehidupan seorang muallif diperantauan ini amat mencabar. Jauh dari segala sumber inspirasi ku. Aku cuba menjadi benih yang bermanfaat tak kira mana aku dicampak. Meski aku rakyat biasa.

· Tanggapan pertama mereka disini pabila aku ke surau dengan memakai jubah. Persoalan, jubah satu fasyen bukan? Mengapa...

· Mulanya terlibat dengan hati rala tak rela. Mengenangkan ibu yang teringin aku menjadi imam. Aku rela semua demi abahmak tercinta.

· Mengikuti kursus imam-muazin. Seterusnya menjadi imam pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang lepas. Serta diberi tanggungjawab untuk memberi tazkirah ringkas pada hampir setiap malam bertugas. Syukur punya bekalan dari teratak kecil itu.

· Pelajaran hari jumaat disekolah hadir lewat dalam hidup ku. Aku tabah menunggu kerna pesan guru akan ada guru yang mengganti di sana.

· Pelajaran yang mencabar, tapi itu pilihan ku. Mula menjadi ahli bernombor.

· Side-burn yang kekal penjang.

· Rakan baru, ilmu baru, suasana baru, mula berjinak dengan pekara serba baru.

Serba ringkas ta’aruf akan diri ku. Entri ini bukan untuk membangga diri. Cukup sekadar buat kalian tidak terlalu berfikiran ‘positif’ terhadap diri ku yang berjauhan ini. Sekian.

30/10/09, 11.48 pagi,

Machang, Kelantan Darul Naim.

Ikatan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Kau suka bicara mengenai simpulan? Sesuka hati melontarkan perkataan pada mereka yang kau ‘khuatiri’. Kaulah yang ‘terbaik’! Mari. Kita koreksi, ‘Ijlis bina numu’min saah’ ;

Ikatan :

Hissi : Boleh dilihat, dirasa oleh pancaindera.

Maknawi : Tidak dapat dilihat, dirasai.

Dalam satu dialog disebuah medan sesawang.

“ Salam enta ape khabar? ”

“ Alhamdulillah sihat. Enta? ”

“ Alhamdulillah ana masih ber-ikatan.”

“...” Diam aku tidak terkata.

Tanggapan awal ;

1. Aku tidak ber-ikatan?

2. Dosa? Kalau aku tidak bersama mereka ke bumi para Nabi.

3. Kerna aku digelar oleh murabbi tercinta sebagai “ Perosak Sekolah ” ?

Itu pada pengiraan ku. Kalian bagaimana? Ada pandangan tersendiri atau mungkin kalian ada yang pernah alami situasi seperti ku. Mari berkongsi!

30/10/09, 11.20 pagi,

Machang, Kelantan Darul Naim.

'RnR'

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Dalam satu perjalanan yang jauh. Bak kata pepatah “ Jauh perjalanan, luas pengetahuan “. Seorang anak berkata kepada ayahnya.

Abah, abah. Jom berhenti kat ‘RnR ‘ jap. Imran lapar laa abah, nanti boleh kite solat jama’ sekali. Kan abah, kan-kan. “ Ajakan manja seorang anak kecil kepada ayahnya yang sedang memandu, si Isteri hanya mampu tersenyum melihat telatah anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik.

Tika itu, mungkin terjadi pada keluarga kalian. Sudah berumah tangga, berkeluarga, dalam satu perjalanan yang panjang, mungkin. Aku? Sudah lama ku menjadi ‘RnR’. Mereka datang dan pergi, seketika, ada yang berulang kali ke mari. Aku sambut semua dengan mendepa tangan ku seluas2nya. Jangan khuatir aku gembira dengan keadaan ku ini. Asalkan aku menjadi ‘RnR’ yang terbaik dalam perjalanan kalian, itu sudah memandai. (n_n)!

30/10/09, 10.51 pagi,

Machang, Kelantan Darul Naim.