Kaseh Diberi

B.A.H.A.S.A

Mengapa kita perlu mengeja? Sampai begitu sekali. B.A.H.A.S.A. Sukar untuk mengeja serta menyebut? Tentu tidak, bukankah begitu para pembaca?sudah tentu. Satu persoalan yang suka-gembira untuk knaR bangkitkan di sini, berapa ramaikah yang mampu menggunakan B.A.H.A.S.A dengan baiknya? Baik penulisanaku? mahupun pertuturanaku juga?. Siapa yang berani untuk mengangkat tangan?

-Careka? Ya sudah tentu, jika tidak mengapa perlu ku ber'bahasa' di sini. Sudah tentu aku bercoret akan keadaan sekeliling ku. Apa? Ya, tempat kerja ku, sudah tentunya.
>>Bak kata rakan sejawat ku. "Biar tak chantek, jangan pekak!". Tapi suka ku sesuaikan secubit perkataan ayat tadi untuk diubah menjadi begini bunyinya, "Biar tak chantek, jangan bodoh B.A.H.A.S.A ". Agak kasar? Tapi begini carekanya.

...Bak kata rakan sejawat ku, "Ape punye sengal aa orang yang buat jadual nih? Ade ke letak jehan seorang2 wat FIFOaku dikhabarkan maknanya berbunyi bergini 'first-in first-out'. Pada waktu itu barang2 baru sampai, jadi menjadi tugas..aku? Tidak tepat bagi ku kerna perlu ada 'shift' FIFO pada waktu itu sepatutnya, pada pemerhatian ku mengikut jadual2 terdahulu. Jadi? Benar kata rakan sejawat ku bukan?
...Terharu. Rakan ku tawarkan diri untuk membantu ku untuk menyusun serta memunggah barang di'stor'makaseh untuk EDYKA. Biarpun badannya seperti ku, tapi HATInya lebih mulia dari 'orang' itu. Jadi aku mengemas sambil dibantu rakan ku yang itu. Banyak! Aku mengangkat tangan pada mulanya, bak kata pepatah "Berat sama dipikul, Ringan sama dijingjing". Aku bukan ditugas untuk kerja itu sahaja ditambah dengan kerja ku sebagai Roaster+steward+'FIFO', sikit? Jadi bukan aku punya masa untuk segera selesaikan kerja FIFO itu. Rakan ku juga bukan ditugaskan untuk menjadi FIFO pada hari itu juga punya tugas lain.
...Sudah paham tugas ku? Inilah klimaks coretan ini, seorang manager pergi ke tempat sedang kami berkemas2 lalu memarahi ku dengan bahasa yang ku senang mendengar, "Jehan! ko nih wat kerja main2! Tengok tak siap2 kerjanya lagi! Dah ko pergi buang sampah! Patu ko pergi makan dan terus balek!!". Perempuan, memang tidak ku tipu, penyakit lama ku datang kembali, rakan2 hanya berkata pada ku, "Sabar Jehan", "Mengucap Jehan". Tapi hati ini, penyakit lama ku datang bagaimana mampu untuk ku lawan? Salah ku? Mungkin. Mana B.A.H.A.S.A? Aku tidak kisah betapa berat kerja ku, kerna aku sedang bekerja. Mana B.A.H.A.S.A? Aku pertaruhkan yang itu. Andai bahasa baik, orang suka bukan? Sudah tentu.

Aku? Berkarut bukan sekadar berkarut, Bahasa itu perlu kita jaga bersama. Bersama ya. Kerna jika anda ber-B.A.H.A.S.A orang akan suka dengan anda. Aku tidak tipu. Kerna itu lumrah, kau tahu. Benar.

Mari Kita Perkayakan Bahasa. Tahu? Budi Bahasa Budaya Kita.

2 comments:

Meor M. Syafiq said...

berkarut bukan sekadar berkarut. huh
terasa

nur 'izzat said...

hu. sal tibe die mara sangat? explain weh...

geram neh org mara kawan akuh! hhuuu