Kaseh Diberi

Lebih/Kurang epi.1

Couple

Perkataan di atas, kini menjadi satu trend, satu kemestian bukan? Contoh bila orang tanya pada saya,
"Mana si 'dia'?". "Tak, saya seorang." Pasti, dia akan membalas "mana mungkin."
Itu senario sekarang wahai pembaca yang setia. Anda 'sudah' atau sama seperti saya?
Ketika yang serba singkat ini, suka saya bangkitkan isu mengenai perkataan di atas. Pihak itu setuju, pihak yang itu belum tentu. Pihak itu gembira dengan itu, pihak yang satu lagi belum tentu. Paham? Tidak mengapa, akan saya kongsikan pengalaman serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling, insya-ALLAH.

******************************************************************************

Lebih,


punyai tempat untuk mengadu suka-duka. sentiasa disisi, sangat sesuai buat siapa yang tidak bisa keseorangan. tempat berbincang, segala persoalan yang timbul, 'si dia' akan menjadi tempat untuk menyelesaikan masalah. p/s:kebiasaannya wanita hanya mahukan tempat untuk meluahkan bukan menyelesaiakan, jadi berwaspada kepada lelaki yang baru, "owh yeke!".


************************************************************************

Kurang,

batas syariat kau tahu? mungkin di katakan tidak boleh, kau rasa itu syadid? ikut pada kamu. bagaimana kamu harungi itu. kebebasan, akan lebih mengecil kerna kau terperangkap dengan perkataan C.O.U.P.L.E.. meski adakala menjadi baik tetapi dilihat pada rakan2 ku, seperti terkongkong mungkin. tidak mengapa, kerna setiap perkara punyai alasan tersendiri kerna setiap perkara bukannya 'evolusi Darwin'. bajet, wow terpenting juga yang ini, buat lelaki yang seperti diri ku ini, fikirlah yang sebaik2nya untuk diri anda terutamanya. (T.T). jangan jadikan pasangan anda itu sebagai beban, tika itu, kau akan mengetahui yang baik adalah kawan bukan Couple, mungkin.


Saya tahu, ada yang setuju dan tidak. Ya, saya hanya berkongsi dengan apa yang pernah saya alami serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling. Hanya perkongsian buat yang mahu turut serta. Lebihnya buat diri ku yang..tahu2 sendiri atas kemampuan diri sendiri. :) . berjuta2 lagi asbab yang tidak ku kongsikan, mungkin. Seperti yang ku katakan tadi, hanya di kesempatan kecil ini sahaja ingin ku kongsikan. :) . Hey! Tahniah kepada yang sudah berpunya..anda lebih tau ape kebaikannya bukan?hee..Jangan bersedih kepada yang seperti saya. Anda juga tau apa kebaikannya..



harap bersama untuk perkongsian yang akan datang...

No comments: