Kaseh Diberi

PELITA

Pelita.secara ringkasnya sebentuk bekas yang diisi minyak tanah serta dihubungkan dengan sempurna untuk menyalakan api yang memberi cahaya bla..bla..bla.. Bukan itu yang cuba saya sampaikan di sini. Kamu tahu? Ya atau tidak jawapannya ketahuilah secara tak langsung pelita anda sentiasa mendampingi anda.

Dahulu, ku punyai sebuah kedai pelita yang sangat ku sayang. Sangat ku sayang. Buat beberapa ketika, tidak ku jangka akan berlaku seperti ini, syang ku bertukar menjadi murung. Kemungkinannya adalah disebabkan beberapa pelita yang membakar bukan menyala, mungkin juga disebabkan prosedur kedai itu yang berubah kerna bertukar pemilik kedai tersebut. Tetapi itulah yang menyebabkan hati ku gundah gulana. Sayang serta murung.

Pelita ku sekian lama dahulu menyala. Menerangi hidup ku, kini, tidak lagi menyala menerangi. Asbabnya mungkin kerna aku terlalu sayangkan sehingga ku terlupa untuk mengisi minyaknya. Akibatnya, ku kehilangan satu lagi Pelita.

Saat ini. Aku cuba untuk membeli Pelita, mungkin tidak sesempurna yang dulu tetapi aku masih boleh baik-pulih, mungkin. Dalam waktu ini juga, rakan2 sejawat ku mensyorkan Pelita yang indah juga bagi pandangan majazi ini. Cubaan untuk ku membeli itu mendapat jawapan yang seindah ini, "Tidak ku tahu apa kata yang sesuai, menjual kepada kamu atau pun tidak." Kata pemilik Pelita itu. Jawab ku," Tidak mengapa. Lupakan saja tawaran itu." Di iringi tawan kesedihan ku. Di samping itu, rakan2 ku tidak henti2 mensyorkan Pelita kepada ku. Bukan apa, cuma hati untuk menerima Pelita sudah terkatup-tertutup.

Hidup dalam kegelapan tanpa Pelita? Biarlah aku lebih selesa begini. Aku? Cuma menumpang terangnya Pelita mereka yang menerangi hidup mereka. Tidak mengapa bukan, aku bukan mencuri, cuma menumpang cahaya, cuma menumpang.

Buat teman yang masih punya Pelita yang menerangi. Hargilah ia. Kerna kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita cuma merancang tetapi DIAlah sebaik2 perancang.

Pelita ku? Aku cuba sedaya upaya untuk hentikan pencarian itu buat masa ini. Biarlah hidup ku dingin sebentar. Seronok juga. Sedap untuk tidur~

7 comments:

ibnu ahmad said...

mencari pelita sempurna memang sukar, nilai minyaknya pasti mahal, cahaya nyalaanya pasti terang, tapi jangan dilupa ada cahaya lebih baik dari tiada..

cuma jangan terlupa sinar bulan dan matahari sentiasa menjelma..

*bukan apa, cuma ingin juga ana berceloteh.. bunga tak semestinya bermaksud bunga.. anda yang memberi makna pada bunga..

knaR said...

wah!!sudah bijak mengatur kata..syabas!
baiklah ana hargai komentar anda..trimas..byk membnatu...

ibnu ahmad said...

hidup berfalsafah memang ada 'bunga'nya.. anta juga begitu bukan..

kerna hidup perlu ada hujan, mendung dan cerah.. jika tidak masakan ada pelanginya..

knaR said...

wah..bgus..sy suka yang bermadah itu..

hee..adakalanya kiasan yang makan dalam..tak gitu?
hehe..

thaaqhib said...

adoi~ main bahasa~ buang masa

bila nak jadi pelita? hargai diri sendiri. yakin pada ilham yg allah beri pada diri. its ok, u r not too bad to be good

knaR said...

hee...bukan xmau jd pelita abg.

cume diri ini belum mmpu untuk jadi seperti itu..hee..

biarlah sat dan ketika yg membenarkan..hee..

thaaqhib said...

yakin~ have a little faith in urself.

kalau x mampu lari jarak jauh.. lari jarak dekat pon ok.~ ukur baju di badan sendiri.

bottomline jaga