Kaseh Diberi

Lebih/Kurang epi.2

SINGLE

Salam pertemuan semula. Baiklah dalam perkongsian yang lepas suka saya keutarakan tajuk C.O.U.P.L.E akan tetapi perkongsian kali ini saya ingin keutarakan tajuk S.I.N.G.L.Ekhas buat mereka seperti saya(n_n). Baiklah akan kerna masa sangat cemburu pada saya, akan kita teruskan perkongsian ini.

************************************************************************************

Lebih,

hidup anda terasa bebas bukan, bebas daripada kongkongan yang dicipta oleh si dia. mulanya anda bebas untuk melakukan itu, tetapi kini tidak. ya, tidak dinafikan akan sesetengah itu, kongkongan itu sangat baikini dilihat akan rakan ku yang berhenti merokok kerna si dia, SYABAS! betulkan niat ya!. anda bebas untuk bergaul dengan kawan tanpa sekatan seperti, "Abang balik la, ayang rindu." "Abang, jom la jalan2 ngan ayang je." hah, akan lebih kurang itu-lah. hey, kini aku terbang setinggi yang mungkin kamu tahu. tetapi nasihatkan aku agar tidak terlalu tinggi, takut nanti terjatuh, sangat sakit nanti kamu tahu. kepada yang bajetnya cukup-tidak-cukup, lebih baik berada pada tahap ini.agar tidak berhutang kepada rakan yang lain kerna ingin menjaga hati si dia. tahu akan kemampuan diri sendiri ya.

************************************************************************************

Kurang,

kurang ya? ada juga. tempat untuk anda berbincang terlalu meluas, kamu sendiri tahu bukan, sesetengah rakan kita ini suka akan kegembiraan sahaja, sahaja. bila kita buka cerita duka dia endah-tak-endah, fokusnya tiada tempat berbincang sebaiknyapersoalan?anda sendiri akan tahu, lagi2 mereka yang sudah berumah tangga. kurang sesuai bagi mereka yang tidak pandai hidup keseorangan. kerna, akan timbul segala kebencian, hasad, rasa ingin menjatuhkan pasangan lain. ini ku lihat dari mata-kasar ku sendiriaduh manusia.

************************************************************************************

Saya tahu, ada yang setuju dan tidak. Ya, saya hanya berkongsi dengan apa yang pernah saya alami serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling. Hanya perkongsian buat yang mahu turut serta. Lebihnya buat diri ku yang..tahu2 sendiri atas kemampuan diri sendiri. (n_n) . berjuta2 lagi asbab yang tidak ku kongsikan, mungkin. Seperti yang ku katakan tadi, hanya di kesempatan kecil ini sahaja ingin ku kongsikan.(n_n) . Hey! Tahniah kepada mereka yang seperti ku..anda lebih tau ape kebaikannya bukan? hee..kepada yang sudah berpunya. keep in love both you n keep in love with Allah. you will have the true L.O.V.E.

Lebih/Kurang epi.1

Couple

Perkataan di atas, kini menjadi satu trend, satu kemestian bukan? Contoh bila orang tanya pada saya,
"Mana si 'dia'?". "Tak, saya seorang." Pasti, dia akan membalas "mana mungkin."
Itu senario sekarang wahai pembaca yang setia. Anda 'sudah' atau sama seperti saya?
Ketika yang serba singkat ini, suka saya bangkitkan isu mengenai perkataan di atas. Pihak itu setuju, pihak yang itu belum tentu. Pihak itu gembira dengan itu, pihak yang satu lagi belum tentu. Paham? Tidak mengapa, akan saya kongsikan pengalaman serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling, insya-ALLAH.

******************************************************************************

Lebih,


punyai tempat untuk mengadu suka-duka. sentiasa disisi, sangat sesuai buat siapa yang tidak bisa keseorangan. tempat berbincang, segala persoalan yang timbul, 'si dia' akan menjadi tempat untuk menyelesaikan masalah. p/s:kebiasaannya wanita hanya mahukan tempat untuk meluahkan bukan menyelesaiakan, jadi berwaspada kepada lelaki yang baru, "owh yeke!".


************************************************************************

Kurang,

batas syariat kau tahu? mungkin di katakan tidak boleh, kau rasa itu syadid? ikut pada kamu. bagaimana kamu harungi itu. kebebasan, akan lebih mengecil kerna kau terperangkap dengan perkataan C.O.U.P.L.E.. meski adakala menjadi baik tetapi dilihat pada rakan2 ku, seperti terkongkong mungkin. tidak mengapa, kerna setiap perkara punyai alasan tersendiri kerna setiap perkara bukannya 'evolusi Darwin'. bajet, wow terpenting juga yang ini, buat lelaki yang seperti diri ku ini, fikirlah yang sebaik2nya untuk diri anda terutamanya. (T.T). jangan jadikan pasangan anda itu sebagai beban, tika itu, kau akan mengetahui yang baik adalah kawan bukan Couple, mungkin.


Saya tahu, ada yang setuju dan tidak. Ya, saya hanya berkongsi dengan apa yang pernah saya alami serta pemerhatian daripada rakyat sekeliling. Hanya perkongsian buat yang mahu turut serta. Lebihnya buat diri ku yang..tahu2 sendiri atas kemampuan diri sendiri. :) . berjuta2 lagi asbab yang tidak ku kongsikan, mungkin. Seperti yang ku katakan tadi, hanya di kesempatan kecil ini sahaja ingin ku kongsikan. :) . Hey! Tahniah kepada yang sudah berpunya..anda lebih tau ape kebaikannya bukan?hee..Jangan bersedih kepada yang seperti saya. Anda juga tau apa kebaikannya..



harap bersama untuk perkongsian yang akan datang...

Disebalik pemergian prt.2

7 April,

Aku serta beberapa lagi sedara ku yang lain tertidur di atas sofa empuk di luar rumah. Usai solat subuh aku serta 2 lagi yang lain melebuhkan bahagian yang mulia dianggota badan kembali ke atas sofa ampuk. Sesedar kami, ramai sudah tetamu yang hadir untuk melihat makcik ku. Aku serta yang lain pun bangkit serta membantu apa yang patut.

"Kamu nanti tolong angkat jenazah ya." Kata seorang ustazmungkin kerna dia kelihatan orang yang menguruskan pada saat itu kepada seorang pemuda yang jernih kelihatan pada mukanyamungkin. "Mengapa perlu orang lain yang angkat. Siapa dia. Anak sedara ke? Kelihatan seperti anak buah ustaz itu sahaja." Hati kecil ku bermonolog, menyatakan tanda-tanya serta ke-tidak puas hati pada detik itu. Beberapa saat kemudian, tiba waktu untuk mengangkat makcik ku.
"Hah! Ni anak sedare ni, pergi angkat makcik kamu. Lebih afdhal kalau anak buah yang angkat." Separuh teriak pak Anjang ku, bunyi yang sungguh bermaksud bagi ku. Lantas aku bergegas ke delam untuk mengangkat makcik ku. Pengalaman baru ku, mengakat jenazah untuk dimandikan. Aku melihat wajahnya, inilah kali terakhir ku akan melihat wajahnya. Kerna, saat itu, aku bercelaru, antara menangis atau tidak, antara sedih atau tidak, seperti datang bulan mungkin.

Setelah di khafankan, kami bergerak ke masjid. Usai solat jenazah, tiba masa untuk mengusung makcik ku ke tanah perkuburan. Aku bergegas kehadapan para jemaah untuk mengangkat makcik ku, tanda ku hormat pada makcik ku. Buat kali terakhir aku berbakti kepadanya. Ringan ku rasakan. Moga Allah memberkati rohnya.

Usai pengkebumian, aku melihat adik2 saudara ku yang memberi penghormatan kepada ibu mereka pada saat itu. Menabur daun sirih, menyiram air. Tabah ku lihat riak2 wajah mereka. Kini tinggallah seorang ayah serta 4 orang anaknya, menempuhi hari2 yang mendatang. Inilah yang dikatakan Sunnatullah. Moga Allah merahmati makcik ku serta keluarganya.

Al-Fatihah di berikan kepada Khadijah bte. Ruqayyah.

Disebalik pemergian prt.1

6 April,

Mulanya, seperti biasa. Pergi ke kenny, bersalaman dengan rakan sejawatlaki2 only kemudian makan sebelum memulakan kerjahari itu aku menjadi hostess antara shift yang tidak ku minat. Jam menunjukkan 6 lebihtak silap ku, aku mendapat satu panggilan yang mulanya ku rasakan panggilan biasa, akan tetapi paggilan itu menjadi panggilan kecemasan. Panggilan yang dibuat dari rumah ku di batu belah,dari adik ku...

Berpisah sudah~ Segalanya~

Yang tinggal hanyalah kenangan~
Diiring doa dan airmata~
Yang pergi takkan kembali lagi~~

......Aku kembali ke meja hostess, blur seketika. Aku pergi jumpa manager untuk minta cuti pulang ke kampungsebenarnya ke rumah arwah, Kampar. Aku meminta untuk keluar lebih awal, dapat, ku keluar awal sejam dari shift ku.

"Ko nih kenape? Senyum aa sikit. Dari tadi murung je, dah la hostess." Kata Syukran kepada ku.
"Jehan ok? Jehan sihat?" Aku, geleng. Kak Haidar pun tanya. "Kenapa?" "Mak cik saya baru meninggal tadi." Jawab ku. Kak Haidar hanya mampu mengucap takziah, mungkin fikirnya berkata lebih baik aku sendirian, biarpun adakala die berdiri di samping ku tetapi cuba untuk mengubah topik perbualan meski aku tidak memberi respon yang baik.
Ramai kawan2 yang tegur ku, cuba untuk buat ku gembira. Adakalanya mereka kenekan aku dengan
Pelita . Bercelaru fikiran ku saat itu, sedih yang pastinya+berbunga hatimane tak-nya Pelita makan kt KFC+rakan belanja Hagen~Dazzbiarpun kongsi2, thx kengkawan.

Pulang ke rumah. Bersiap2 serta bergegas ke rumah ku di Batu Belah bersama2 mak cik ku.


Al-Fatihah di berikan kepada Khadijah bte. Ruqayyah.
nantikan sambungannya...

PELITA

Pelita.secara ringkasnya sebentuk bekas yang diisi minyak tanah serta dihubungkan dengan sempurna untuk menyalakan api yang memberi cahaya bla..bla..bla.. Bukan itu yang cuba saya sampaikan di sini. Kamu tahu? Ya atau tidak jawapannya ketahuilah secara tak langsung pelita anda sentiasa mendampingi anda.

Dahulu, ku punyai sebuah kedai pelita yang sangat ku sayang. Sangat ku sayang. Buat beberapa ketika, tidak ku jangka akan berlaku seperti ini, syang ku bertukar menjadi murung. Kemungkinannya adalah disebabkan beberapa pelita yang membakar bukan menyala, mungkin juga disebabkan prosedur kedai itu yang berubah kerna bertukar pemilik kedai tersebut. Tetapi itulah yang menyebabkan hati ku gundah gulana. Sayang serta murung.

Pelita ku sekian lama dahulu menyala. Menerangi hidup ku, kini, tidak lagi menyala menerangi. Asbabnya mungkin kerna aku terlalu sayangkan sehingga ku terlupa untuk mengisi minyaknya. Akibatnya, ku kehilangan satu lagi Pelita.

Saat ini. Aku cuba untuk membeli Pelita, mungkin tidak sesempurna yang dulu tetapi aku masih boleh baik-pulih, mungkin. Dalam waktu ini juga, rakan2 sejawat ku mensyorkan Pelita yang indah juga bagi pandangan majazi ini. Cubaan untuk ku membeli itu mendapat jawapan yang seindah ini, "Tidak ku tahu apa kata yang sesuai, menjual kepada kamu atau pun tidak." Kata pemilik Pelita itu. Jawab ku," Tidak mengapa. Lupakan saja tawaran itu." Di iringi tawan kesedihan ku. Di samping itu, rakan2 ku tidak henti2 mensyorkan Pelita kepada ku. Bukan apa, cuma hati untuk menerima Pelita sudah terkatup-tertutup.

Hidup dalam kegelapan tanpa Pelita? Biarlah aku lebih selesa begini. Aku? Cuma menumpang terangnya Pelita mereka yang menerangi hidup mereka. Tidak mengapa bukan, aku bukan mencuri, cuma menumpang cahaya, cuma menumpang.

Buat teman yang masih punya Pelita yang menerangi. Hargilah ia. Kerna kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita cuma merancang tetapi DIAlah sebaik2 perancang.

Pelita ku? Aku cuba sedaya upaya untuk hentikan pencarian itu buat masa ini. Biarlah hidup ku dingin sebentar. Seronok juga. Sedap untuk tidur~

Tenang...

Tiupan angin sepoi2 bahasa. Biru ketenangan mewarnai langit tinggi. Kepulan2 awan yang menceriakan langit tinggi. Aku yang melihat dengan mata majazi ini terasa akan keindahan sang Pencipta. Ku rasakan, ketenangan, keindahan serta keamanan saat menyelami panorama itu.

"Lan. Apa saja yang kau tenung langit tinggi itu?". Pertanyaan yang singgah ke telinga ku saat Pak Aman berhenti semeter dari ku.
"Tak ada apa2 Pak Man. Cuma tertanya2, akan kekalkah keadaan seperti ini?" Cuba ku bangkitkan persoalan biarpun ku tahu jawapannya nanti.
"Kekal? Bukan kekal persoalannya. Kekal itu tidak akan terjadi kerna kita hanya makhluk. Persoalannya bagaimana kau menikmati, kau mengsyukuri saat kau di beri pelungan itu. Andai kau menikmati, kau akan sentiasa teringat akan sesuatu itu walaupun tidak di depan mata. Andai kau mensyukuri, ketahuilah Dia yang maha Pemurah akan menambah2 atas kesyukuran mu itu." Begitu hujah si tua yang sudah dimamah usia.

Terus ku menghayati saat keemasan yang tah bila lagi ku diberi peluang seperti ini. Burung berkicauan, bermain kejar2 nun di langit tinggi itu. Angin yang mengalunkan lagu 'Ketenangan' membuat diri ini seakan terbang bersama sekawan burung putih.

Ku tersentak akan tutur suci itu. Ku toleh ke belakang ku. terlihat si kecil Achik sedang mengaji di pondok kecil yang membontoti pokok kelapa itu. Terasa bertambah2 ketenangan yang menusuk 'hati kelabu' ku ini. Kalimah2 suci yang jelas kedengaran membuat air mata suci ku mengalir memikirkan akan waktu yang telah ku sia2kan selama hayat ku di dunia. Roda ku yang berputar seakan berhenti bergolek ketika itu. Berapa lama ku berada 'di bawah'! Hina diri ini. Akan tetapi aku teringat sepotong lagu daripada Raihan, "Tuhan!~ Dosa ku menggunung tinggi~ Tapi Rahmat Mu~ Melangit luas~~". Lantas bercucuran air mata ku mengalir laju seakan hujan lebat menyinggah diri ku. Tidak dapat ku tahan akan ketenangan, kesayuan, kesedihan, tangisan, insan tersayang. Aku rebah...

Gelap. Masih ku terdengar kalimah suci bacaan si kecil Achik. "AZLAN!!!".