Sa-tiap kita punyai kisah. Aku? kucoret dalam tulisan 'tunggang langgang' kata mereka. Selamilah.
Kaseh Diberi
Kepingin
Balasan Allah
Di mana Hilangnya~?
Sunyi II
Sunyi, ku rasakan.
Walau tawa menghiasi, kekosongan jua ku rasakan.
Sunyi yang menyelubungi, jangan pergi, teman daku yang seorang diri.
Jangan pernah kau tinggalkan aku sunyi, aku takut.
Kata2 manis, dimana kau kini?
Pergi? Melupakan aku seorang diri?
Senyuman manis, kau kini palsu.
Mengkaburi mata teman2 ku, tidak ku khabarkan.
Diri, maaf kerna menyiksa mu.
Batin ku, meski kau meronta2 ku tetap senyum.
Hari demi hari, temanlah daku, biarpun sunyi menyelubungi ku.
Janji ya.
Aku
Si Kecil
si kecil yang comel, tidak bersalah.
si kecil yang hati bersih sesuci zamzam.
si kecil yang rezeki di tangan, tecari2 tabung untuk ke sana.
si kecil yang membuat ku berfikir usai sembahyang Jumaat.
si kecil yang membuat aku terpukau, terharu dan bangga.
moga kau menjadi insan yang hebat, lebih hebat dari ku, sangat hebat.
Jangan Hanya Berbicara
Kau bagaikan pendebat tatkala berbicara,
sungguh lancar bicara mu,
sungguh fasih alunan, lontaran pada setiap bait bicara mu.
Kau hebat.
Hanya berkata-kata, bagai si kakak tua,
duduk di sangkar, berkata-kata, tiada tindakkan.
Macam?
Jangan berbicara seperti kau terbaik dari segala-gala,
tetap kau kalah di hadapan-NYA.
Jangan pernah meninggi diri, tiada apa yang membedakan kita.
Hanya iman dan taqwa yang membezakan.
Kau tahu itu, lebih dari aku,
tapi, perlaksanaan? Seperti aku juga.
Seperti tidak tahu apa-apa.
Kita Khalifah, tidak lekang dek pengisian,
dek perancangan.
Bukan percutian yang kita cari,
bukan kesenangan kita hegeh-hegehkan.
Bukan tidak boleh, tapi biar bermanfaat.
Setuju? Buktikan.
Aku, pelik dengan karenah itu. Cuba memahami, manusia yang pelbagai.
Kerna aku tidak sempurna juga.
Biarkan Aku
Kebuluran? Biar aku mengerti penderitaan mereka.
Kesakitan? Biar aku bermuhasabah.
Hati dan Perasaan? Biar aku kecilkan itu, sesak.
Ketidak warasan? Biar aku tenangkan fikiran.
Baran? Biar aku campaknya jauh kembali.
Kekacauan? Biar aku munajat, mencari ketenangan.
Mati? Biar aku katakan, itu satu kepastian.
Jangan pernah kau paling, lihat kehadapan,
teruskan perjalanan.
Biar aku, kembali menjadi perhentian. Mereka datang dan pergi, Mereka berhenti dan kembali. Aku? Tetap aku, perhentian.
Kau Tahu
Seketika, bersama mu. Hadir dalam risiko ku, untuk mendapatkan mu.
Namun hanya seketika bersama mu.
Bangun pagi ku, tiada lagi kau, di sisi. Pergi, tiada kembali.
Hey!! Kau yang merampas dia dari ku.
Tidak perlu kau pulangkan, kerna rayuan ku itu sia2 sahaja.
Cuma,
aku tahu apa yang kau tahu,
merampas tanpa kebenaran, berdosa.
Aku tidak tahu apa yang kau tahu,
Mengapa kau mengambil dia dari ku.
Aku tahu apa yang kau tidak tahu,
Apa yang ku hajatkan kepada Maha Kuasa, atas tindakan kau.
Kehilangan yang tidak ku titiskan air mata,
entah mengapa, tiada sebak ku rasa,
ku tahu ada hikmahnya.
Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui baik buruk bagi hambaNYA.
Memang aku beli si dia untuk kau rampas!!!
W705-red
Pemuisi.
Tema satu untuk semua, kerna itu aku di sini,
menyatakan segala isi hati ku, pada semua, akan ku kongsi bersama.
Kita yang berbeda usulnya, berbeza pada ilmunya, lain pada karenahnya,
tetap kita bersatu pada malam ini, satu i-Techqs.
Tak pernah lekang satu itu dari jiwa kita.
Kita pencetus idea2 baru, idea2 bijak pandai yang tidak mereka terfikir.
Aku sebagai pemuisi hanya menyatakan apa yang ku rasakan.
Satu untuk semua, satu i-Techqs, satu Malaysia.
Satu, aku berbicara tentang satu. Hati dan perasaan.
Satu Hati,
kau cinta pertama, juga terakhir.
Kau yang acapkali hadir dalam mimpi2 ku,
sayu mengetuk pintu hati ku, pilu, terkenang.
Jangan pernah ragu pada takdir, kerna segalanya ketentuan Tuhan.
Satu Perasaan,
aku berasa sungguh gembira, buat pertama kali aku digelar mahasiswa UiTM,
mahasiswa i-Techqs tercinta.
Bukan riak, tidak pernah terlintas itu di hati ku.
Cukup, cukup buat orang tua ku gembira dan bangga dengan kejayaan ku.
Kerna aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka.
Kerna aku pemuisi, arca di hadapan ini.
Tarian demi tarian, telah ku tarikan.
Zapin dan Kuda Kepang, telah ku sertai.
Bollywood? Bolehkah aku tarikan?
Aku disuruh bergelek, aku disuruh melentik, mengikut irama dan lagu.
Aku tak mahu menari lagi, berjoget juga tidak.
Kerna tangan ku tidak selembut mengayun buayan.
Ini bukan bidang ku lagi, ini bidang mereka.
(kumpulan tarian masuk, mempersembahkan)
Puisi ini telah di sampaikan oleh 3 teman pada Makan Malam persatuan i-Techqs.
Terhasil idea puisi adalah kerna mahu hindari dari bidang seorang 'penari'.
nukilan : knaR&Ju
pemuisi : knaR&Ju&Mi
Hirup sebentar
Acapkali kita berlari,
terlalu banyak tenaga yang telah kau gunakan,
Hey! Tidak penatkah? Tidak tenatkah?
Pasti. Penah rasa itu, kan? meski seketika, futur sebentar.
Jangan pernah salahkan diri, kita ibarat roda, setuju? Jadi tidak mengapa.
Cuma, jangan terlalu lama di bawah. Cepat naik ke puncak.
Buat teman yang terlalu berlari,
teruskan usaha, akan ku susuli kalian di segenap waktu.
Tapi, kalian perlu amek udara juga.
" Tiada masa rehat, banyak itu dan ini..."
Tidak mengapa, ketahuilah ibadah itu 'istirehah'.
Ketenangan pasti kau kecapi di kala itu.
Hirup sebentar, udara.
Lihat seketika, langit.
Hayati berulangkali, kehijauan.
Kumpul, simpul, kemudian tafsir. Indahnya nikmat Allah.
Allah cantik dan sukakan kecantikan
Aku pernah berRehat, juga pernah berLari.
Yang ku cari kini, ketetapan, keseimbangan yang ku cari,
Buat perjalanan ku. Kerna masih jauh, berbatu, tiada hingga.
Emosi berbaur II
Sibuk dan sibuk, sentiasa menghantui diri ini. Rasa bersalah bila tidak sempat, tidak punyai keingin untuk membuka buku. Jiwa! Hati! Perasaan! Kembalikan semangat belajar ku. Tercari2 cahaya kehidupan ku, moga hari2 berlalu dengan pasti, berlalu dengan taguh berdiri.
Kadangkala, kita terpaksa membuat sesuatu yang kita tidak suka. Setuju? Apakah harus aku terima seadanya ataupun marah akan situasi itu? Kerna itu menyebabkan aku menjadi kalut, serta menjadi aral yang melintang di atas jadual ku. Benci. Tapi sering terjadi. Ajarkan aku, apa yang harus ku lakukan.
Entri berintikan emosi berbaur ini, hanya sempat ku menulis selepas kelas Calculus, di blok D. Terasa ingin meluahkan nafsu menulis yang telah lama pasif, ingin kembali aktif. Ingin sekali. Insya-Allah dalam entri terdekat ini, akan ku muatkan puisi, mungkin, yang akan di sampaikan dalam persembahan Makan Malam Diploma Statistik nanti, insya-Allah.
Kaseh diberi pada kalian yang sudi menyinggah di blog sunyi berchahya ini. Kaseh diberi.
TerimaKaseh
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Kita sering kali mengucapkan ungkapan itu. Terimakaseh. Telah menjadi rutin, adat. Sama saja? Tok-tok-tok. Hallo, tanya hati masing2, adakah ungkapan itu dari hati atau hanya bait bicara bibir yang telah menjadi rutin. Peringatan buat diri ku yang lemah hina ini, khususnya.
Hurm.. Dengan rasa hemah. Rendah diri. Tunduk melihat ke bumi. Diri ini mengucapkan ribuan terimakaseh kepada mereka yang banyak memberi kepercayaan, ruang2 peluang, tempat berpijak, agar diri ini menjadi seperti pohon berbuah. Di goncang, jatuhlah buah. Bukan di goncang, jatuhlah ranting.
Dengan rasa rendah diri yang teramat, tunduk ke bumi. Diri ini mengucapkan ribuan serta jutaan kepada yang telah membantu dalam forum perdana yang lepas. Mohon maaf yang teramat atas kekalutan, itu adalah program pertama saya sebagai pengarah projek, projek pertama dalam kehidupan berorganisasi. Maaf atas kekalutan, kesulitan, kelobang2an. Terimakaseh di atas kepercayaan Majlis Tertinggi.
Kawan, teman, sahabat, andai kau ingin mengucap perkataan itu. Lafazlah setulus hati murni, jangan kau biarkan adat mengatasi keluhuran hati mu. Terimakaseh kepada anda. Kaseh di beri. Tunduk ke bumi.
Paksa
Kita punya hati dan perasaan,
berbeda antara satu sama lain,
kau punya sendiri, aku sendiri.
Kita manusia, insan, bukan alat,
kau tidak akan selesa jika di paksa,
HEY! Andai kau terpaksa,
lebih baik kau pulang saja,
jangan menyusahkan sekeliling, dengan karenah kebudak2kan mu.
Teman, berjuta cabaran sedia menanti,
adakah kau sudah bersedia?
Persediaan mu itu atas dasar apa?
Atas paksaan, atas publisiti, atas kehendak, atas kesedaran?
Ketahuilah sesuatu pekara itu hanya akan indah jika ia dilakukan dengan hati dan perasaan yang punyai kesedaran akan perluannya sesuatu,
kurang salah satu sumber itu, kerja itu tempang.
Lihat kerja mu, komentar tak sudah, tampak indah? Tapi kau yang melambatkan sistem.
Andai kau mahu terus bersama, silakan, ubah persepsi diri, jangan jumud,
aku bukan kamu dan kamu bukan aku,
semua terletak di atas kemahuan dan tindakan.
Mahu tiada tindakan, hidup malu mati tak mahu.
Tindakan tanpa kemahuan, mencurah air di daun keladi.
Kita berfikir, sama berfikir, hati pertama yang membaca entri ini adalah khusus buat dia, itulah aku.
12:42 pagi
232L/TAR
Emosi berbaur
Berhabuk, penuh debu2,
Hati melihat terasa syahdu, berlagu,
Acapkali ku membuka yang ini,
Hanya melihat jika teman punyai entri baru.
Aku?
Soalan cepuk emas,
Terkesima melihat microkomputer,
Jari diam terpaku, tidak lagi menari2 seperti dahulu,
Kembalikan tarian jari-jemari ku.
Pulangkan!
insya-Allah, telah berlalu hari2 yang mencabar dan baru dalam hidup ku,
Akan ku cuba menambah entri2 baru di masa akan datang,
Di kesempatan ini, sebelum kelas Calculus bermula,
Penulis amatur ini meminta ribuan kemaafan,
Di atas kelewatan melontarkan entri2 baru dalam laman sesawang ini,
Kaseh diberi kepada yang setia di sisi.
Ketuk Tetingkap
"Sibuknya kita, Berdasarkan apa yang kita agendakan." -kata2 pemikir Islam.(betulkan jika ku tersalah)
Kadangkala kita fikir sesuatu pekara itu baik bagi kita, sedangkan tidak. Acapkali kita rasakan sesuatu pekara itu buruk bagi kita, sedangkan tidak. Aku tahu? Kamu? DIA yang maha Mengetahui segala baik-buruk bagi hamba-NYA. Setuju?
"knaR, aku tengok kau sekarang sibuk je.. Kalau aku jadi kau, tak sanggup aku. Baik aku duduk bilik je, rehat." - kata teman ku di 'sini'(
Tetingkap ku seperti di ketuk. "Oit2. Sihat tak? Kau bukan dulu, lagi baik atau teruk? Oit2." Soalan teman ku itu dijawab ku penuh bersahaja(tidak dinyatakan), tapi, kembali mengetuk tetingkap ku. Aku, aku, baiklah. Andai kamu seperti aku, sila ambil perhatian, jangan jadi katak,
- Buka minda, pikir di luar kotak.
- Beri peluang, coba kau coba.
- Tahu apa yang lebih baik untuk kamu, dunia ini sementara.
- Riadah, lihat langit, luas. Minda?
Sketsa
Dahulu, sendiri.
Mereka, berkumpulan.
Mungkin kerna aku, kurang dari mereka.
Aku bukan mereka, jangan jadikan aku seperti mereka.
Bimbing dan tunjuk ajar, cukup sekadar, kerna aku berprinsip.
Aku bukan padi.
Sekarang, berkumpulan.
Tidak terlintas aku hebat.
Cuma ingatkan diri ini yang sering hilang ingatan.
Kasih diberi kepada yang mendorong diri ini,
membuka minda kecil ini,
memperteguhkan prinsip ini.
Kasih Deberi.
11 : 08 pm
Perancangan
Perancangan itu mesti ada, disiplin untuk melaksanakanya mesti. Jangan sekadar perancangan. Ingat, DISIPLIN. Sehubungan itu, pasti kamu pernah mengalami 'aral melintang' disaat kau sudah merancang dengan terbaik, bukan begitu? Pasti pernah berlaku.
Ya, kita akui, kita merancang, tetapi DIA lah sebaik2 perancang. Maka dengan itu, sambil mengajak teman pembaca, saya juga mengingatkan diri yang lemah ini, perlu ada kekosongan pada setiap perancangan kita.
Kekosongan? Maksud ku di sini ialah kekosongan yang dapat kita atur kembali apabila berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diduga a.k.a. aral melintang. Silau? Aku juga berfikir.
>Jadi seorang yang 'flexibel', jika berlaku sesuatu diluar kawalan kita, saat itu kita mampu mengawal apa yang berlaku, sebarang kemungkinan. Baik? Kita mencuba. Kata guru matematik 'Try and error'.
Mari! Jangan takut untuk membuat perancangan. Kerna bila sudah ada perancangan pasti akan berlaku, secara sedar@ separa sedar@ tidak sedar. Atau mungkin diganti dengan sesuatu yang lebih baik.
DIA maha Mengetahui baik-buruk bagi hambaNYA. (n_n)!!
Semangat
Aku sering kali terjatuh berbanding bangun. Kamu begitu? Mungkin segelintir. Blog. Penulisan, berbagai2 cara dan ragam. Berbunga2 mahupun tulus. Prihal peribadi, keagamaan, politik, jualan. Aku? Masih mencari. Futur, selalu. Hammasah, jarang, ada kamu-komentar, pandangan, aku kembali.(kasih diberi)
Akhir2 ini, sering terjatuh. kembali dengan komentar dan pandangan. Penulisan ku. Aku mahu jadi penulis meski bukan novelist, best seller. Blog tempat ku meluahkan segala pemikiran, hasil tafsiran serta gian menaip.
Bagaimana menjana penulisan ku? Membaca, kamu mahu gaya novelist? Jadi, banyakkan membaca novel2 kamu. Mahu seperti buku fakta? Jadi, baca bacaan fakta. Jadi, aku memilih novel sastera serta keagamaan yang 'ringan'.
Mari menulis. Mungkin tidak banyak tapi masih ada yang membaca. Jangan dilihat hasil, tapi lihat apa usaha anda. Hasil acapkali mengambil masa, tapi usaha tidak mengira masa 'taburkan saja benih itu, moga ia mekar dikemudian hari.'
Bukan aku yang terbaik. Tapi mahu jadi sebahagian diantara mereka. Kamu mahu?