Kaseh Diberi

Disebalik pemergian prt.2

7 April,

Aku serta beberapa lagi sedara ku yang lain tertidur di atas sofa empuk di luar rumah. Usai solat subuh aku serta 2 lagi yang lain melebuhkan bahagian yang mulia dianggota badan kembali ke atas sofa ampuk. Sesedar kami, ramai sudah tetamu yang hadir untuk melihat makcik ku. Aku serta yang lain pun bangkit serta membantu apa yang patut.

"Kamu nanti tolong angkat jenazah ya." Kata seorang ustazmungkin kerna dia kelihatan orang yang menguruskan pada saat itu kepada seorang pemuda yang jernih kelihatan pada mukanyamungkin. "Mengapa perlu orang lain yang angkat. Siapa dia. Anak sedara ke? Kelihatan seperti anak buah ustaz itu sahaja." Hati kecil ku bermonolog, menyatakan tanda-tanya serta ke-tidak puas hati pada detik itu. Beberapa saat kemudian, tiba waktu untuk mengangkat makcik ku.
"Hah! Ni anak sedare ni, pergi angkat makcik kamu. Lebih afdhal kalau anak buah yang angkat." Separuh teriak pak Anjang ku, bunyi yang sungguh bermaksud bagi ku. Lantas aku bergegas ke delam untuk mengangkat makcik ku. Pengalaman baru ku, mengakat jenazah untuk dimandikan. Aku melihat wajahnya, inilah kali terakhir ku akan melihat wajahnya. Kerna, saat itu, aku bercelaru, antara menangis atau tidak, antara sedih atau tidak, seperti datang bulan mungkin.

Setelah di khafankan, kami bergerak ke masjid. Usai solat jenazah, tiba masa untuk mengusung makcik ku ke tanah perkuburan. Aku bergegas kehadapan para jemaah untuk mengangkat makcik ku, tanda ku hormat pada makcik ku. Buat kali terakhir aku berbakti kepadanya. Ringan ku rasakan. Moga Allah memberkati rohnya.

Usai pengkebumian, aku melihat adik2 saudara ku yang memberi penghormatan kepada ibu mereka pada saat itu. Menabur daun sirih, menyiram air. Tabah ku lihat riak2 wajah mereka. Kini tinggallah seorang ayah serta 4 orang anaknya, menempuhi hari2 yang mendatang. Inilah yang dikatakan Sunnatullah. Moga Allah merahmati makcik ku serta keluarganya.

Al-Fatihah di berikan kepada Khadijah bte. Ruqayyah.

4 comments:

ibnkhair said...

Innal lillah Wa inna ilaihi Raji'un
Takziah ya Habibi Khairul 'Naiem'

Fasobrun Jamil.
Sabar itu Cantik !

Ben Ramli said...

terimas...

huh!kenal mne tulisan khairul 'Naiem'..smp hati mereka..huh~

Imperidal said...

T.T

Smoga Allah merberkatinya~

thaaqhib said...

kalaulah~~

hey jangan kalaulah!